Hari ni ada Mom and Baby Expo kat Mid Valley lagi. Tapi saya tak pergi pun. Jauh. Saya dok kat Utara Semenanjung. Macam tak masuk akal pulak nak habis masa, tenaga dan wang semata-mata gi expo nih. Kandungan pun dah masuk 9 bulan..tak larat la nak dok dalam keta lama-lama nih. Sakit pingang ngan bontot!

Anyway, for those yang dok area Lembah Kelang ย dan mencari-cari barang ibu dan bayi, leh lar pergi expo ni. Kot-kot ada tawaran harga yang best. Starts from today, 11th May 2012 – 13th May 2012.

Kalau tak sempat pergi minggu ni, bulan 7 nanti pun ada lagi expo ni kat Mid Valley. Starts from 27th July 2012 – 29th July 2012. ย Expo bulan 7 ni pun saya tak pergi kot.. Jauh kan… Huhuhu. Kalau kebetulan time tu saya kat rumah parents saya, leh lar pegi expo ni.

Kalau ikut poster kat atas, bulan 12 nanti ada Mom and Baby expo ni kat PISA, Penang. Bolehlar try pergi yang ni.. Lebih kurang 2 jam setengah dari umah. Tapi ikut keadaan jugak… kalau ada hal lain..tak pergi la expo ni… Lagipun lama lagi, hujung tahun.. Haih~~

Anyway, info pasal sale barang baby ni saya dapat dari mamafc.com. Website ni selalu share event sale barang-barang ibu dan bayi.ย Klik sini kalau nak visit site mamafc ni.