Sangat ‘nikmat’ rasa itu.. waktu menaip ni pun, rasa ‘nikmat’ itu masih terasa. Kalau ikut experience lepas, 3 hari akan datang pun still rasa lagi nih. Huhuhu.. Apakah rasa ‘nikmat’ itu?

‘Nikmat’ disini adalah apabila disuntik dengan suntikan ATT atau dalam Bahasa Malaysia suntikan kancing gigi. Sakit wokei! This is my second shots.  Nasib baik la lepas ni takder lagi. . For first pregnancy, nurse bilang kena cucuk 2 kali. Lepas ni kalau mengandung lagi..cucuk sekali jew. First suntikan dulu masa 24 weeks pregnant. Second suntikan, 28 weeks. Memang biasanya suntikan kedua akan dibuat selang sebulan dari suntikan pertama.

So..macam biasa, saya cuba beramah mesra dengan nurse kat KK:

Saya: Nurse, kenapa yer kena cucuk kancing gigi?

Nurse: Untuk elakkan ibu mengandung kena kancing gigi semasa mengandung.

Saya: …… (jawapan apakah ini? fikir saya dalam hati)

Takperlah. Benda ni pun untuk kebaikan kan. So tadah jer lar bahu kat nurse tuh. Masa jarum masuk tuh, rasa sakit sikit jer..tapi bila ubat start masuk..memang rasa ngilu sungguh-sungguh lar. Nurse tu suruh relax tangan, jangan keraskan otot..ubat susah nak masuk nih. Nanti lagi sakit.  Tapi cannot lar nurse, rasa ngilu sangat nih. Akibat saya yang tak tahu nak relaxkan lengan time kena suntik, sekarang saya rasa lenguh-lenguh kat lengan kiri. Owh..’nikmatnya’.  Again, rasa ‘nikmat’ ni biasanya berlarutan at least 3 hari.

Nanti En. Suami balik, nak mengadu ngan dia pulak. Muehehehe. Tu baru sakit kena suntik … lom sakit beranak lagi. Manja terlebih tau.