Assalamualaikum

Rasanya ramai yang tahu baby boy kuat menyusu… Baby Adam macam tu lar..asyik menyusu jer keja dia. Suka ngempeng. Kadang-kadang saya risau, cukup ke susu saya untuk baby Adam?  Baby Adam baru 2 bulan..dah kuat minum macam nih. Belum 3 bulan..4 bulan lagi.. Semakin dia membesar, semakin banyak susu yang dia perlukan. Aiyaya! Kena buat sesuatu nih.

Before Adam lahir,  kawan saya bagtau, air longan kering ngan kurma merah leh bantu tambah susu. Milk booster drink. So, nak cuba buat lah. Memula cari bahan-bahan dia. Longan kering dan kurma merah ni saya beli kat kedai ubat cina (saya panggil kedai sensei). Pastu, saya beli jugak gula kundur, bagi meriah sikit rasa air tu bila diminum. hihi.

Ni lar rupa bahan-bahannya:

Longan Kering

Kurma Merah

 

Gula kundur

Cara nak buat dia..sonang jer… Mula-mula, bilas longan kering dan kurma merah ngan air. Jangan lupa buang biji kurma merah tu dulu yer. Pastu, rebus ketiga-tiga bahan (termasuk gula kundur) dalam periuk. Nak rebus berapa banyak? Erm..saya main hentam jer. . Tapi saya rebus sikit-sikit, sekali rebus saya guna segenggam kecil longan kering, segenggam kecil kurma merah dan 5/6 ketul gula kundur. Air pulak, saya bubuh setengah periuk (kecil).

So, ni hasilnya setelah direbus:

Sekali minum, saya minum satu mug jer. Bakinya simpan peti sejuk. Bila nak minum, tambah sikit ngan air panas. Buah longan kering, kurma merah ngan gula kundur tu saya makan lepas airnya diminum.

So far, baru 4-5 kali jer saya minum air nih. Sebabnya, nak buat air ni pun kena tunggu baby Adam tidur/main sendiri. Aih…payah betul nak pujuk dak kecik tu tidur. Tidur pun 15-20 minit jer, pastu bangun. Kalau dia main sendiri, tak leh tinggal dia lama-lama, nanti dia merengek sebab takder orang layan dia. Haih~~ nak kena cari air longan kering yang ready made dalam tin jenama Season tu lar. Tapi susah nak jumpa. Nak try cari kat Tesco lepas nih. Kot-kot ada.

Selain air longan kering ni..saya minum gak susu.  Anak minum susu, maknya pun kena minum jugak. Saya minum Susu Anmum. Time mangandung dulu, saya jadi gemuk bila minum susu nih. Eh! Tapi bila stop minum, badan gemuk jugak..Kah! kah! kah! Lepas Adam lahir, saya minum balik susu Anmum, tapi saya minum Anmum Lacta, khas untuk ibu yang menyusukan anak. Saya minum susu ni untuk tambah nutrisi dan zat dalam badan and hopefully nutrisi tu  sampai kat baby Adam melalui breastmilk. InsyaAllah.

Iklan:

Ephyra- kolagen hebat yang boleh membantu menambahkan susu badan.Dapatkan Ephyra dengan harga lebih murah di ZM Health and Beauty.