Muzium Kota Lukut dan Muzium Tentera Darat Port Dickson

Owh.. Mummy Adam sekarang dalam mood blogging ke laut. Apsal ntah malas sangat nak update. Tapi paksa diri gak update citer pegi muzium nih, nanti lupa. Cerita yang pegi Kellie’s Castle bulan lepas pun tak update dalam blog lagi..sebab malas… huhuhu.

Takperlah, saya update cerita pergi Muzium Kota Lukut dan Muzium Tentera Darat kat Port Dickson dulu lah yer. Last week kan somi bawak kitorang pergi PD celebrate birthday saya kan. Hari Jumaat pagi, lepas checkout Thistle tu, kami plan nak pergi Muzium Kota Lukut.  So saya masukkan lar Muzium Kota Lukut kat GPS keta tu dan kami follow jer lah map GPS tu. Yag peliknya, apsal tak sampai-sampai ni? Apsal jauh sangat nih? Tahu-tahu..nampak sign board ” Selamat Datang ke Melaka”.

Haaa???!! Dah apsal pulak kita sampai Melaka ni Daddy oiiii… Terus check balik GPS. Rupa-rupanya GPS tu tunjuk jalan pergi Kolej Komuniti Melaka. Dah kenapa pulak nak pergi sana???. Padahal saya key in Muzium Kota Lukut. Eii.. hampagas betul lar GPS ni. Ni bukan first time tau GPS Garmin keta tu buat hal. Orang nak pergi tempat lain, dia tunjuk route lain. Rasa nak buang jer GPS tu. Geram benor rasanya. Huhuhu Kitorang ni nak cepat, sebab tengah hari jumaat tu suami nak solat Jumaat kan.. sebab tu mengejar masa. Ni dah bazir masa pergi ke Melaka pulak. Hoih!!!

So, kami patah balik, key in balik Muzium Kota Lukut dalam GPS tu, double triple check, baru follow direction dia. Alhamdullillah, sampai jugak. Takder lar jauh sangat dari hotel kami. huhuhu. Masa sampai tu dah pukul 12.15 tau. So, kami tak explore puas-puas muzium Lukut tu.  Masuk muzium dia pun, sekadar masuk pastu keluar balik. Kota lama Lukut tu pun kami tak sempat tengok. Kami kejar masa sebab suami nak cari masjid pulak.

So, ni antara kenangan kami kat Muzium Lukut.

Kenangan di Muzium Kota Lukut

Kenangan di Muzium Kota Lukut

Bayaran Masuk Muzium Kota Lukut ni PERCUMA. Muzium ni atas bukit, jadi penat sikit lah dukung Adam naik tangga. Saya bagitahu awal-awal, kot-kot yang nak bawak anak kecik tu leh standby tenaga untuk dukung anak naik tangga. Hehehe.

Lepas gi Muzium ni, laju-laju cari masjid pulak. Alhamdullilah..senang je jumpa masjid. Sementara Somi Solat  Jumaat, saya ngan Adam dok  dalam keta jer. Hehehehe. Lepas somi habis Solat Jumaat, kami pergi Muzum Tentera Darat pulak..

Ai tell you… muzium ni best sangat! Banyak benda ada dalam tu.. dia pecahkan pameran ni ikut seksyen tau. Pastu dia bukan letak satu bangunan jer.. Ada banyak bangunan! So setiap bangunan ada seksyen pameran asing-asing.

Contoh : Seksyen Era kesultanan Melayu Melaka, dalam tu citer pasal Kesulatanan Melayu melaka jer lah. Dekorasi dia pun macam ala-ala zaman dulu-dulu. Kembali ke zaman silam gitu. Kalau Seksyen Era British, dekorasi dia macam zaman pemerintahan British pulak. Siap ada sound effect kuda berjalan lagi. Tanjat gegel tau. Ingat betul-betul ada kuda kat sebelah. Kalau Seksyen  Era Komunis pulak, dia buat terowong bawah tanah pulak. So kita kena turun tangga masuk tunnel. Betul-betul macam tunnel bawah tanah komunis. Kat bahagian luar muzium pulak, ada banyak kenderaan tentera yang korang boleh tengok dekat-dekat. Nak pegang pun boley tau!!

Malangnya, kat Muzium ni pun, kami tak betul-betul berjalan semua tempat sebab Adam dah cranky, moody .. Penat agaknya. Saya ngan somi suka pameran sejarah macam ni. Biasanya kami akan baca dan belek satu-satu bahan pameran.. Namun apakan daya..kami terpaksa jalan laju-laju, sebab Adam dah merengek-rengek ajak balik. huhuhu

Oleh sebab kami tak sempat nak belek semua benda dalam muzium ni, snap gambar pun mana yang sempat jer. Huhuhu

 

Bahagian Luar Muzium Tentera Darat

Bahagian Luar Muzium Tentera Darat

 

Era British

Era British

Era Kesultanan Melayu Melaka

Era Kesultanan Melayu Melaka

Zaman perang Dunia Kedua

Zaman perang Dunia Kedua

Terowong bawah tanah komunis

Terowong bawah tanah komunis

Kenderaan Tentera

Kenderaan Tentera

Sebenarnya kan, ada banyak lagi seksyen bangunan Muzium ni yang saya tak sempat nak ambil gambar. Kami just jenguk masuk, pastu keluar balik. Sebab Adam dah moody sangat. Ada jugak bahagian-bahagian muzium ni yang kami tak sempat pergi pun. Haih…

Anyway, sama macam Muzium Lukut tu, bayaran masuk Muzium Tentera Darat ni PERCUMA jer tau. Rasa macam..Eh..muzium punya lah besar,  cantik, bahan pameran pun banyak, tapi tak dikenakan bayaran masuk ?? Biar betul?  Percayalah, memang percuma. Jadi.. memang rugi sangat lah kalau korang tak pergi muzium ni. banyak fakta sejarah, fakta pahlawan dan tokoh-tokoh kemerdekaan ada kat sini. Sambil melawat, sambil flashback balik sejarah kita. 🙂

InshaAllah kalau ada rezeki, kami nak pergi lagi muzium ni. Harapnya, next time pergi muzium nih,  mood Adam ok. Hehehe.

Lepas lawat Muzium Tentera ni, kami terus gerak balik KL. Asalnya nak terus singgah PICC Putrajaya tu, nak pergi karnival Upin Ipin. Tapi sebab suami dah penat, makanya kami terus balik rumah.

Sekian cerita birthday celebrations saya. Berjaya jugak habiskan citer celebrate birthday nih. Hehehe.