En Suami jarang cuti. Beliau adalah busy. Namun begitu, saya paksa juga beliau amik cuti a day after Christmas. Alang-alang hari rabu tu cuti Krismas, apa kata amik jer cuti hari Khamis, 26hb 12 tu. Pastu direct cuti Jumaat, Sabtu. Kan ke best cuti straight 4 hari. Eh..apsal plak cuti direct Jumaat Sabtu? Sebabnya, opis En Suami cuti Jumaat Sabtu.. Tak, tak..Suami tak kerja kat Kedah, Kelantan or Terengganu. Suami kerja kat KL ni haa..Cuma opis dia memang cuti Jumaat ngan Sabtu, ikut HQ kat Dubai sana. Ehehehe.

Anyway, bila En Suami cuti, apa yang perlu kita lakukan? Jom jalan!! Masa cuti hari krismas tu, gi piknik kat Sungai Congkak. Sungai Congkak ni jeram air terjun, kat Hulu Langat.  Ni adik yang tengah  mengandung 3 bulan tu beria-ia ajak gi piknik. Pelik pulak gaya mengidam dia.. Ngidam mandi air terjun pulak. So kitorang layankan jer lar. My mom, dad and adik-adik semua gi dulu. Awal pagi, lepas siap masak bekal, berdesup diorang gi sana. Sampai sana kul 11 pagi rasanya. Mandilar korang air sejuk tu. Aii tak mo. Hehehe. Kitoarg laki bini gerak kul 12 tengah hari, sbb saya prepare lunch untuk Adam dulu, buat bekal. Sampai sana dekat kul 1 rasanya. Parking betul-betul depan pintu masuk. RM3.00 per entry.  Pastu nak masuk kawasan mandi, diorang caj RM1.00 seorang.

Actually, boleh bawak masuk kereta ke kawasan mandi-manda tuh, tapi sebijik kereta diorag caj RM15.00. Kot kalau bawak khemah ke, barbeque set tu semua, leh lar bawak masuk kereta.. Jenuh jugak nak ngangkut benda tu semua kalau tak bawak kereta, yer dak?

Kat sana, pelampung budak-budak giler murah diorang jual. Kalau kat jalan masuk ke Sungai Congkak tu, RM2.50 tu diorang jual pelampung. Tapi saya beli betul-betul depan pintu masuk, diorang jual RM6.00. Still kira murah la. saya beli jugak sebab tak bawak pelampung itik Adam, Ducky.

Pose ngan pelampung baru

Pose ngan pelampung baru

Walapun kami sampai  kul 1 petang, air still sejuk, ok. Saya ngan En Suami tak mandi, tak tahan sejuk. Adam jer yang mandi. Dia main air ngan nenek and pakcik makcik dia. Bibir, tangan, kaki semua biru. Kesejukan. Tu pun tak mo kuar dari air.

photo_6

Adam dah gigil gigil

Jangan kata keluar air, saya ngan En Suami nak amik pun dia jerit-jerit  tak mo, meronta-ronta sebab nak main air. Hoih… demam kang.

Mengamuk tak mo kuar air

Mengamuk tak mo kuar air

Time makan pun, kemain lagi dia makan laju-laju sebab nak sambung main air. Adam main air tak lama pun, dalam kul 2 tu saya amik gak dia, sebab takut tengok dia dah jadi biru. Hahaha. Time tukar baju tu, memang bersilat lar ngan dak kecik tu, meronta-ronta nak masuk air balik. Grr.. geget baru tau.

One the way balik, terus tertidur dalam keta. Penat lar tu.

Kepenatan main air

Kepenatan main air

Hari Khamis ngan Jumaat, dok rumah. Tak kemana. Tsk!

Hari Sabtu, saya sudah tensen dok umah, ajak En Suami gi jalan lagi. Pergi Pusat Sains Negara pulak. Kuar umah agak lewat, so sampai sana kul 2pm. . Parking susah sikit, sebab tak banyak. Pusing dua tiga kali baru dapat. Tu pun kena menapak sikit ke pintu masuk. Tsk! Seb baik parking free. Bayaran masuk Pusat Sains Negara ni, RM6.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak-kanak 6-12 tahun. Kanak-kanak bawah 5 tahun, free!

Actually, kitorang salah beli tiket coz En Suami nak tengok pameran Tamadun Islam kat Pusat Sains Negara tuh. Tiket untuk pameran tu RM20.00 termasuk bayaran masuk ke Pusat Sains Negara. Tapi kitorang dah beli tiket masuk Pusat Sains Negara, macam membazir pulak nak spend another RM20 X 2 pulak. Next time jer lar gi pameran Tamadun Islam tu, coz pameran tu sampai 28 Feb 2014. So, kitorang plan nak pergi time cuti Chinese New Year next year. Ehehehe. Oh ya..in case ada yang tak tahu, Pusat Sains Negara ni kat Mont Kiara, Damansara.

Pose dulu sebelum masuk dalam

Pose dulu sebelum masuk dalam

Masuk jer Pusat Sains Negara, solat Zohor dulu. Kat dalam tu ada banyak playground untuk anak-anak kecil, so time En Suami solat, saya layan Adam main, time saya solat, En Suami pulak take over. Surau dia tak besar sangat, so better take turn kalau nak solat. Sorang solat, sorang lagi main ngan anak kat luar. Tak yah lar nak penuhkan surau tu ngan anak-anak.. Kesian orang yang nak solat, tapi takder ruang.

psn3

Time mummy solat, Adam main bola ngan Daddy

Lepas solat, its experiment time! Macam-macam bondo ada dalam Pusat Sains Negara nih. Lots of experiment to do. Banyak sangat sampai tak sempat nak main semua. Adam lar yang paling seronok buat itu ini, padahal bukan paham apa pun. En Suami kepenatan layan Adam. Saya? Eh..saya pun sibuk main jugak. Ekekekeke.

Eksperimen Kebarangkalian.

Kasi pusing itu roda

 

Besh jugak main ketuk ketuk nih

Besh jugak main ketuk ketuk nih

 

p2

Eh..mainan ni pun ada lar kat Pusat Sains Negara

Around 4pm kitorang kuar coz perut dah bunyi-bunyi. Makan kat kaferia pulak.  Nom nom nom. Bila perut sudah kenyang, marilah kita pulang. Ekceli tak puas lagi bereksperimen kat Pusat Sains Negara tuh, tapi sebab memang plan nak pergi lagi..so takper, next time kita main puas-puas yer Adam.. Ehehehe.

Begitulah kisah cuti krismas kami. Cuti Krismas korang macam mana?