Apartment Desa Saujana

288 Views
Assalamualaikum Dah seminggu lebih saya pindah Jitra. Sesekali masih teringat lagi apartment yang kami duduk masa kat Seri Kembangan.  Apartment Desa Saujana. 4 tahun lebih kami duduk kat apartment tu.  Apartment tu bukan kami punya. Kami sewa jer. Tapi kami jaga macam rumah sendiri.  Walaupun rumah orang, bila nak keluar rumah tu, rasa sayu lar […]

Sewa Lori ke Jitra

367 Views
Assalamualaikum Kami sekeluarga dah selamat pindah ke Jitra. Alhamdullillah. Kami pindah Isnin lepas, 18/12/2017. Sewa lori 3 tan untuk bawak barang-barang semua. Walaupun kebanyakan perabot besar kami jual, tapi set ruang tamu kami tak jual. Jadi kenalah sewa lori ke Jitra untuk bawak sofa, meja dan kabinet tu semua. Sebelum semua barang saya pack, rasa […]

Sale Y.E.S Vitamin C Skincare

393 Views
Assalamualaikum Saya sibuk mengemas barang nak pindah sampai lupa update kat blog tentang sale YES Vitamin C Skincare. Semua item vitamin C skincare ada diskaun sehingga 20%.  Jadi memang berbaloi lah beli waktu sekarang ni. Untuk senarai harga Year End Sale produk Vitamin C Annona ni, boleh tengok kat bawah ni yer. Bukan tu jer, […]

Pulangkan Barang Ikea

358 Views
Assalamualaikum Korang pernah tak beli barang kat Ikea, lepas tu rasa menyesal pulak beli? Saya pernah. Baru-baru ni saya beli meja dan cermin Ikea. Baru keluar Ikea, terus bagitahu En Suami..rasa menyesal pulak beli. Padahal kami kat Ikea tu 2 jam semata-mata nak pilih meja dan cermin.  Bila dah beli, menyesal. Sengal betul perangai. Bukan sebab […]

Laluan ETS Terganggu

357 Views
Assalamualaikum Sekarang saya sekeluarga ada di Kedah. Belum pindah lagi. Balik kejap sebab ada kenduri kat Kulim. Sepupu En Suami kahwin. Seminggu jugaklah kami kat Kedah ni . Minggu depan balik Seri Kembangan balik untuk kemas semua barang. Pertengahan bulan 12 nanti baru pindah duduk Kedah. Ha.. rajin nau kami ulang alik ke Kedah kan.. […]

Bercuti Ke Sabah

2444 Views
Assalamualaikum Minggu lepas kami sekeluarga bercuti ke Sabah. Pergi ramai-ramai dengan semua ahli keluarga En Mahadi.  En Mahadi tu ayah saya lah. Hehehe. Memang semua orang pergi. Tak ada yang tinggal. Ayah, mak, adik beradik saya, ipar duai, cucu semua ikut. Mak ayah saya dah lama nak berjalan ke Sabah.  Jadi bila ayah ada rezeki lebih […]

Resepi Nasi Goreng Cina

2957 Views
Assalamualaikum Lately Aiza suka betul makan bihun goreng cina atau nasi goreng cina. Kalau order kat kedai, banyak dia makan. Jadi saya pun cuba masak sendiri kat rumah. Alhamdullilah, jadi. Sedap jugak. En Suami dan Aiza makan bertambah-tambah. Jadi nak share kat sini resepi nasi goreng cina yang saya masak kat rumah. Tapi resepi nasi goreng cina […]

Set Bilik Tidur untuk Dijual

447 Views
Assalamualaikum Berkemungkinan besar bulan depan saya akan pindah ke Jitra. Balik duduk sana. Rumah mertua. Dulu lepas kahwin memang saya duudk sana. Hampir 2 tahun jugak kat sana. Lepas tu pindah Seri Kembangan. Pastu bulan depan pindah Jitra balik. Haih.. ikutkan hati memang tak nak pindah sana.. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa […]

Review Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation

329 Views
Assalamualaikum Baru-baru ni saya pergi ke booth Lancome kat IOI Mall Putrajaya. Sebab nak redeem sample LancomeTeint Idole Ultra Wear Foundation. Inilah rupa botol foundation tu. Tapi yang saya dapat sample kecik jer. Hehehe. Dah nama pun sample kan.. Masa kat booth Lancome tu, staff kat sana suruh saya pilih shade yang sesuai dengan kulit saya. Dia bagi […]

Buat Pavlova Tak Jadi

301 Views
Assalamualaikum Ahad lepas saya balik rumah mak saya. Adik saya yang bongsu ada kat rumah. Cuti semester. Dia ajak saya buat pavlova. Kenapa pavlova? Sebab tengok resepi macam senang jer, bahan pun tak banyak. Padahal.. Huru hara kitorang buat pavlova. Bahan itu tak cukup, bahan ni tak ada. Kejap-kejap gi kedai beli bahan. Dah beli, salah […]

Serum Vitamin C

852 Views
Assalamualaikum Biasa dengar kan.. vitamin C elok untuk kulit. Vitamin C ni banyak dalam buah-buahan seperti oren, lemon, mangga, strawberry, jambu batu dan juga sayur-sayuran seperti brokoli, asparagus, kobis, bayam dan lada benggala. Tapi kita ni kadang-kadang skip makan buah. Sayur pun sama. Sayur yang dimasak lama biasanya dah tak ada vitamin c sebab vitamin […]

Cerita hari sukan dan hari jadi

281 Views
Assalamualaikum Sabtu lepas hari sukan tadika Adam. Tapi saya tak pergi. En suami jer yang pergi tengok Adam bersukan. Saya malas nak ikut sebab risau Aiza tu meragam. Kadang-kadang kat tempat ramai orang ni, Aiza tu buat perangai nak berdukung jer. Tak larat lah saya nak dukung dia berjam-jam tu. Baiklah saya duduk rumah jer. […]