The Parenthood Playland Sunway Pyramid

Assalamualaikum

Ahad lepas kami ke The Parenthood Playland, Sunway Pyramid. The Parenthood Playland ni indoor playground. Sebelum ni kami pernah pergi The Parenthood Playland kat Sunway Putra Mall. Ada saya cerita kat sini. Kali ni sajer nak pergi yang kat Sunway Pyramid, lagipun dah lama tak ke sana. Dah lebih 5 tahun rasanya tak pergi Sunway Pyramid tu. Jadi jomlah jalan-jalan ke sana, bawak Adam ngan Aiza. Bawak sekali Mikail, sepupu Adam ngan adik bongsu saya sekali, Nunu. Mak si Mikail tak ikut, sebab baby kecik dia jenis tak suka berjalan. Jadi dia suruh Nunu ikut sekali, tolong jaga Mikail.

Rombongan ke Sunway Pyramid

Rombongan ke Sunway Pyramid

Kat Sunway Pyramid,  mencari The Parenthood tu entah kat mana. Takder signboard tau. En Suami lapar, dia ajak cari tempat makan dulu. Tengah pusing-pusing, terserempak dengan staff The Parenthood  tengah edar flyer. Terus jer lah tanya, kat mana The Parenthood ni. Dia kata kat Level F (1st Floor), belakang Padini. Kena jalan masuk Padini tu, nanti jumpa The Parenthood tu.

Lepas makan, terus lah pergi Level F. Cari Padini. Kat depan Padini tu barula ada signboard The Parenthood tu haa.. Memang dia tunjuk kena masuk dalam Padini tu.  The Parenthood ni memang kat belakang Padini tu. Tersorok. Tak strategik langsung location dia tu tau. Walaupun tersorok, tapi orang ramai jugak.. Pergi hari cuti kan…memang dah agak dah ramai orang.

Kat dalam The Parenthood tu, kemain seronok lah Adam tu main sana sini. Besar, luas dan tinggi jugak lar playground kat sini. Bertingkat-tingkat. Dah macam maze kat dalam tu.  Budak bila dah masuk lari-lari dalam tu, kalau tengok dari luar memang tak nampak dah budak tu kat mana. Memang kena follow lar budak-budak tu. En Suami kejar Adam. Nunu kejar Mikail. Saya jaga Aiza.

slide

Adam paling suka main slide ni

parents-kat-playland

Macam-macam jenis slide ada kat sini

mika-baling-bola

Mikail seronok main baling bola

palyland-bertingkat

Bertingkat- tingkat macam maze

daddy-kejar-adam

En Suami pun kena memanjat sekali kejar Adam

daddy-dan-aiza

Aiza tak padan kecik..gigih dia nak kesana kemari

daddy-aiza-adam-main-slide

Slide ni tak berapa licin, kena tolak dengan bontot

bertingkat3

Playland yang bertingkat-tingkat

bertingkat

Playland yang bertingkat-tingkat

Untuk Aiza, tak banyak benda boleh main. Sesuai main ball jer lah. Tu pun main kejap-kejap jer, sebab ada budak-budak yang lompat kat tempat ball tu tak terkawal, nyaris-nyaris kena Aiza..Yer lah, budak mana tahu bahaya kan..  Ehh.. geram betul ngan mak bapak jenis lepas tangan ni tau.  Dibiar anak tu membuas main sendiri. Jadi, ibu bapa yang bawak anak kecik kena lar extra alert kat budak-budak yang takder mak bapak jaga ni.

Join sekali golek-golek dalam ball dengan Aiza

Join sekali golek-golek dalam ball dengan Aiza

Info Harga Tiket The Parenthood Playland, Sunway Pyramid

Kanak- Kanak

Atas 2 tahun: RM50.00

Kupon Groupon: RM35.00

1-2 tahun: RM25.00

Bawah 1 tahun: Free

Dewasa

 Setiap 1 tiket kanak-kanak, dapat 1 tiket dewasa FREE. setiap kanak-kanak MESTI ditemani orang dewasa.

Extra dewasa yang nak masuk sekali, caj RM5.

Harga tiket ada caj GST.

Untuk penjimatan, belilah tiket kat Groupon. Kalau nak beli,  boleh klik sini. Dah beli tiket kat groupon tu, kena print out tiket tu. Groupon akan send kat email. Pastu tunjuk jer lah tiket yang dah di print tu kat kaunter.

Kupon groupon yang dah di print

Kupon groupon yang dah di print

Kat kaunter, kami tunjuk kupon Groupon. Lepas tu kena isi borang. Adam ngan Mikail memang dah siap-siap beli kupon Groupon.  Cuma Aiza jer kami bayar asing sebab harga tiket Aiza lagi murah dari kupon Groupon tu.

Tapi, bagi saya kan, untuk budak bawah 2 tahun, sepatutnya Free  jer sebab mainan yang ada kat situ tak sesuai untuk budak bawah 2 tahun. Kalau nak caj jugak, rasanya RM10 tu berpatutan untuk budak bawah 2 tahun. Macam Aiza tu kan..setakat boleh main ball jer. Tu pun main kejap-kejap sebab ada budak besar  yang kemain buas main kat situ tak ada pengawasan mak bapak. Jadi harga tiket RM25 untuk Aiza sangat tidak berbaloi.

Owh ya, nak masuk Parenthood Playland ni kena pakai stoking. Jadi sila bawa stoking siap-siap dari rumah. Tapi kalau terlupa bawak stoking, jangan risau, kat kaunter ada jual stoking untuk dewasa dan kanak-kanak. Tak sure pulak berapa harga stoking kat situ, sebab kami memang dah siap pakai stoking dari rumah. Hehehhe.

Antara Parenthood Playland Sunway Putra Mall dengan Parenthood Playland Sunway Pyramid, saya rasa better lagi  yang dekat Sunway Putra Mall. Sebab pilihan permainan dan aktiviti dia lebih banyak. Next time kalau nak pergi Parenthood Playland ni, memang kami pergi yang dekat Sunway Putra Mall tu jer lah.

Info info tentang Parenthood Playland ni, boleh klik sini.