Mungkin ada yang tertanya-tanya, “Bagus sangat ke produk Tropika ni?” Sebelum saya jawab soalan ni, saya nak tanya, sebagai ibu bapa, penting tak keselamatan dan kesihatan anak-anak? Jika korang jawab YA.. maka itulah jawapan untuk soalan produk Tropika tadi. Ya, produk Tropika memang bagus untuk anak-anak.

Eh? Apsal pulak bagus? Produk lain tak bagus ke?” OK..kat sini saya nak jelaskan. Produk Tropika dibuat menggunakan bahan semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya. Kulit anak, terutamanya bayi, 30% lebih nipis dari kulit kita, jadi ia lebih mudah menyerap bahan-bahan kimia. Bahan-bahan kimia ni bila dah masuk dalam saluran darah, boleh menyebabkan penyakit berbahaya termasuk kanser!

Whats-In-Your-Skin-Care

Kurang dari 30 saat jer bahan kimia boleh memasuki saluran darah kita

Nak tahu apa bahan kimia yang selalu dijumpai dalam produk bayi?

Bahan kimia dan kesan jangka panjang

Bahan kimia dan kesan jangka panjang

Kalau korang baca tajuk kat atas poster ni:  “Kebanyakan Pengeluar Utama Barangan Bayi Masih BELUM Menandatangani Akta bahan Kimia Selamat (Safe Chemicals Act)”. Ha..mcm mana tu?

Cer check produk yang korang guna untuk anak-anak, ada tak bahan-bahan yang dinyatakan dalam poster kat atas?

Sebelum  saya guna produk Tropika, saya guna produk Sebamed Baby atau Bübchen untuk Adam. Dua-dua produk ni memang specialise untuk bayi. Bahan yang digunakan pun, sesuai untuk bayi. Tapi malangnya bukan bahan semulajadi. Kulit Adam pulak jenis sensitip.. mudah sangat kena ruam/ gatal-gatal. Bila dah gatal, memang Adam garu sungguh-sungguh sampai luka. Kadang-kadang bila kulit Adam kering, tak selesa, Adam garu sampai luka. Tsk!

Now, sejak guna produk Tropika, Alhamdulllah.. dah takder ruam kulit, gatal-gatal atau kering lagi. Cuma kadang-kadang tu kalau kena gigit nyamuk, Adam garu jugak. Nak bagi hilang gatal, saya sapu baby oil Tropika kat badan dia, takder lar dia garu-garu lagi.

Bahan utama produk Tropika ni adalah Minyak Kelapa Dara. Semua produk dia memang banyak guna Minyak Kelapa Dara. Tahu kan manfaat Minyak Kelapa Dara. Kalau tak tahu..ni ada ringkasaan khasiat Minyak Kelapa Dara (VCO).

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Selain Minyak Kelapa Dara, bahan semulajadi lain yang ada dalam Produk Tropika ni adalah serai wangi, minyak kayu putih, halia, extract bunga lavendar, ros dan lain lain.

Eh? Produk Tropika ni tak guna bahan kimia langsung ke?” Tipu lar kalau saya kata tak guna langsung.  Ada, tapi ianya selamat untuk bayi dan jumlah yang digunakan pun sikit. Paling penting, Produk Tropika ni ada kelulusan KKM dan pengesahan halal JAKIM.

Mahal lar produk Tropika ni.. Produk lain murah jer” Produk Tropika mahal sebab bahan yang digunakan bermutu tinggi. Produk Tropika guna bahan semulajadi dan diproses dengan berhati-hati untuk menjaga kualiti dan zat bahan semulajadi tuh. Senang citer macam ni: Kualiti Tinggi, Kos nak hasilkan pun Tinggi, jadi Harganya pun Tinggi. Kualiti Rendah, Kos nak Hasilkan pun Rendah, Harga pun Murahlah. Ala..korang pun tahu kan,  produk yang mahal sebab kualitinya kan..

Sebenarnya saya pun setuju, harga Tropika ni memang agak mahal. Memula nak beli pun memang rasa alahai, apsal lar mahal sangat nih. Tapi sebab kesian kat Adam ngan masalah kulit dia tu, En Suami beli jugak untuk Adam. Walaupun mahal, tapi berbaloi. Bila tengok kulit Adam semakin ok, rasa memang berbaloi sangat!

Now, bila saya sendiri jual produk Tropika ni, saya buat keputusan untuk jual dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran. Takperlah untung sikit. At least orang lain mampu beli produk terbaik untuk anak-anak. Lagipun, kan ada pepatah: “Sikit Sikit Lama Lama Jadi Bukit”.

Senarai Produk Tropika dan Harga

Senarai Produk Tropika dan Harga

Harga kat atas ni harga pasaran. Harga yang saya jual, lebih murah,  khas untuk pelanggan-pelanggan ssaya.  Untuk pembelian, boleh sms/ whatsApp: 012.692.2025. Terima kasih.