Assalamualaikum..

Entry sebelum ni, saya share tentang barang keperluan yang akan saya bawa ke hospital time bersalin nanti kan? Kali ni, nak share tentang persediaan berpantang lepas bersalin pulak.

Masa bersalinkan Adam dulu, saya beli full set Tanamera Postnatal Care Set. Boleh klik sini kalau nak baca.  Set Bersalin Tanamera tu ada 11 item, tapi saya tak guna semua. Set Tanamera ni ok, cuma masa tu, saya tak berkesempatan nak guna semua. Dah membazir kat situ. Mahal pulak tu harganya.

So, preggy kali ni, memang saya tak nak beli set. Saya beli loose item jer. Benda yang saya rasa akan guna dan betul-betul perlu untuk guna jer.

So, ni lah kelengkapan berpantang saya kali ni

Kelengkapan berpantang saya

Kelengkapan berpantang saya

Dari kiri: Vene Lotion, Minyak Herbanika Nona Roguy, Boreh Body Scrub Tanamera, Brown Formulation Body Soap Tanamera dan Ephyra

Meh saya cerita detail, kenapa saya beli produk ni semua untuk guna time pantang nanti

1. Vene Lotion – Untuk bantu buang baby fat, buang extra-extra lemak yang berkumpul kat perut dan tempat-tempat lain lepas bersalin nanti. Boleh juga bantu untuk buang angin dalam badan

2. Minyak Herbanika Nona Roguy – Minyak ni nanti saya guna untuk berurut nanti. Minyak ni boleh melembutkan urat saraf dan otot yang tegang  dan membantu melancarkan aliran darah.

3. Boreh Body Scrub Tanamera – Skrub/ lulur ni guna time mandi. Buang kulit mati, haluskan kulit, untuk meransang aliran darah, menyegarkan badan dan boleh kurangkan pigmentasi kulit yang terjadi ketika hamil.  Contoh, tetiba jer ketiak jadi gelap time preggy ni kan.. So, leh guna skrub ni nak cerahkan balik ketiak.

4. Brown formulation soap – sabun guna time mandi. Segarkan badan. Bantu kurangkan water retention dan bantu buang angin dalam badan dan juga boleh kurangkan pigmentasi kulit yang terjadi ketika hamil.

5. – Ephyra – untuk energy dan milk booster

Apsal tak ada jamu? Konon bajet moden, tolak rawatan tradisional kah? Eh.. Tak..

Asalnya, saya nak beli Phytonatal dan Akar Herbanika Nona Roguy. Tapi lepas berfikir panjang, saya nak ambil Ephyra dulu lah. Sebabnya Phytonatal dan Akar Herbanika tu guna herba. Bila beri susu badan kat baby, kena berjaga-jaga dengan ubatan, herba atau jamu yang kita ambil dan makan. Sebab ada certain bahan dalam ubat-ubatan, herba atau jamu yang baby baru lahir ni tak tahan. Takut panas, atau baby cirit birit pulak. Huhuhu.

Ephyra pulak, tak ada herba atau jamu, InshaAllah tak beri kesan kat baby. Lagipun Ephyra boleh tambah susu badan. Masa breastfeed Adam dulu, memang saya ambil Ephyra untuk tambah susu badan. Time bulan posa pun, Alhamdullilah, cukup susu badan untuk Adam. So,  Ephyra adalah milkbooster pilihan saya. Lagipun, Ephyra boleh boost energy. Yang mana pernah ambil Ephyra, memang tahu lar kesan badan bertenaga tu cemana..  Lepas bersalin nanti, badan baru nak pulih, pastu kena jaga baby baru lahir, memang penat oiii.. Sebab tu saya pilih Ephyra masa berpantang nanti.

Maybe bila baby dah besar sikit, around 2- 3 months,  saya akan ambil phytonatal atau akar herbanika Nona Roguy. Penting sebenarnya, herba dan jamu tradisional untuk jaga kesihatan dalaman kita, terutama sistem peranakan ni kan..  Cumanya tu lah, saya belum pernah ambil Phytonatal dan Akar Herbanika Nona Roguy ni, tak sure kesan dia cemana.. Risau baby tak tahan.. Jadi tunggu baby besar sikitlah. Huhuhu.

Skrub dan sabun Tanamera tu, memang saya dah pernah guna lepas bersalinkan Adam dulu. 2 item ni memang favorite saya. So, this time, saya beli 2 item tu jer lah. Sabun Brown Formulation tu saya beli 2 ketul siap-siap. Dah habis kang, nak beli lagi. Serius rasa segar lepas guna brown formulation soap tu. Sekarang ni pun, walaupun belum bersalin, saya dah start guna sabun tu. Hehehe.

Sabun Brown Formulation Tanamera ni boleh digunakan bila-bila masa, tak semestinya lepas bersalin jer tau. Sabun ni, selain menyegarkan, dia boleh kurangkan angin dalam badan, pastu kurangkan water retention.Dah masuk 9 bulan ni, normal lah kaki start bengkak kan. Antara punca kaki bengkak ni, water retention. So, everytime mandi memang ku sental kaki guna sabun ni. Alhamdullilah, memang surut sikit bengkak kat kaki lepas guna sabun nih.

Yang Vene Lotion tu pulak, macam biasa , untuk bagi rampingkan balik body ni haa.. Hehehehe. Ada banyak testimoni dari ibu lepas bersalin yang kata Vene memang membantu buang extra lemak dan angin dalam badan. Nak ramping selepas bersalin? Maka rajin-rajinlah sapu Vene. Pastu Vene pun boleh bantu melancarkan peredaran darah. Lebih kurang Minyak Herbanika tu jugak. Tapi Vene tak sesuai untuk berurut. So, untuk urut, saya guna minyak Herbanika. Hehehe

Yang saya bawak ke hospital nanti, cuma Minyak Herbanika Nona Roguy, Brown Formulation Soap Tanamera ngan Ephyra jer. Yang lain, guna time pantang kat rumah jer lah.

Selain 3 item ni, saya bawak jugak hot waterbag ke hospital.

Hot water beg

Hot water beg

Hot water beg ni nanti saya guna untuk tuam perut. Fungsi dia lebih kurang bertungku jugak, cuma mungkin tak sebaik batu tungku. Lagipun, saya tak ada batu tungku tu.  Saya pilih hot water beg, sebabnya lebih mudah dibawa dan digunakan kat hospital nanti.  Hanya perlu isi air panas dalam hot water beg, pastu tuam kat perut. Nak lagi best, sebelum tuam, sapu minyak Herbanika dulu kat perut.

Rasanya, sepanjang pantang, saya akan guna hot water beg ni untuk ber’tungku’. Lebih mudah nak sediakan. Nak panaskan batu tungku  sendiri, macam tak larat pulak. Nak mintak tolong mak atau suami buatkan, tak sampai hati.. So guna hot water beg jer lah. Lebih mudah.

Selain item kat atas ni, stoking salah satu benda penting ketika berpantang. Stoking saya dah masukkan siap-siap dalam beg.

Bengkung, memang tak ada. Masa beranakkan Adam dulu, ada standby bengkung, tapi elok jer bengkung tu duduk dalam plastik. Tak digunakan langsung. Beranak kali ni, memang tak guna bengkung jugak lar kot..  Sebabnya saya malaaasssss… Sila jangan contohi saya.

Ha.. So far,  tu jer lah kelengkapan berpantang saya…  Yg Vene dan Ephyra tu, saya ada jual tau. Kot-kot ada yang nak beli, boleh sms/wassap saya 012.692.2025 (sempat buat iklan). Item lain.. saya belum  jual yer. Inshaallah, kalau ada rezeki, nak jual produk loose item Tanamera ngan Nona Roguy pulak. hehehe

Bab berurut pulak, mak saya kata, nanti dia carikan tukang urut. Tak tahu lah tukang urut tu ada sediakan perkhidmatan tungku dan tangas tak.. Kalau ada, alhamdullilah. Kalau tak ada pun takper.. Later-later boleh cari orang yang provide servis bertungku/tangas ni. Saya dah ada list tukang urut yang provide servis tungku dan tangas nih. Kalau saya rasa nak bertungku/bertangas, leh contact diorang jer nanti.

Sekian, cerita persediaan berpantang saya. Now, just tunggu baby keluar jer nih. Hehehe.