Assalamualaikum..

Post sebelum ni saya cerita saya beli baju maternity kat Times Square dan beli online kat Summerglitz kan? Yang hasilnya, dua-dua baju tak boleh pakai.  Yang beli kat Times Square tu kecik sangat, yang beli online tu besar sangat. So, jual jer dua-dua helai baju tuh. Ada yang nak beli? Leh refer sini dan sini.

Anyway, disebabkan esok nak berjalan ke Terengganu, saya paksa gak Somi bawak gi Jusco. Car baju kat sana. Geng gojes ramai suggest Baju Scarlet Jusco jer. So..pergilah saya ke Jusco hari ni,cari baju.

Eh.. ada banyak sangat pilihan baju maternity kat sini. Sebab kat brand Scarlet ni , memang ada yang khas untuk maternity. Nak design apa? Saiz apa? Semua ada. Rambang bijik mata. Rasa nak beli semua. Apsal la awal-awal dulu saya  tak cari maternity blouse kat Jusco jer.. tak yah bazir-bazir duit beli baju, pastu tak leh pakai kan. Huhuhu.

Untuk mengelakkan kejadian beli baju pastu tak boleh pakai, maka haruslah kita fitting dulu baju-baju tu kan.

Masuk fitting room ramai-ramai

Masuk fitting room ramai-ramai

Everytime masuk fitting room, gini lah. Saya nak test baju, Adam nak masuk jugak. Pastu dia nak Daddy masuk sekali. So, sudahnya, jom lah kita penuhkan bilik kecik tu ramai-ramai. Kalau suami nak test baju/suar pun macam ni jugak lah. Kena masuk ramai-ramai.

Saya berkenan 4 design baju scarlet ni. Tapi En. Suami kata beli 2 jer dulu. Lain kali beli lagi. Sobs! Harap lar next time baju yang saya nak tu ada lagi.. Walaupun, biasanya, dah tak ada saiz atau dah habis. Huhuhuhu.

Maternity Blouse Scarlet

Maternity Blouse Scarlet

Inilah 2 helai maternity blouse yang saya beli. Dua-dua saiz S. Pastu ada tali kat pinggang. Leh ikat kat belakang, nampak lah cutting sikit. Just nice jer saya pakai. Tak sendat, tak besar gedabak. Pastu ada butang kat bahagian dada. Baby dah lahir kang, leh pakai baju ni. Senang nak breastfeed baby. Harga untuk maternity blouse ni, sehelai RM59.00. So, 2 helai RM118.00

Kalau tengok gambar yang kt fitting room tu, ada satu blouse  corak rama-rama tergantung kat hanger. Suka sangat corak tu. Tapi saya tak beli.. Bila dah sampai rumah, teringat-ingat jer baju tu. Baju rama-rama tu memang tinggal sehelai jer tadi, saiz s pulak tu. Apsal la saya  tak rembat jer sekali baju ni tadi. Geram pulak rasanya.

Owh rama-rama..dok situ diam-diam sampai bulan depan tau. Bulan depan baru leh shopping lagi. Huhuhuhu.

 

Iklan:

Dapatkan produk Tropika dengan harga lebih murah. Klik sini.