Assalamualaikum..

Masa saya dan family pergi ke Thomas Town minggu lepas, kitorang menginap kat Pariss Hotel kat Skudai Johor Bharu. Jarak dari Thomas Town, Puteri Harbor ke hotel ni lebih kurang 15 minit jer. Lepas keluar dari Thomas Town, memang terus gi check in kat hotel ni. Sampai hotel ngam-ngam pukul 3, waktu check-in.

Pariss Hotel. Sumber gambar: Expedia.com.y

Pariss Hotel. Sumber gambar: Expedia.com.my

Saya dah book hotel ni awal-awal sehari sebelum gerak ke JB. Saya book melalui Expedia. Saya book sehari sebelum bertolak, jadi price yang saya dapat tak lah murah sangat. Kalau book dari awal, mesti dapat lagi murah. Huhu. Saya book dengan expedia ni, terus bayar siap-siap guna kredit kad.

Walaupun dah bayar siap-siap, tapi tetap kena letak deposit RM100 masa check in. Ni sebagai cagaran la..kot-kot kita rosakkan barang hotel ke apa kan.. Kalau kita tak rosakkan barang hotel atau tak bawak balik tuala/cerek/bantal/tv hotel,  nanti masa check out pihak hotel akan pulangkan balik RM100 tu. Ada ke yang bawak balik TV hotel? hahahahaha

 

c0291064-5211-41ed-a140-9539a35e9a7d

Kaunter Check in

Lobi hotel

Lobi hotel

Kitorang ambil bilik superior Double Room. Bilik ni katil dia katil King. Maklumah, sejak dah beranak dua ni, mana muat nak tidur berempat kat katil Queen kan. Jadi kalau nak tidur hotel, memang kena amik bilik yang katil dia saiz King. Tu pun sepanjang malam, saya asyik ditendang Adam. Buas betul la dak kecik ni tidur tau! Rasanya lepas ni kalau tidur hotel, kena ambil bilik yang ada katil queen + single bed kot. huhuhu.

Superior Double Room

Superior Double Room

Luas jugak bilik Superior Double Room ni. Ada almari, meja tulis, ngan bedside table. Price untuk satu malam RM188.00. Harga ni dah termasuk gst. Kalau book dari awal, konpom dapat lagi murah. Harga bilik ni termasuk breakfast untuk 2 orang. Kanak-kanak breakfast FREE.

Bilik air hotel ni, bilik air biasa.  Ada shower jer, tak ada bathtub. Bersih dan ada hose air tepi jamban. Dalam bilik air ni ada hair dryer jugak.

Bilik air

Bilik air

Cuma yang tak bestnya, sinki dia kecik sangat. Tak muat nak mandikan Aiza. Kitorang kalau tidur hotel, biasanya mandikan Aiza dalam sinki kat bilik air jer. Tak koser nak bawak besen mandi Aiza gi hotel kan.  Oleh sebab sinki dia kecik, terpaksa mandikan Aiza kat luar sinki. En Suami pegang Aiza, saya siram air dan sabun badan Aiza. Hehehe

Yang bestnya, wifi kat hotel ni laju tau. Biasanya kalau dok hotel, wifi internet alahai..slow macam siput bab*. Tapi kat Pariss Hotel ni, laju pulak internet dia. Maybe sebab tak ramai orang kot..jadi tak share internet ramai-ramai, sebab tu laju. Bahagia jer saya guna wifi hotel. Jimat data 3G saya malam tu.

Breakfast kat hotel ni pulak, kat roof top. Swimming pool pun kat rooftop. Jadi pagi esoknya, kami makan breakfast atas bumbung tepi kolam. Hehehe

Best pulak makan atas bumbung

Best pulak makan atas bumbung

Pilihan makanan sarapan pagi tak banyak..nak amik gambar pun tak ada mood. Tapi..walaupun pilihan makanan tak banyak, Alhamdullilah…sedap! Pagi tu saya makan roti bakar dengan bubur nasi jer. Tapi punya lar sedap bubur nasi dia, saya siap tambah tau. Saya jarang sangat makan bertambah ni..jadi kalau saya tambah makan tu..maknanya memang sedap lah! Suami makan nasi lemak. Dia kata nasi lemak pun sedap. Hotel ni ada sijil Halal Jabatan Agama Johor. Jadi..boleh makan tanpa ragu-ragu.

Walaupun Adam tu duduk sebelah swimming pool..dia tak sibuk nak terjun kolam. Maybe dia ingat swimming pool tu kolam hiasan  kot… sebab kolam dia kecik jer. . Pastu tak ada yang mandi. Bagus-bagus..mommy tak bawak swimsuit Adam. Kalau Adam nak masuk kolam, tak pasal jer kena beli swimsuit baru.

Overall hotel ni memang selesa. Berpatutan dengan harganya. Betul-betul depan hotel ni, ada Giant. Kalau nak beli barang masa stay kat Pariss Hotel ni, leh jalan kaki jer gi Giant tu. Sebelah Giant ada Tesco. Tak jauh dari Tesco ada Jusco. Hehehe. Tapi saya tak pergi pun shopping. Tidur kat hotel ni pun 1 malam jer.

Korang kalau nak pegi Legoland kat Nusajaya atau Thomas Town kat Puteri Harbor tu, boleh consider menginap kat Pariss Hotel ni.. Dekat jer dengan Nusajaya dan Puteri Harbor tu. Harga pun murah. Berbaloi-baloi.