Saya guna minyak zaitun everytime saya sediakan makanan untuk Adam. Untuk goreng/tumis sayur pun saya guna minyak zaitun gak. Reason dia? Minyak Zaitun ni banyak khasiatnya. Tapi sebab dia mahal dari minyak masak biasa, so saya guna utk makanan Adam ngan tumis/goreng sayur jer. Kalau untuk masak lauk keluarga, saya guna minyak masak biasa jer. Tak mampu oii nak guna minyak zaitun dalam semua masakan. Bengkok En Suami kang gaji dia habis beli minyak zaitun jer. Ekekekeke.

Kalau korang google, memang banyak khasiat minyak zaitun ni. Antara kelebihan menggunakan minyak zaitun dalam masakan:

  •  mengurangkan risiko serangan angin ahmar (stroke).
  • mengurangkan risiko menghidap kencing manis
  • menyihatkan jantung
  • mengelakkan risiko osteoporosis (terutamanya wanita)
  • mencegah kanser kulit

Khasiat minyak zaitun dalam makanan bayi:

  • Minyak zaitun mengandungi asid linoleic dan linolenic (asid lemak) yang biasanya terdapat dalam susu ibu. Asid lemak ini boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan tulang bayi.
  • Minyak zaitun mengandungi asid oleic (juga terdapat dalam susu ibu) untuk  membantu pertumbuhan dan perkembangan  otak bayi.
  • Minyak zaitun mempunyai sifat anti-keradangan, yang boleh mencegah atau menghadkan serangan teruk asma.
  • Minyak zaitun sesuai untuk perut bayi yang lembut, agar ia tidak mengganggu proses penghadaman.
  • Kandungan kalori yang tinggi dalam minyak zaitun sesuai untuk bayi yang mengalami masalah penambahan berat badan (under weight)

Banyak lagi khasiat minyak zaitun. Yang kat atas ni saya ringkaskan jer. Ni baru khasiat dalam masakan. Tak termasuk khasiat untuk kecantikan kulit, kuku ngan rambut lagi. Fuh..banyak!

Lagipun, jangan lupa, amalan mengambil minyak zaitun kan Sunnah Nabi. Bukankah bila kita amalkan Sunnah Rasullullah S.A.W dapat pahala?

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)

Bila kita ambil minyak zaitun, badan kita sihat + dapat pahala lagi . Kan ke benefit berganda-ganda tuh. Suka tak? Suka tak?

Adam masa kecik-kecik dulu memang underweight yang agak teruk. Tu salah satu sebab saya guna minyak zaitun. Now Adam still underweight, tapi dekat borderline normal/underweight. So kira improve lar berat badan dia. Alhamdullilah.

Saya gunakan minyak zaitun untuk makanan Adam since umur dia  8 bulan. Dah macam-macam jenis minyak zaitun saya guna. Now baru start kumpul botol dia sebab rasa macam cantik pulak kalau buat decoration.

Koleksi botol minyak zaitun

Koleksi botol minyak zaitun

Hehehe. saya berangan nak pasang rak, pastu susun botol-botol ni atas rak. Molek dop?

Rasa setiap minyak zaitun ni dalam masakan lain tau. Ada yang kureng sikit, ada yang sedap. Yang paling sedap, Allegro Olive Oil, Mild Taste.  Memang rasa extra sedap kalau guna minyak ni dalam masakan.

Jpeg

Allegro Olive Oil, Mild Taste.

Minyak zaitun ni ada macam-macam jenis, ada yang light, ada yang mild, ada yang natural, ada yang virgin olive oil, ada yang extra virgin olive oil. Saya guna olive oil biasa, bukan yang virgin olive oil sebab yang virgin olive oil ni sesuai untuk dressing salad, tak sesuai untuk masak. Biasanya kat botol olive oil ni dia tulis sesuai untuk cooking, baking atau dressing. So, kena baca dulu la before beli yer. Kang kalau salah beli, takut tak sedap pulak masakan tuh. Tapi kitorang anak beranak, if saya masak, memang wajib kena habiskan. Kalau tak habiskan, saya sentap! Wakakaka.

 

P/s: Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Secret Skin White Kawaii Collagen dengan tawaran harga hebat kat sini.