Pau Habibi

Saya sangat suka makan pau. Tapi pau kacang merah jer. Pau inti lain tak suka! Memang dari kecik suka sangat pau kacang merah. Dulu saya kecik-kecik duduk ngan atuk ngan nenek kat kampung. Kalau atuk pergi pekan, mesti balik belikan pau kacang merah. Dah dok asrama pun macam tu. Kalau atuk nenek datang jenguk, diorang bawakkan pau  kacang merah. Tetiba rasa nak balik kampung  jenguk atuk ngan nenek kat Sabak Bernam tuh. Sobs!

Now, kalau  travel jauh-jauh, singgah kat RnR mesti cari pau kacang merah. Tapi jarang jumpa yang sedap. Haih…

Walaupun saya suka sangat makan pau, adakah saya rajin buat pau sendiri? Owh..nehi nehi. Malas ok! Jadi, solution kita cari pau segera yang tinggal steam pastu telan. Pau segera kegemaran saya Pau Segera Habibi. Memang sedap weiii!!! Memenuhi syarat saya yang gilakan pau sejak dulu lagi.

Pau dia empuk, inti dia banyak. Tak manis sangat, tak tawar..memang sedang elok jer. Yang paling penting pau ni HALAL. Keluaran Bumiputra Islam lagi.

Ni rupa pau Habibi dalam packaging dia

Pau Habibi Kacang Merah saiz mini

Pau Habibi Kacang Merah saiz mini

Ni yang saiz mini punyer.  Satu pek ada 9 ketul pau mini kacang merah. Tak pernah jumpa yang saiz biasa. Kalau inti lain ada jer saiz biasa cuma kalau yang inti kacang merah, ada saiz mini jer. Tataw lar memang diorang tak buat saiz biasa atau Giant tak ambil stok yang saiz biasa.

Ni pengeluar dia, Habibah Food Manufacturer

Pengeluar Pau Habibi

Pengeluar Pau Habibi

 

Sya beli Pau habibi ni kat Giant jer. Kat tempat lain tak jumpa lagi. Harga untuk satu pek 9 ketul pau mini kacang merah ni RM4.29. Selain dari inti kacang merah, ada jugak inti lain, ada inti kacang hitam, inti kari daging, ayam.. dan lain lain. Saya tak pernah beli yang inti perisa lain, jadi tataw lar sedap ke tak. Yang pasti Pau Habibi Inti Kacang Merah ni memang sedap *thumbs up kiri kanan*

Inti kacang merah

Inti kacang merah

Oleh sebab saiz dia yang mini, 2 kali masak dah habis. Tu pun sekali hadap 4 atau 5 ketul. Sedap sangat makan, tak sedar dah habis. Nasib baik saya sorang jer yang makan pau nih. Adam ngan somi tak suka. Bagus..bagus.Biar Mummy makan sorang. Muahahahaha.

Biasanya saya makan pau ni time buka posa. Alaa..posa ganti/sunat. Walaupun somi pun posa sekali teman bini, tapi dia buka posa kat opis. Jadi, saya yang buka posa sorang-sorang kat umah ni, memang moleklah masak pau segera yang super duper senang ni untuk buka posa sendiri. Ala.. tinggal masukkan pau tu dalam pengukus, pastu bukak api, bior dia masak sendiri selama 10-15 minit. Sedia dihidang. Kan ke senang bangat tuh? Hehehe…

Sedia dingap masuk mulut

Sedia dingap masuk mulut

Masa menaip ni pun, tengah posa nih. Jap lagi nak gi steam pau untuk buka posa. Dugaan sungguh menaip sambil terbayang-bayang pau. Hehehehe.