Masa lahir, rambut Adam lebat. Lepas doktor keluarkan Adam dari perut, nampak nurse bawak Adam untuk bersihkan dia. Benda pertama yang saya nampak jelas, rambut Adam yang lebat. Tapi, lepas cukur, rambut Adam jadi tak berapa nak lebat. Jarang-jarang gitu. Nampak kulit kepala dia. Rasa kesian sangat kat dia. Tanya group gojes blogger kt fb, diorang kata try sapu minyak Baby Hair and Body Oil jenama Tropika. Baby oil ni dibuat dari Minyak Kelapa Dara. As we all know, minyak kelapa boleh lebatkan rambut kan, so cepat-cepat kami gi cari produk Tropika ni.

Alhamdullilah, lepas sebulan sapu Baby Hair and Body Oil ni kat rambut ngan badan Adam, memang nampak perubahannya. Rambut dia makin lebat! Suka tengok! Lepas tu, masalah kulit Adam yang selalu gatal-gatal tu pun hilang. Kulit Adam jenis sensitip, mudah sangat tumbuh gegata yang gatal-gatal tu. Masa memula sapu minyak baby oil kat badan adam, time tu kat kaki Adam ada ruam-ruam kecik.  Kesian Adam dok menggaru-garu. Lepas seminggu sapu baby oil tu, ruam-ruam tu terus hilang. Memang happy sangat tengok kaki Adam dah takder ruam. Eh…apsal sebelum ni tak pernah cerita pasal ruam/gatal-gatal kat kaki Adam. Main reason: sebabnya tak sampai hati nak cerita kat blog. Rasa tak patut canang-canang kat blog kaki anak penuh ruam/gatal-gatal. Kesian kat Adam.  Tsk! Sampai sekarang kaki Adam teruk berparut. But now, dengan izin Allah, slowly parut tu makin pudar, sebab hari-hari saya sapu minyak Baby Hair and Body Oil Tropika kat kulit Adam.

Alhamdullillah, parut makin pudar

Alhamdullillah, parut makin pudar

Saya, suami isteri jenis yang agak particular tentang apa-apa produk kesihatan/kecantikan especially kalau benda tu nak bagi Adam pakai.  Sebabnya kulit Adam sensitip.  Nak beli apa-apa produk, kena teliti bahan, ada kelulusan KKM ke tak..etc etc etc. Alhamdullilah, produk Tropika 100% guna bahan semulajadi, bebas bahan kimia berbahaya, insyaAllah selamat dan sesuai untuk Adam. Biasanya lepas sapu minyak ni kat badan dan rambut Adam, baki yang ada kat tangan tu saya sapu kat tangan/siku saya pulak. Orang dewasa pun leh pakai tau minyak ni. Lembut dan halus jer kulit, macam kulit bayi! .

Lebat kan rambut saya...

Lebat kan rambut saya…

Dah dua bulan saya guna produk Tropika. Memang puas hati. Rambut Adam makin lebat. Kulit Adam pun makin sihat. Oleh sebab produk ni bagus, saya buat keputusan nak jual produk ni. Produk bagus harus kita war-warkan. Jangan risau, saya jual produk Tropika ni dengan diskaun istimewa

Kalau kulit bayi kering atau bayi ada masalah kulit macam ekzema, ruam atau gatal-gatal, try lar sapu minyak ni. InsyaAllah berkesan. Selain baby oil, saya jual baby herbal cream  Tropika (krim telon dan vicks, 2 in 1 cream), baby bath, baby soap  ngan baby lotion jugak. Main ingredient produk tropika untuk bayi ni Minyak Kelapa Dara.  Pastu, wangi tau produk-produk Tropika ni. Jangan risau, produk ni tak gunakan minyak wangi, semuanya guna ekstrak bunga lavendar, rose, chamomile, lemon dan bunga lain. Memang tak berbahaya untuk bayi. Ada kelulusan KKM, not to worry ya.

Senarai Produk Tropika dan Harga

Senarai Produk Tropika dan Harga

Kat gambar atas ni, harga pasaran produk Tropika. Harga yang saya jual, lebih murah. Untuk pembelian, boleh sms/wassap saya di 012-6922025. Maklumat lanjut produk, boleh visit page saya: ZM Health and Beauty.

Produk bayi Tropika, 100% menggunakan bahan semulajadi, Selamat, Halal dan Sesuai untuk kulit lembut bayi anda. Jangan lupa like page facebook saya. ZM Health and Beauty  untuk dapatkan update terkini tentang produk Tropika .

Selain produk Tropika, produk Herba Suci, Catalyst dan kolagen pun saya ada jual. Harga murah dari harga pasaran.  🙂

Kalau ada yang nak beli produk Tropika atau produk kesihatan/kecantikan yang lain:

UNTUK PEMBELIAN PRODUK TROPIKA ;

 BOLEH SMS/WASSAP SAYA: 012-692 2025.( NO PHONE CALL PLS)

ATAU PM SAYA DI PAGE ZM HEALTH AND BEAUTY