Ingat tengok bola tengah-tengah malam jer ke leh ada mata panda? Bakal ibu pun leh dapat mata panda tau. Makin sarat and besar perut nih, makin susah nak tidur malam.

Time nak tidur, tak leh tidur menelentang sebab susah nak bernafas. Setakat 5 minit tu ok la..but if more than 5 minutes, mula lar tercungap-cungap. Dah macam ikan terdampar kat darat jer ghupa saya atas katil. So kena lar baring mengiring. Tapi baring mengiring ngan perut besar macam ni, memang tak selesa. Sakit pinggang. Sakit badan.

Nurse kat KK pun kata, itu masalah biasa bagi ibu hamil yang dah masuk 9 bulan ni.. Yer la..baby makin besar, rahim makin mengembang and menekan diaphragm kat bawah paru-paru. So ruang untuk paru-paru mengembang time bernafas tu jadi tu sempit sedikit. Tu yang jadi macam tak cukup nafas tuh.

So now, almost every night, saya tak dapat tidur yang betul-betul lena. Kerap terjaga sebab rasa tak cukup nafas and kena ubah posisi tidur. Bila dah terjaga tu, lom tentu leh sambung tidur balik. Kejap-kejap peluk En suami, kejap-kejap peluk bantal pulak. Ei..bosan betul terkebil-kebil atas katil tau.

Sebagai motivasi untuk diri sendiri, anggap jer la ni latihan sebelum baby lahir. Nanti bila baby dah lahir, mesti kena selalu jaga malam layan baby kan… jadi, kalau dah biasa berjaga malam macam burung hantu nih.. bila jaga baby tengah-tengah malam nanti rasa no hal lar kot..

Haih~~pipi makin tembam, badan makin bolat, keliling mata makin gelap…memang macam panda. Cuma tak leh guling-guling macam panda jer.