Assalamualaikum

Awal bulan lepas, saya berazam untuk hilangkan buncit sebab rasa teruk nau buncit kat perut nih. Bila saya kata saya buncit, ada yang tak percaya. Tak nampak buncit pun.. Huk aloh.. buncit tu tersorok dalam baju. Memang lar tak nampak. Tapi sebenarnya memang saya buncit.

Walaupun saya ni kurus, tak semestinya saya tak ada masalah buncit. Sebenarnya, orang kurus bila buncit, lagi ketara tau. Lagi-lagi saya ni beranakkan Adam ngan Aiza tu czer, jadi memang tak dapat lari lah dari masalah perut buncit tu. Actually, masalah buncit saya ni ketara sejak Aiza tu stop menyusu badan. Makin lama makin ketara pulak extra lelemak kat perut tuh. Huduh pulak rasanya.

Jadi bulan lepas saya mulakan misi hilangkan buncit. Mula-mula, beli bengkung dulu. Lepas beranakkan budak-budak tu, saya memang tak pernah pakai bengkung. Bila dah buncit baru ada akal nak pakai bengkung. Hahahaha

Saya beli bengkung murah-murah jer. Beli online kat shopee. Rega dia belas-belas hinggit jer. Bengkung ada banyak jenis. Saya beli bengkung yang bertulang  supaya tak mudah bergulung atau berlipat. Tapi tulang bengkung saya ada 4 jer lah. Tak banyak.  Jadi agak selesa nak bergerak. Ada bengkung yang sampai 16 tulang tau. Yang tu rasanya kalau duduk, berdiri atau baring, badan akan jadi betul-betul tegak, langsung tak boleh membongkok.

Bengkung aka waist trimmer 4 tulang

Bengkung aka waist trimmer 4 tulang

Ada banyak jenis bengkung atau waist trimmer kat shopee tu. Saya memang pilih jenis lubang-lubang macam ni, supaya tak lah rasa rimas atau panas bila dipakai. Dan saya pilih yang ada cangkuk. Bengkung saya beli ni ada 3 layer cangkuk.

Saya pakai bengkung waktu malam jer. Untuk lebih efisyen, sepatutnya kena sapu krim pelansing / pemecah lemak kat bahagian abdomen sebelum pakai bengkung. Tapi saya tak ada krim tu. Jadi saya sapu jer krim panas yang ada kat rumah. Pun boleh…

Masa saya start pakai bengkung ni saiz pinggang saya 28 inci tau. Kira besar lar tu untuk orang kurus macam saya. Nak pakai bengkung tu pun punya lah susah. Nak cantumkan bengkung tu, guna cangkuk paling luar. Maklumlah, lebar sangat pinggang tu kan… memang senak sangat rasa bila pakai bengkung.

Sejak puasa ni, dah berkurang saiz pinggang saya. Sekarang saiz pinggang dah 27 inci. Bila pakai bengkung, saya dah boleh guna cangkuk paling dalam. Yeay!!

Dah dapat 27 inci

Dah dapat 27 inci

Macam biasa, setiap kali Ramadhan, waktu sahur dan berbuka, memang saya  tak makan banyak sangat.  Sebabnya saya banyak minum air jer waktu berbuka, jadi perut tu dah kenyang dengan air. Makan nasi sepinggan, dah cukup. Waktu sahur, memang tak ada selera sangat nak makan. Jadi makan sekadarnya jer lah. Sepanjang puasa ni jugak, saya kurangkan minum air bergula dan air berais. Bila berbuka atau bersahur biasanya saya minum air teh o panas kurang gula. Dan saya banyak minum air kosong jer. Jadi memang nampak lah semakin berkurang kebuncitan kat perut tuh.

Saya aim raya nanti, nak dapatkan saiz pinggang 26 inci. Sebabnya.. raya tahun ni saya pakai baju raya tahun-tahun lepas zaman perut tak buncit. Jadi saiz pinggang pun kecik. Nak tak nak, kena lah kecikkan balik saiz pinggang sekarang supaya saya tak senak perut bila sarung kain baju raya tu nanti. Dan juga supaya tak nampak lelemak berbonjol kat perut sebab baju tu pun jenis ikut badan. Bila buncit, memang nampak terutamanya bila duduk.. Saya tak nak lah pakai bengkung pergi beraya. Tak selesa. Huhuhuhu

Demi memastikan saya boleh sarung balik baju raya lama, dan tak perlu cover perut buncit masa pergi beraya, saya perlu pastikan misi hilangkan buncit  sebelum raya ni berjaya. Puasa ada 15 hari lagi nih. InshaAllah sempat ni Zila. Chaiyok!