Semalam, masa tengah berfb, tetiba nampak katelog Tesco. Belek punyer belek, eh! eh! ada play tent murah la… Memang teringin sangat nak beli tent mainan untuk Adam. Tapi tak jumpa yang murah.. kalau ada pun yang kat Ikea rega RM49.90. Uih..kategori mahal jugak lar bagi mummy Adam. Biasanya standard price tent mainan ni RM80 keatas. Mahal…mahal.

Bila nampak jer katalog Tesco ada sale tent, RM39.90, dengan pantas pm En Suami,” Sayang, tesco ada jual tent mainan murah. Harga RM39.90. Jom beli untuk Adam”. Harga asal tent ni RM79.90. Bila dia turun half price macam ni, rugi kalau tak beli. Lepas suami balik keja, terus berdesup kami laki bini sekali ngan Adam gi Tesco. He he he.

katelog tesco

Promosi Tesco 13/2/2014 – 26/2/2014

Sampai Tesco, benda pertama masuk troli mestilah tent mainan lar kan. Lepas tu baru kita cari barang lain. Antara benda yang kami beli kat Tesco semalam, pampers Huggies Dry ngan Dry Pants ngan baju basahan sepasang untuk Adam. Baju pun murah-murah tau, tapi kitorang laki bini tak leh nak pilih banyak-banyak sebab sibuk ngejar Adam yang tataw diam, lari-lari dalam Tesco. Haih…

Kalau ikut katalog Tesco ni, buggy pun murah. Memang murah la RM99.90 tu. Tapi kami tak beli sebab Adam memang tak mo duduk dalam buggy/stroller nih. Mengamuk. Dia nak lari-lari. Troli Tesco tu pun dia tak mo naik. Haih… Basikal 4 roda tu pun murah. Masa amik tent ni, ramai yang tengah pilih basikal 4 roda tu. Even masa jalan dalam Tesco pun nampak budak-budak pusing Tesco naik beskal tuh. Tu kes lom sempat bayar anak dah excited naik lar tuh. Hehehe.

Sampai rumah, saya terus pasang tent untuk Adam. Eh..bukan pasang..keluar kotak jer dia terus pop up sendiri jadi tent. Hehehe. Masukkan Adam dalam tent, kemain lagi dia jerit-jerit seronok.

Adam dalam tent

Adam dalam tent

 

Jerit-jerit seronok

Jerit-jerit seronok

Bila tengok Adam seronok macam ni, spend RM39.90 untuk khemah mainan macam ni adalah berbaloi.

1453275_10152265547099090_772617952_n

Tengok TV dalam khemah

Saper-saper yang nak beli tent mainan macam ni, promosi Tesco ni sampai 26/2 jer tau. Pastu, better beli cepat sebab takut out of stock jer. Oh ya, play tent ni ada dua design tau. Yang Adam punyer ni design kereta.Satu lagi design bas. Yang bas besar sikit. Kalau nak tengok play tent bentuk bas, leh tengok kat blog Umi Qi.

 

Happy shopping.