Assalaualaikum..

Akhirnya..finally, berjaya jugak saya siapkan nursing cover.. Time beli kain, kemain lagi bersemangat. Tapi nak menyiapkan menjahit punya lar malas. Owh..citer saya beli kain untuk buat nursing cover tu ada kat sini.  

Inilah hasilnya:

Jahitan tak berapa kemas. Orang ‘pandai’ sangat guna mesin jahit..macam ni lar. Senget-senget jahitan. Eii…malu kalau ada yang belek nursing cover nih. Huhuhu.

Saya belajar buat nursing cover ni kat sini dan sini. Tutorial kat kedua-dua website tu sangat membantu.  Kalau ada yang nak jahit sendiri nursing cover, leh refer link yang saya bagi tu. Tapi, saya tak tiru bulat-buat tutorial tu. Saya improvise ikut kesesuaian. Gambar kat bawah ni antara bahan-bahan yang saya gunakan:

Tali yang sangkut kat leher tu, saya ganti dengan reben jer. Tak yah susah-susah jahit kain wat tali..muehehe. Pastu, kat dalam  tutorial tu  guna besi D-ring untuk adjust tali, tapi saya tak jumpa D-ring tu. Cari kat kedai jual alat jahitan takder, kedai hardware pun takder. Gi kedai kraftangan pun nan ado. Yang saya jumpa besi macam kat gambar tu. Ntah la apa nama dia, tapi dia ada besi kat tengah-tengah tu. Besi tu boleh gerak keatas ke bawah. Belasah jer lar guna besi ni. Janji leh wat sangkut tali and senang nak adjust. Tapi sebab saya guna reben as tali, jadi licin lar pulak. Susah nak sangkut. Haih..so kena ikat pulak.

Benda putih bergulung kat gambar tu piping untuk ganti boning kat leher. Fungsi boning: untuk intai baby time dia menyusu. Saya tak jumpa boning yang sama ngan tutorial ..so saya ganti ngan piping yang biasa orang jahit kat getah kain tu. Tapi tak best. Lembik..tak keras. Tak leh intai baby. huhuhu.

Hasil  try and error jahit sendiri nursing cover ni.. takderlar kemas/cantik sangat. Tapi bolehlah kalau nak pakai sendiri. Kos buat nursing cover ni tak sampai RM25.00 (siap ada kain lebih lagi). Lebih menjimatkan kalau compare dengan yang beli ready made. Takkan semua nak beli ready made. Sesekali guna hasil buatan sendiri, walaupun tak secantik mana, tapi puas hati.. 🙂

 

Iklan:

Dapatkan Produk Tropika untuk anak-anak dengan harga lebih murah disini.