Assalamualaikum

Sekarang saya dah tak jual produk secretleaf. Tapi saya masih guna produk dia. Saya beli direct kat website Secretleaf jer. Senang. Last year Secretleaf buat YES sale. Setiap kali Secretleaf buat YES sale, harga memang murah sangat tau. Sometimes boleh dapat separuh harga. Rugi lah kalau tak beli kan.

Jadi saya beli makeup secretleaf. Bedak dan lipcream.

Bedak dan lip cream secretleaf

Bedak dan lip cream secretleaf

Masa saya order, saya ingatkan bedak tu compact powder. Saya tak baca description tu betul-betul. Main order jer. Hehehehe. Bila dah sampai, tengok label, alahai…rupanya cream to powder foundation.  Saya tak berapa suka pakai foundation sebabnya bila pakai foundation, rasa macam kulit tak boleh bernafas. Tapi foundation secretleaf ni, ok pulak. Sama macam pakai foundation Lancome tu dulu. Foundation ni tekstur dia light. Tak rasa macam pakai foundation. Tapi yang Lancome tu, lambat sikit warna dia nak blend in dengan kulit. Cream to Powder Foundation ni, bila sapu, terus dia blend in tau. Tak nampak macam pakai foundation. Nampak natural jer. Coverage dia medium. Maybe sebab saya tak pakai tebal. Kalau pakai tebal sikit, maybe jadi full coverage lah. Dapat tutup segala cela kat muka. Foundation ni  pun elok jer kat muka sampai petang, tak crack atau cair atau bercapuk-capuk.  So, saya dah tak ada masalah  pakai foundation lagi. Yeay.

Cream to Powder Foundation Wonders by Secretleaf

Cream to Powder Foundation Wonders by Secretleaf

IMG_20180117_143809

Tekstur dia krim macam ni

 

Tekstur dia macam krim, tapi bila disapu kat kulit jadi powder. Saya tak ingat harga asal cream to foundation ni berapa, tapi masa saya beli tu, harga pre-oder, RM39. Kod warna natural. Masa saya order memang ada 1 jer kod warna. Sebab produk ni baru jer launch so belum ada banyak pilihan ton warna. Kod warna neutral ni biasanya sesuai untuk kulit jenis cerah kuning langsat.

Moist Matte Lipcream tu saya beli 2. Vivid Candy dan Fuschia Rose. Cantik packaging lip cream ni. Siap berkotak ha. Kalau buat gift memang molek sangat ni. Harga asal lip cream ni RM60. Masa YES sale tu jadi RM39. Tu yang saya order dua terus.

Kiri Fuschia Rose, kanan Vivid Candy

Kiri Fuschia Rose, kanan Vivid Candy

Ni rupa saya pakai cream to powder foundation dan lip cream kod vivid candy

IMG_20180114_095515

 

Tanya En Suami, dia pun kata ok. Cantik. Tak nampak macam pakai makeup. Ginilah rupa saya kalau makeup. Memang simple.  Macam tak pakai makeup. Masa ni saya cuma pakai cream to foundation + loose powder + lip cream.

Loose powder saya pun brand secretleaf. Saya memang prefer guna makeup secretleaf, sebab dia produk natural. So tak perlu bimbang kesan jangka panjang. Dan biasanya produk natural ni akan buatkan kulit lebih sihat untuk jangka masa panjang.

Loose powder Secretleaf

Loose powder Secretleaf

So far, lip cream ni tak mengeringkan bibir saya. Bibir saya jenis kering, mudah menggelupas. Tapi bila pakai lip cream secretleaf, alhamdullillah, ok. Bibir tak menggelupas. Antara ingredients lip cream tu Hyaluronic Acid (HA), Argan Oil,dan Vitamin E. Semua bahan ni elok untuk mengekalkan kelembapan. Sampai ke petang alhamdullilah, elok jer bibir tak menggelupas walaupun saya kurang minum air.

Cumanya, lip cream kod fuschia rose tu, warna dia tak berapa sesuai dengan saya. Bila saya pakai, kemain lagi en suami gelakkan. Nampak menonjol sangat katanya. Macam bibir kena celup cat pun ada. Huhuhuhu

d01ca81e-0536-491c-bdd0-87210102ea28

Terang sgt ha warna bibir tu kan

Jadi, yg fuscia rose ni nanti saya bagi orang jer lah. Oleh sebab en suami beria gelakkan saya, nanti saya nak mintak dia belikan lip cream warna lain pulak. Muahahahahaha.

So far, ni jer lah koleksi makeup Secretleaf saya. Actually, memang ni jer pun makeup yang saya ada. Dulu rajin jugak lah pakai eyeliner. Sekarang eyeliner pun ntah kemana. Makin lama, makin malas pun nak makeup-makeup muka. Jadi pakai jer lah yang mana ada. Heheheheh

Makeup Secretleaf

Koleksi makeup saya – makeup Secretleaf