Assalamualaikum

Minggu lepas, kami sekeluarga pergi Hatyai lagi. Macam biasa, kami kalau pergi Hatyai naik kereta. Last pergi Hatyai tahun lepas, jadi jom lah ke Hatyai lagi, tengok  apa yang ada kat sana. hehehehe.

Biasanya kami kalau pergi Thailand, kami pergi sekali dengan mertua saya. Tapi kali ni, kami pergi sendiri jer. Sebelum masuk sana, isi penuh minyak kereta, sebab minyak kat Thailand mahal. Pastu singgah Changloon untuk beli dan isi segala jenis borang. Kami suruh orang kedai tu yang isikan semua borang tu.

Staff kedai isikan borang masuk Thailand

Staff kedai isikan borang masuk Thailand

Pastu beli simkad Thailand siap-siap kat kedai tu. Dah settle semua borang, terus gerak ke Sempadan Kayu Hitam. Oh ya, k duit pun kami tukar sebelum masuk Thailand sebab kalau tukar kat sana, kita akan rugi sikit.

Lalu imigresen Malaysia, bagi semua passport. Lepas tu kena lalu checkpoint kastam. Lepas tu terus masuk Sempadan Thailand, check passport kat Imigresen Thailand dan Kastam Thailand pulak. Detail macam mana nak masuk Thailand naik kereta boleh baca kat sini yer.

Dah settle cop passport dan Kastam, kami pun straight lah pergi Hatyai. Kami guna google maps jer. Tu yang pentingnya kena ada simkad Thailand. Guna data simkad Thailand jer. Kalau guna data simkad Malaysia, dia akan caj roaming. Caj roaming sangat mahal yer. Lebih jimat kalau beli simkad thailand. Ambil yang unlimited data.

Destinasi pertama, pantai Samila kat Songkhla. Songkhla ni sebenarnya atas sikit dari Hatyai. Jarak dari sempadan Thailand ke Pantai Samila ni dalam  1 jam.2 minggu lepas kami pergi Langkawi, tak dapat bawak Adam main pasir pantai sebab hujan jer. Kesian Adam asyik mintak naik main pasir pantai. Tu yang kami bawak dia pergi Songkhla main pasir pantai kat sana.

Samila Beach

Samila Beach

Pantai Samila yang cantik

Pantai Samila yang cantik

Anak-anak main pasir, mommy main handphone

Anak-anak main pasir, mommy main handphone

Kat sini kalau nak naik kuda pun boleh. Tapi kami tak naik sebab tak sampai hati. Dulu pergi Penang, kami try naik kuda kat sana. Kat pantai Batu Feringgi. Masa naik kuda tu, kuda tu nangis bila tuan kuda tu pukul suruh kuda tu diam. Terus kami mintak turun. Sejak dari tu, memang kami tak nak dah naik kuda. Tak sampai hati, kesian. Jadi kami tengok jer lah kuda tepi pantai Samila nih.

Horse riding at Samila Beach, Songkhla

Horse riding at Samila Beach, Songkhla

Santai tepi pantai

Santai tepi pantai

Kami pergi pantai Samila ni tak bawak tikar. Nasib baik kat sana ada orang jual tikar. Murah jer tukar ni. 100 baht. Lebih kurang RM12.

Kat Samila Beach ni ada patung ikan duyung. Kononya dulu-dulu duyung pernah datang pantai ni. Tapi patung duyung tu ramai sangat orang bergambar. Jadi kami amik gambar ngan patung kucing dan tikus ni jer lah. Tak sure pulak apa kaitan kucing dan tikus dengan pantai ni. Kucing memang banyak kat pantai Samila ni. Tapi tikus tu tak perasan pulak. Mungkin menyorok kat mana-mana. Hahahaha

Patung kucing pantai Samila, Songkhla

Patung kucing pantai Samila, Songkhla

 

Dah puas main pasir, kami pun terus ke Hatyai. Check in hotel. Kami check in hotel New Season Square. Hotel ni kat tengah pekan Hatyai tu. Kami pilih hotel ni sebab hotel ni ada bilik yang ada katil  saiz besar dan hotel ni ada swimming pool. Adam tu kalau tido hotel, wajib nak mandi pool. Kalau tak ada pool, dia akan merengek pagi petang siang malam nak mandi pool.

Check in hotel

Check in hotel

Lepas check in, kami rehat-rehat kejap, mandi dan solat. Selesa sangat hotel ni. Bilik dia luas. Katil dia superior double bed. Lagi besar dari saiz King. So sangat selesa tidur 4 beranak. Bilik air bersih. Memang puas hati lah duduk hotel ni. Walaupun harga bilik dia agak mahal berbanding hotel lain kat Hatyai, tapi berbaloi! Lokasi dia pun dekat dengan Lee Garden Market tu.

 

Bilik kami di New Season Square Hotel

Bilik kami di New Season Square Hotel

Katil dia luas sangat. Superior double bed

Katil dia luas sangat. Superior double bed

Nampak pool dari tingkap bilik

Nampak pool dari tingkap bilik

Bilik air dia ada bath tub.

Bilik air dia ada bath tub.

Lepas maghrib, kami keluar cari makan. Kami jalan kaki jer cari kedai makan.

Jalan-jalan cari makan di pekan Hatyai

Jalan-jalan cari makan di pekan Hatyai

Kami makan kat Kedai Salma. Kedai ni dekat jer dengan hotel kami duduk tu. Malam tu kami makan tomyam seafood, ayam goreng kunyit, telur dadar dan sayur brokoli goreng

Makan malam kami di Restoran Salma

Makan malam kami di Restoran Salma

Walaupun kami order portion small, tapi hidangan untuk small ni memang banyak! Jenuh kami laki bini nak habiskan. Harga makanan kat kedai ni, berpatutan. Tak mahal sangat, tapi tak lah murah. Berpatutan la dengan harga makanan sebab saiz hidangan dia banyak. Ni kami makan 4 orang pun tak habis makan tau.

Lepas makan, kami jalan-jalan kat pasar malam depan Lee Garden Hotel. Kami jalan kaki jer nih. Sebabnya memang dekat jer. So tak perlu drive atau naik tut tut. Kat sini kami cuci-cuci mata tengok gerai gerai makanan, gerai baju dan souvenir. Kami tak beli makanan kat sini sebab dah kekenyangan makan kat Kedai Salma tu. Tengok udang-udang galah yang besar besar tu memang geram jer rasa nak beli, tapi tu lah..masing masing dah kenyang, kang kalau beli tak habis makan, membazir pulak..

Kat pasar ni kami belikan baju untuk anak-anak. Adam tu mintak kostum spiderman. Aiza tu pulak kami belikan baju tidur Hello Kitty. Jadiklah.

Pasar depan Lee Garden Hotel

Pasar depan Lee Garden Hotel

Pilih baju anak-anak

Pilih baju anak-anak

Dah puas cuci mata, kami pun jalan kaki balik ke hotel. Esok pagi, kami makan kat kedai Salma tu lagi.

Sarapan di Restoran Salma lagi

Sarapan di Restoran Salma lagi

Sarapan makan roti pisang

Sarapan makan roti pisang

Hotel yang kami duduk tu tak provide breakfast. Jadi kena gi makan kat luar. Lepas breakfast, balik bilik kejap, tukar swimsuit pastu terjun kolam. Kalau nak main pool kat hotel ni, kena pakai swimsuit tau. Swimsuit Adam tu tertinggal kat Langkawi. Nasib baiklah bawak seluar pendek, jadi Adam tu masuk pool pakai seluar pendek jer. Tshirt memang dia tak bagi masuk pool. Tu yang En Suami tu masuk pool pakai seluar pendek tak pakai baju.

Main air dalam pool

Main air dalam pool

Orang yang jaga pool tu 2,3 kali bagitau saya,kena pakai swimsuit .Saya pakai swimsuit muslimah. Swimsuit muslimah ni  kan jenis longgar, jadi  bagi dia tu bukan swimsuit lah kot. Serba salah saya nak main pool. Sudahnya saya masuk pool tu kejap jer. Saya duduk-duduk tepi pool jer tengok anak-anak main air.

Tengah hari, kami check out hotel. Sebelum keluar hotel, bergambar kejap kat lobi hotel yang cantik ni

Aiza tu berlari tak pakai kasut kat lobi hotel. Haihh

Aiza tu berlari tak pakai kasut kat lobi hotel. Haihh

 

Lepas tu pegi makan. Kali ni kami makan kat kedai lain kat Hatyai tu jugak. Saya makan nasi kerabu daging bakar. tapi tak sedap. huhuhu. Anak-anak makan nasi lauk  ikan. Keras kejung ikan tu. En suami tak makan sebab dia tak ada selera tengok lauk kat kedai tu. Kat Hatyai ni, tak semua kedai makan halal dia sedap tau. ada yang tak sedap. Contohnya kedai makan yang kami pergi ni lah. Tak ingat apa nama kedai dia, tapi kedai dia kat corner lot. Gambar tak ada sebab nak ambil gambar pun tak lalu.

Lepas makan, kami laki bini blur tak tahu nak pergi mana. Kalau boleh kami tak nak lah pergi tempat yang kami dah pergi sebelum ni. Tapi kebanyakan tempat kat Hatyai ni kami dah pergi. Tu yang sudahnya kami berhenti tepi jalan, google tempat-tempat menarik kat Hatyai. Kat google tu, ada yang recommend Pirates Park, Hatyai. So kami pergi lah sana

The Pirate Park, hatyai

The Pirate Park, hatyai

Rupa-rupanya Pirates Park ni, waterpark. Aiza tu baru baik dari pneumonia, jadi tak sesuai bawak dia main air kat tempat macam ni. Takut ada kuman dalam air. Kang tak pasal jer masuk kuman dalam paru-paru dia lagi. Adam tu sentap sebab tak dapat main kat waterpark tu. Marah betul dia. Suruh bergambar pun buat muka ketat. Terpaksa la pujuk dia, kata nak bawak dia main air kat waterpark Jitra. Barulah mood dia ok sikit. Ni semua gambar kat pintu masuk waterpark jer.

adam and mermaid adam and pirate ship pirate park

Tengok dari luar macam best jer waterpark ni. Kalau ada rezeki, kami ke Hatyai lagi, dan masing-masing sihat, boleh lah pergi main air kat waterpark ni.

Pirates Park Waterpark, Hatyai

Pirates Park Waterpark, Hatyai

Lepas tu, kami pergi tengok kuil besi pulak. Dah kata tak tahu pergi mana kan.. dah alang-alang ada banyak nau temple kat Hatyai ni, jom lah kita singgah tengok satu. Kami pergi tokong Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol sebab tokong ni  tokong besi, unik sikit dari yang lain. Kami tengok dari luar jer lah, tak masuk dalam tokong tu pun.

Tokong besi

Tokong besi

Ada gong besar depan tokong

Ada gong besar depan tokong

Patung Budha depan tokong

Patung Budha depan tokong

Lepas tengok tokong, kami pergi  check in Hotel Siam Oriental pulak. Plan asal nak pergi sehari jer, tapi sebab saya terigin pergi Wine Village. Wine Vilage ni bukak pukul 4 petang hingga 11 malam. Lagipun saya teringin jugak nak pergi Greenwood Night Market kat Hatyai ni, jadi extend lah lagi satu malam kat sini.

Hotel Siam Oriental ni ok jugak. Bilik yang kami duduk ni  luas. Kat Siam Oriental ni kami duduk bilik yang ada katil King. Muat lar tidur 4 beranak. Tapi agak sempit lah berbanding katil superior double bed kat Hotel New Season Square tu. Dan kami agak tak puas hati dengan bilik air dia. Air shower dia kejap laju, kejap slow. Pastu tempat letak tuala tu asyik terjatuh jer. Malas nak complain, sebab duduk 1 malam jer.  Harga bilik kat Hotel Siam Oriental ni murah berbanding Hotel New Season Square. Hotel Siam Oriental ni tak ada pool. Nasib baik Adam tu tak mintak mandi pool kat hotel ni. Legaaa…

Lobi hotel Siam Oriental

Lobi hotel Siam Oriental

Bilik kami di Siam Oriental Hotel

Bilik kami di Siam Oriental Hotel

Bath tub pun ada kat Siam Oriental Hotel

Bath tub pun ada kat Siam Oriental Hotel

Lepas  solat dan rehat kejap, kami pergi Wine Village. Nama jer wine Village, tapi fokus tempat ni bukan wine pun. Masuk tempat ni free jer.  Tempat ni cantik. Ada castle kecik, ada biri-biri, arnab, ngan burung. Ada jugak Carousel kat sini. Naik carousel tu kena bayar. Murah jer, 20 baht sorang.

Pintu depan Wine Village

Pintu depan Wine Village

Wine Vilage ni cantik

Wine Vilage ni cantik

Ada banyak biri biri kat sini

Ada banyak biri biri kat sini

Comel nau anak biri biri ni

Comel nau anak biri biri ni

Bangunan hitam tu restoran kat Wine Village. Tapi non halal.

Bangunan hitam tu restoran kat Wine Village. Tapi non halal.

Wind Mill comel kat Wine Village ni

Wind Mill comel kat Wine Village ni

Amik lah ikan clown tu sorang sekor

Amik lah ikan clown tu sorang sekor

Naik Carousel

Naik Carousel

Dah penat berjalan, duduk lah kejap. Castle belakang tu boleh naik sampai keatas tau.

Dah penat berjalan, duduk lah kejap. Castle belakang tu boleh naik sampai keatas tau.

Dah puas posing posing kat Wine Village, kami pergi malam kat Steamboat Khlonghe Seafood. Tempat ni kat area pasar terapung Khonglae Market tu la. Tapi kami tak pergi pasar terapung tu sebab dah pernah pegi sebelum ni. Jadi kami pergi makan steamboat jer lah

Tempat makan steamboat Khlonghe Seafood ni besaaarrr sangat!!! Serius, sangat luas. dan orang sangat sangat sangat ramai. Masa kami sampai ni, memang dah penuh orang, ok. Penuh macam ada pesta jer kat situ. Nasib baik ada rezeki kami, ada meja kosong untuk kami. Kat sini ada pilihan makanan. Samada buffet sahaja (pilihan makanan jenis buffet ) atau buffet dan seafood (pilihan makanan jenis buffet dan aneka jenis seafood style buffet jugak). Kalau ambil yang sekali dengan seafood, dia akan bagi tempat memanggang dan periuk untuk steamboat tu. Jadi kita boleh masak sendiri steamboat tu. Kalau ambil buffet sahaja, kita cuma boleh ambil makanan yang dah siap masak la. Tak ada pemanggang dan periuk steamboat. Beza harga tak banyak pun. Jadi  kami amik buffet dan seafood. 290 baht untuk dewasa, 90 baht untuk kanak-kanak. Aiza free.

Kat Khlong Hae Steambot ni, pilihan makanan dia sangat sangat sangat banyak. Serius banyak. Seafood dia pun banyak ok. Udang galah pun besar-besar. Ikan siakap, kerapu, jenahak tu semua ada. Ketam, kerang, kupah, remis tu semua ada. Semua besar besar. Ayam dan daging pun ada. Pilih la nak yang mana. Ikan tu kalau tak nak bakar sendiri, kita boleh bagi orang kedai tu bakar. Tapi kena ikut giliran sebab orang terlalu ramai. Saya tak ambil ikan sebab malas nak menunggu. Ni antara pilihan makanan yang ada kat sini.

khlong hae steamboat1

khlong hae steamboat2

khlong hae steamboat3
khlong hae steamboat5

khlong hae steamboat4

Walaupun pilihan makanan sangat banyak, tapi kami makan tak puas sangat sebabnya Aiza mengamuk menangis buat perangai. Penat sangat lah tu. Seharian berjalan. Nak makan pun dah tak ada selera sebab memujuk Aiza tu kan. jadi makan ala kadar, pastu balik.

Ni periiuk steamboat. Boleh masak steamboat atau bakar lauk kat periuk ni

Ni periuk steamboat. Boleh masak steamboat atau panggang lauk kat periuk ni

Ni pulak tempat bakar lauk pauk

Ni pulak tempat bakar lauk pauk

 

Lepas makan steamboat, kami pergi Greenwood Night Market. Nasib baik kat Greenwood ni, Aiza tu tak buat perangai. Greenwood Night Market ni lebih kurang uptown/downtown kat belah KL tu la.. cumanya lagi besar! Kat sini ada banyak gerai jual baju, kasut, mainan dan lain lain lagi lah.

Greenwood Night Market

Greenwood Night Market

Kedai makan di Greenwood Night Market

Kedai makan di Greenwood Night Market

Naju cantik cantik di Greenwood Night Market

Baju cantik cantik di Greenwood Night Market

Baju di sana sini

Baju di sana sini

Bergambor dengan anak bujang la pulak

Bergambor dengan anak bujang la pulak

Kucing comel comel pun ada dijual kat Greenwood ni

Kucing comel comel pun ada dijual kat Greenwood ni

Walaupun ada banyak baju cantik kat Greenwood, tapi tak ada yang saya berkenan. huhuhu. Kat sini kami beli adapter ngan mainan untuk anak-anak jer.  Plug kat Thailand tak sama dengan plug kat Malaysia. Jadi kepala charger handphone tak boleh masuk plug kat sana. Kena guna adapter. Kami dah ada adapter, tapi tertinggal kat hotel New Season Square. Malas nak patah balik kesana, beli jer lah adapter baru.

Dah puas pusing Greenwood Night Market, balik hotel, tidur. Esoknya, lepas checkout, kami sarapan kat kedai makan area hotel tu jugak. Tapi tak ingat nama kedai. Makanan dia pun biasa-biasa jer, tak sedap sangat. Mahal pulak tu. Lepas sarapan, tak tahu pergi mana, maka kami terus la balik. On the way balik, singgah Danok, En suami makan pulut ayam, saya makan kerabu suhun pastu minum air kelapa. Sedap!!! Lepas makan, beli beras siam sikit ngan beli periuk. Periuk kat rumah dah tak elok. Sajer jer alasan nak beli periuk baru. Hahahahaha

Kerabu suhun dan air kelapa

Kerabu suhun dan air kelapa di Danok.

Ha.. tu jer lah cerita kami berjalan ke Hatyai kali ni. Next time, kalau ada rezeki,  nak ajak suami pergi tempat lain pulak kat Thailand.  Maybe pergi Krabi lagi? Sebab tahun lepas pergi Krabi, tak puas berjalan kat sana. hehehehe.