Mangrove Tour, Kilim Geoforest Park Langkawi

Assalamualaikum

Ini adalah entry yang paling liat sangat nak buat. Asyik bertangguh-tangguh. Tapi nak buat jugak sebab ini adalah kenangan dan juga as reference untuk diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang cari maklumat pasal Mangrove Tour, Kilim Geoforest Park Langkawi. (Jangan malas sangat lah Mummy Adam oiii!)

Ok..here goes: Raya lepas, saya beraya kat Langkawi, kampung Mama (Mak mertua saya). Alang-alang kita beraya sana, jom lah kita buat aktiviti naik bot, mangrove Tour. Dah lama saya teringin nak naik bot Mangrove tour nih. Masa first time raya Langkawi, saya tengah mabuk kepayang mengandungkan Adam. Tengok bot pun rasa nak muntah. Tak payah lar berangan nak naik bot.  Second time beraya kat langkawi, Adam baru 2 bulan. Kecik sangat. Tak sesuai nak bawak dia naik bot. Alhamdullilah..kali ketiga beraya kat Langkawi, Adam pun dah 2 tahun 2 bulan, dah boleh bawak dia naik bot. Jom Mangrove Tour.

Pemandu pelancong kami, (amboi..ada pemandu pelancong jugak ke?) Kak Azian ni , anak Pak Long, abang Mama. Senang citer dia ni sepupu En. Suami lah. Kak Azian memang biasa bawak tourist pergi Mangrove Tour nih. So biar dia yang uruskan semua. Kak Azian ambil kitorang dari homestay, pastu tunjuk jalan ke Tanjung Rhu.

Ha..kalau nak tahu, ada dua jeti untuk Mangrove Tour ni, satu kat Jeti Kilim, satu lagi Jeti Tanjung Rhu. Kak Azian kata, kalau naik bot kat Tanjung Rhu ni..lama sikit kita dalam bot. Means jarak perjalanan lebih jauh compare dengan naik bot kat  Jeti Kilim. Nak pergi Jeti Tanjung Rhu ni..kena lalu jalan yang kiri kanan dia berderet pokok Rhu. Memang cantik. Tetiba terasa macam jalan-jalan kat oversea pulak. hehehe

Jalan ke Jeti Tanjung Rhu

Jalan ke Jeti Tanjung Rhu

See..cantik kan? Feeling berjalan kat oversea jap. Hehe

Sampai jer pantai Tanjung Rhu…Again,  the view is superb. Rasa macam kat Phuket, Thailand pulak. Ni kat kawasan pantai..  Bot takder kat sini. Nak naik bot kena gi jeti dia.

Sy yang berangan berada di Phuket

Saya yang berangan berada di ‘Phuket’

Jeti Tanjung Rhu

Jeti Tanjung Rhu

Nampak macam kawasan bot nelayan jer kan? Sebenarnya ada jer jeti yang hok molek kat sini. Cumanya, masa nak naik bot lalu kat papan-papan terapung, tapi time turun bot, kami turun kat jeti. Tapi gambar jeti takder pulak. Maap yer.

Ni gambar kami naik bot. Time ni bot baru nak gerak. Oleh sebab kami ramai, jadi bot ni kami yang punya. Hahahaha.

Excited naik bot

Ni lar rupa bot yang kami naik

Kami Dalam Bot

Kami Dalam Bot

Nak tahu kenapa tour ni dipanggil Mangrove Tour? Sebab sepanjang perjalanan, kita akan menyusuri pohon bakau (mangrove). Jom tengok pokok bakau jom.

Pokok Bakau Nan Hijau

Pokok Bakau Nan Hijau

Celah-celah pokok bakau nih

Celah-celah pokok bakau nih

View memang cantik… cantik sangat! Macam mana nk explain kat korang eh? Erm… senang cerita walaupun tengok pokok jer, tapi tak jemu mata memandang. Dengan laut yang biru kehijauan.. langit pulak kebiru-biruan.. SubhanAllah..kat Malaysia pun, ada tempat sebegini indah. Sambil tengok view semulajadi, dihembus pulak udara segar… memang best dan mendamaikan.

Tudung dan rambut berterbangan ditiup angin

Tudung dan rambut berterbangan ditiup angin

Sepanjang tour ni kan, Adam elok jer behave dalam bot. Dapat pulak makan rempeyek, krap krup krap krup tak berenti mengunyah.

Naik bot sambil kunyah rempeyek

Naik bot sambil kunyah rempeyek

Tengah syok-syok tengok pokok bakau, tetiba bot slow..pastu berenti. Eh..kenapa bot kumpul ramai-ramai kat sini? Rupa-rupanya nak tengok helang makan.

Helang sedia menyambar

Helang sedia menyambar

dapat dah

Dapat dah

Helang ni terbang dekat jer ngan bot. Tapi sebab dia laju sangat, payah benor nak snap gambar.

Dah puas tengok helang makan, kami sambung perjalanan tengok pokok bakau lagi… Baru jalan kejap..bot slow balik. Eh.. nak tengok apa pulak? Bot-bot kat depan ni berenti kenapa? Rupanya-rupanya kami sampai kat kawasan monyet. Ada banyak monyet kat tepi-kawasan pokok bakau mintak makanan. Saya tak berani nak bagi, takut kena terkam. Saya jadi trauma dengan monyet semenjak kejadian dikejar beruk dekat Tasik Dayang Bunting. Huhuhu.

Masa dalam bot ni, saya tengok  jer monyet-monyet kat pokok bakau tu dengan harapan..”Jangan terkam saya yer monyet”.  Tetiba ada sekor monyet lompat atas bumbung bot pastu masuk dalam bot. Rasa nak luruh jantung tengok monyet dalam bot. Nak lari tak boleh, takkan nak terjun bot pulak? Seb baik time tu saya kt bahagian belakang bot, monyet tu masuk ikut depan bot. Pandai pulak monyet tu letak tangan kt peha anak kak Azian sambil sebelah tangan lagi tadah tangan mintak makanan. Amboi..behave betul monyet kat sini. Kalau beruk kat Tasik Dayang Bunting tu, dia rampas jer beg makanan. Tapi monyet kat sini tak..Dia tak rampas, dia just tadah jer tangan. Kalau kita hulur, baru dia ambil.

Monyet mintak makan

Monyet mintak makan

Bila bot jalan kedepan sikit, tetiba jer monyet tu melompat terjun dalam laut, patstu berenang balik ke kawasan dia. Terperanjat kitorang tengok! Pakcik yang bawak bot tu kata, depan sikit tu dah kawsan monyet lain, dia tak leh cross kawasan lain,nanti dia kena serang. Sebab tu dia terjun. OOO… dah macam gensgter pulak, ada kawasan masing-masing yer. Kesian..

Next destination, Gua Buaya. Nak masuk gi Gua Buaya ni tak yah turun bot, sebab kita masuk gua ni sekali dengan bot. Hehehe. Kira macam lalu terowong gitu. Gua ni boleh lalu time air tak berapa tinggi. Kalau air pasang penuh, tak boleh lalu gua ni sebab tenggelam.

Dalam Gua Buaya

Dalam Gua Buaya

Kenapa nama gua ni Gua Buaya? Nama dia Gua Buaya sebab entrance gua ni bentuk buaya. Maaf, gambar takder. So tak leh nak tunjuk. Sobs!.

Lepas masuk dalam Gua Buaya, kami pergi Gua Kelawar pulak. Gua Kelawar ni kena jalan kaki lah masuk dalam gua, tak leh naik bot. Hehehehe.

Jeti Gua Kelawar

Jeti Gua Kelawar

Dalam Gua Kelawar ni memang ada kelawar tau, jadi tak boleh amik gambar guna flash, nanti kelawar terkejut. Tak baik kacau kelawar tidur kan? Bergantung-gantung dia tidur kat syiling gua secara berjemaah. Risau jer kang tetiba kelawar tu ‘membuang’ kena atas kepala. Hehehe.

Oleh sebab tak dapat bergambar dalam gua, maklumlah, gua tu gelap gelita, tak boleh pasang flash pulak. Makanya jom kita bergambar ramai-ramai luar gua.

Pose rama-ramai luar gua

Posing ramai-ramai luar gua

Jom berkenalan dengan ahli rombongan: 2 budak comel yang kat depan tu anak kak Azian. Diikuti dengan Mummy Adam. Adam pulak, tengah didukung Mama. Yang tudung merah tu Kak Azian. Yang pakai tshirt putih tuEn Suami. Belakang sekali yang berkopiah putih tu Pak Long. Adik ipar tiada dalam gambar sebab beliau tukang amik gambar. Budak yang bawak bag pack tu, entah lah anak siapa. Tiba-tiba interframe dalam gambar. Hehehehe.

Sepanjang perjalanan tour ni kan, ada banyak yatch yang berlabuh tau. Macam-macam bentuk yatch ada. Pakcik bot tu kata.. kebanyakan yatch tu semua foreigner yang punya. Diorang park yatch kat situ, pastu tinggalkan balik negara masing-masing.  Time cuti diorang akan datang Langkawi, pastu belayar guna yacht diorang. Orang kaya ni kan, selambar jer dia tinggal yacht dia. Tak risau kena curi ke? Isk isk isk

Biasanya tuan punya yatch ni datang setahun sekali..ada yang 2 tahun sekali.. ada jugak yang langsung tak nampak batang hidung. Terbiar gitu jer yatch dia. Siap berlumut-lumut lah. Lalu pakcik bot tu buat rumusan, dah mati kot tuan punya yatch tuh. Logik jugak rumusan beliau.

Yacht bersusun atas air

Yatch bersusun atas air

Lagi gambar yatch

Lagi gambar yatch

Mangrove Tour ni sebenarnya sebahagian dari Kilim Langkawi Geopark. Jadi tak lengkap  tour ni kalau tak pergi tengok Ikon Kilim Geoforest Park. Dekat sini,ada  landskap karst (batu kapur) yang unik dan antara yang terindah di dunia, terbentuk daripada proses hakisan dan cuaca.  Ni rupa dia:

Ikon Kilim Geoforest Park

Ikon Kilim Geoforest Park

Selain batu kat gambar atas ni, sepanjang perjalanan Mangrove Tour ni, kita bleh nampak banyak formasi batu yang unik, pelik dan cantik. Macam-macam  bentuk ada. Ada yang bentuk gajah, ada yang bentuk kingkong baring.. Batu-batu lain pun cantik-cantik tau. Contoh:

formasi batu

Formasi batu

Pantai dan batu-batuan

Batu-batuan cantik

Ada satu gua yang kami tak sempat singgah. Gua Cherita.  Memang eja dia macam tu. Klasik sikit.

Gua Cherita

Jeti Gua Cherita

Rugi lar tak singgah sini. Sebab Mama kata kat dalam tu ada lukisan-lukisan purba kat dinding gua. Sebab tu nama dia Gua Cherita. Ada Cherita purba dalam tuh. Tsk! Rugi betul tak dapat tengok.

Oleh sebab tour ni lama, jadi ada restoran-restoran terapung disediakan. Kalau tetiba korang rasa lapar, korang leh makan kat restoran terapung tu. Tapi standby duit biar tebal sikit..sebab mahal!!  Kalau nak save, bawak lar bekal sendiri. Bawak lar roti ke, biskut ke, kerepek ke, rempeyek ke atau apa-apa yang boleh buat alas perut. Jangan  bawak nasi lemak, laksa ngan mee kari pulak, berterabur atas bot kang. Marah pakcik bot tu nanti. Hehehe.

Restoran atas air

Restoran terapung atas air

Lepas tengok batu-batuan, pakcik bot bawak kami ke laut pulak. Laut Andaman. Sebelum ni kami menyusuri sungai jer. So air tu tak bergelora. Sekali bila masuk laut..amik kau.. ombak kemain kuat. Melambung-lambung bot bila langgar ombak tau.

Pastu,  kami ni tak pakai life jacket. Ada jer life jacket.. Saya nak pakai, pastu ada pulak yang kata “Alah..tak dak apa lah”. Memasing malas  pakai life jacket lar tuh. Pakcik bot pun buat muka selamba tak nak hulur life jacket kat saya . Hampeh betul. Alhamdullilah tak jadi apa-apa, walaupun sepanjang perjalanan badan saya melambung everytime bot langgar ombak. Tiap kali langgar ombak, tiap kali tu lar saya jerit ketakutan sambil pegang besi bot kuat-kuat. Kalau tak pegang besi bot tu, gamaknya dah lama tercampak dalam laut. Somi pulak boleh pulak gelakkan. Sentap betul!  Saya ni tataw berenang. Campak dalam laut kompom tenggelam.  Pastu tak pakai life jaket pulak. Apsal tak prepare jer kain kapan siap-siap. Apa? Ingat takder ke kes bot pecah langgar ombak? Benci betul tau!

So, nasihat saya..bila dalam boat Mangrove Tour nih, pakailah life jacket. Untuk keselamatan. Dalam kereta kita pakai seatbelt kan? Bot takder seatbelt..so pakai lah life jacket. OK?

Sambung balik cerita, lepas puas dilambung-lambung dalam bot, akhirnya kami sampai ke tempat sangkar ikan(fish farm). Ni tempat orang bela ikan kat laut. Ada ikan pari besar gabak, ikan jerung nama Isabella, ada ikan tuna yang berenang pusing-pusing dalam sangkar kemain laju.. pastu ada macam-macam jenis ikan lain yang saya tataw apa nama dia. Hehehe.

Tengok ikan

Bawah tu ada ikan

Sangkar ikan ni last destination sebelum kami balik ke Jeti Tanjung Rhu. Total perjalanan dalam 2 jam gitu. Tu pun skip Gua Cherita. Sobs!

Ada yang nak tahu kot, kos Mangroove Tour ni. Ok.. kalau korang pergi Langkawi ni setakat berdua atau bertiga, korang akan naik mana-mana bot yang ada kekosongan lah. diorang akan caj ikut kepala.

Tapi, kalau korang pergi Langkawi ni ramai-ramai, better sewa satu bot terus. Boleh share duit bayar bot. Eh..tapi kalau korang pergi berdua pastu nak sewa satu bot pun boleh. Takder masalah. Pelancong  Arab ramai yang buat cenggitu. Tak nak share katanya. Terpulanglah. Ada duit lebih, sewa lar satu bot tuh, pastu naik berdua jer.

Sewa bot ni ikut jam. 1 jam, 2 jam atau 3 jam. Kalau nak yang bajet, sewa sejam. Kalau ada extra money, pastu nak naik bot lama-lama, sewa yang 3 jam. Lagi lama tour ni, lagi banyak tempat korang leh visit. Ha..tu yang best. hari tu kami sewa bot 2 jam. Normal rate untuk tour 2 jam ni RM250. Tapi kami dapat special price sebab kami kan sedara Kak Azian, jadi tokey bot bagi specel diskaun. Mekasih banyak-banyak.

Jadi, pada sesapa yang pergi Langkawi tu..selain Island Hopping, Mangrove Tour ni salah satu aktiviti yang rugi kalau tak buat. Bagi saya, Mangrove Tour ni lagi best dari Island Hopping tuh. Sebab mangrove Tour ni lagi banyak benda leh nampak dan buat compare to Island Hopping.

Mangrove Tour, Kilim Geoforest Park Langkawi is a must do activity bila datang langkawi. Ini Serius!