Assalamualaikum

Sabtu lepas, 12/11/2-18, Majlis Ihtifal Tadika Al Azhar untuk anak-anak yang dah tamat tadika termasuklah Adam Zafrie. Majlis ni lebih  kurang majlis graduasi tu lar.  Tadika zaman sekarang pun nak ada majlis graduasi jugak..

Pagi sabtu tu kami keluar agak lewat sebenarnya. Cikgu Adam tu dah pesan, kena hantar anak sebelum pukul 8 pagi sebab cikgu nak siapkan anak-anak. Pukul 8.05 baru kami sampai dewan. Dah lar keluar lambat, sesat pulak! Geram jer ngan En Suami tu tau. Keluar lambat pun sebab dia jugak.  Bagitahu cikgu, kami sesat, then salah sorang parents kawan Adam share location, terus jer sampai dewan.

Nasib baiklah masa kami sampai tu, majlis belum mula. Lega sangat. Adam terus pergi kat cikgu dia, kami pulak terus masuk dewan. Sebelum keluar rumah, Adam dan Aiza tu dah makan roti siap siap kat rumah.  Saya dan En Suami jer belum makan. Sementara tunggu majlis mula, en suami beli kuih. Jadi kami makan kuih la dalam dewan tu.

Macam biasa, kalau majlis rasmi macam ni, mesti ada orang bagi ucapan kan. Tengah orang berucap tu, tiba tiba jer aiza tu jerit kuat-kuat “Mommy, Aiza nak nasi goreng!”. Padahal dia dah makan roti ngan karipap tau. Sajer jer nak bagi mommy dia glemer kan.. Huhuhuhu

Lepas ucapan, persembahan anak-anak. Tadika Al Azhar kat jitra ni ada 3 cawangan. Persembahan pertama, cawangan tadika yang Adam belajar. Adam dan kawan-kawan dia buat persembahan dikir barat. Kami laki bini tataw pun Adam tu akan buat persembahan sebab dia tak ada cerita langsung.

Oleh sebab Adam tu duduk belakang, terpaksa la mommy tebalkan muka pegi tepi pentas sebab nak nampak muka Adam tu dalam video. Rakam dari depan memang tak nampak. lantakla..janji nampak muka anak kan… Lawak betul tengok Adam tu berdikir barat. Hehehehe

Lepas dikir barat, persembahan dari cawangan lain pulak. Teater Upin Ipin dan tarian.

Lepas persembahan, rehat kejap. Pihak tadika sediakan nasi lemak dan air minuman untuk semua jemputan. Alhamdullilah. Kenyang perut kami.

Sedap nasi lemak ni. Alhamdullillah

Sedap nasi lemak ni. Alhamdullillah

Aiza pun suka makan nasi lemak ni

Aiza tu menahan pedas, tapi nak makan jugak sebab sedap.

Lepas tu barulah acara graduasi. Nama pertama, Adam Zafrie. Sebab nama dia start dari huruf A. Jadi memang dia la depan sekali.  Hehehe

Beratur sebelum naik pentas

Beratur sebelum naik pentas

Terima hadiah

Terima hadiah

Lepas dah terima hadiah, kami bergambar-gambar.

Dah grad dah ha Adam Zafrie ni.. hahahaha

Dah grad dah ha Adam Zafrie ni.. hahahaha

Dah besar dah anak sulung mommy ni

Dah besar dah anak sulung mommy ni

Alhamdullilah..Adam dah habis tadika.  Sebak jugak masa majlis Ihtifal Adam ni. Bergenang jugak air mata tengok Adam tu atas pentas. Kejap jer Adam tu dah 6 tahun. Adam tu walaupun dah 6 tahun, tapi perangai baby dia tu ada lagi. Tahun depan dah darah 1. Tataw la tu macam mana perangai dia kat sekolah tu nanti..Haih…