Semalam cuti Deepavali, u oll berjalan kemana? Kami gi Petrosains KLCC. Asalnya mak saya ajak gi Pusat Sains Negara kat Mont Kiara tuh, tapi kan kitorang dah 2 kali gi sana.. tak mo lah pegi lagi. So, pergi Petrosains jer lah.

Kuar umah kul 9 lebih, pastu gi umah mak amik mak ngan Nunu (adik bongsu saya). Ayah saya tak mo ikut, dah bosan jalan KL katanya. Yer lah. Dok lah umah sorang-sorang. Hmph!

Sampai KLCC , salah parking pulak. Kitorang gi parking kat Convention Centre sebelah KLCC tuh. Haih.. menapak lar gi KLCC. So, sampai Petrosains almost 11. Mak aih..orang punyer ramai nak masuk Petrosains. Beratur nak masuk jer dekat sejam!

Beratur masuk Petrosains

Beratur masuk Petrosains

Nak masuk Petrosains tu kena naik pod bulat. Ha. tu yg jadi beratur tuh. Beratur naik pod.

Pod nak masuk Petrosains

Pod nak masuk Petrosains

Ni lar rupa pod. Satu pod boleh muat 4-5 orang. Cukup2 untuk kami berempat + Adam + buggy Adam. Jangan risau, masuk Petrosains ni boleh bawak masuk stroller dan buggy yer. Masa naik pod ni ada explanation tentang bumi. Pastu pod ni siap pusing-pusing lagi. Adam..macam biasa lah. Ketakutan. Jerit-jerit dalam pod mintak turun. Haih… Nasib baik lah kejap jer naik pod. Turun pod, elok jer dia lari-lari dalam Petrosains tuh.

Ni antara gambar kami sepanjang dalam petrosains. Tak banyak sangat gambar sebab memasing sibuk try itu ini. Hehehe.

Main tekan suka hati

Main tekan suka hati

Berebut ngan Daddy

Berebut ngan Daddy

Bergambar dengan T-Rex

Bergambar dengan T-Rex

Adam sibuk nak main jugak

Adam sibuk nak main jugak

Kesejukan dalam simulasi taufan

Kesejukan dalam simulasi taufan

Tekan, jangan tak tekan

Tekan, jangan tak tekan

Teman Adam main slide.. eh, Adam mana?

Teman Adam main slide.. eh, Adam mana?

Antara Pusat Sains Negara dengan Petrosains, saya rasa Petrosains lagi seronok. Lagi menarik! Ada simulasi pergi pelantar minyak, ada pelantar minyak mini.. ada macam-macam lagi lah! Tapi tak semua bahagian kami pergi sebab tak larat! Hehehe. Besar sangat lah Petrosains nih.

Ada cafe tau kat dalam Petrosains ni. Nama cafe tu Molekul Cafe. Gambar cafe nan ado.. hahahaha.. hampeh! Murah jugak price makanan dia. Suami ambil nasi goreng kampung, RM3.50. Murah lah kan. Saya makan Chicen Curry Puff. RM3.00 Adam makan custard filling donut. RM3.00 jugak. Eh..besar ok donut dia. Lagi besar dari tapak tangan saya! Mak ngan Nunu tak makan.. kenyang katanya makan nasi lemak pagi tadi.

Lepas makan, sambung jalan-jalan. sebelum keluar, singgah kat pawagam 3D pulak. Tengok citer dinasor. Ha.. siap ada pawagam lagi dalam Petrosains tau. 3D lagi. Tapi citer pendek jer lah. Dalam 10 minit macam tu. Ok lar kan..merasa mak saya tengok citer 3D. Tanjat dia tengok dinasor depan mata. hehehe.

Lepas tengok movie 3D kami terus lar keluar. nak keluar kena naik pod lagi. Seb baik time keluar ni Adam dah tak jerit-jerit. Elok pulak dia dok dalam pod.

Kat luar, sempat bergambar ngan price list tiket masuk Petrosains.

Langsung tak nmpk rega tiket kan?

Langsung tak nmpk rega tiket kan?

Konon-konon nak share ngan korang lar harga tiket Petrosains ni kan.. Tapi gambar blur.. apa pun tak nampak..Haih…

Takper..saya tulis sini jer:

Warga Emas: RM8

Dewasa: RM15

Kanak-kanak (7 tahun-11 tahun): RM10

Kanak-kanak (4 tahun – 7 tahun ): Rm5

Bawah 3 tahun: FREE

Lepas gi Petrosains ni Adam mengamuk, meragam. Kepenatan lar tuh. Sementara saya shopping cari lip cream NYX kat Sephora,  Suami pujuk, dukung Adam sampai tertidur. Keluar Sephora saya tengok Adam dah tidur dalam Buggy. Hehehe.

Bila Adam dah tidur, kami terus balik jer lah. Lain kali nak bawak Adam gi Aquaria pulak. Mesti Adam suka sebab dak kecik ni suka tengok fish!

[map id=”4733″]