Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk 26 Ramadhan 1436 hijrah. Maknanya, dah 26 hari jugaklah umat Islam berpuasa. Mummy Adam pulak dah 31 minggu preggy atau nak senang kira, dah 7 bulan… Agak-agak sampai hari ni, cukup ke 26 hari mummy Adam puasa?

Jawapannya, tak.. Tak cukup 26 hari.

Balik dari Kedah minggu lepas, totally flat. Terlalu penat. Jumaat,  travel dari KL – Kedah. Pastu kat Kedah, hari-hari berulang alik ke hospital. Then hari ahad, balik KL balik.  Bawak perut 7 bulan kesana kemari dengan keadaan berpuasa sambil melayan Adam, memang betul-betul menguji ketabahan berpuasa. Tapi masa kat Kedah, saya still larat berpuasa macam biasa.

Cuma, kesan penat/letih rasa nak pitam tu terasa bila dah balik KL. On the way back, dalam kereta, kaki start bengkak. Sakit sangat sampai tak boleh nak berdiri.. Sampai rumah, memang tak lalu nak jalan langsung! Berdiri pun menggigil. Nak berjalan pun terpaksa berpaut kat perabot/dinding. Perut pulak dah start rasa pedih, gastrik.  So, the next 2 days, memang tak puasa lah saya. Cuba kumpul balik energy yang lost.

Ikutkan, suami kata tak yah lah posa. Nanti ganti lar balik.. Wanita hamil kan diberi Rukhsah (keringanan) dari kewajipan berpuasa.

rukhsah puasa ibu hamil

Sumber gambar: Sini

Masalahnya, bagi saya, nak ganti tu laaagi berat. Lepas bulan posa ni, dah 8 bulan perut ni haa.. lagi lah tak larat nak puasa kan. Bulan depan nyer dah 9 bulan. Pastu beranak. Pastu nyusu anak pulak. Ingat senang ke nak berpuasa sambil menyusu anak. Saya memang plan nk fully breasfeed anak kedua, sama macam Adam dulu. And saya tahu, betapa penatnya berpuasa sambil menyusu anak. Saya plan nak breastfeed second baby ni at least 18 bulan! Tu belum kira letih  melayan Adam + baby lagi. Memang tak daya lah nak ganti puasa time tu.

So.. selagi mampu, saya nak try jugak puasa penuh Ramadhan nih. Ada lagi 3 hari jer nih. Nak cuba jugak habiskan baki Ramadhan dengan berpuasa penuh. Selagi saya larat dan berdaya, saya akan cuba berpuasa. InshaAllah boleh!  Puasa yang tinggal 2 hari tu pun, saya nak try ganti sebelum beranak kang.

Gi checkup 7 bulan kat klink hari tu, alhamdullillah, walaupun saya puasa, baby dalam perut membesar dengan baik. Cumanya, berat saya naik sikit jer. Tak sampai sekilo pun. Hehehe. Takper, berat saya jer yang naik sikit, tapi berat baby ok, alhamdullilah.

Cumanya, yang buat saya susah hati, baby berpusing lagi. Kepala dia pusing naik atas, kaki kat bawah lar pulak. Haih… bulan lepas dah molek dah kepala baby kat bawah, boleh pulak baby ni pusing 180º dalam perut tu kan.. Haih, harap-harap lar baby akan pusing kebawah balik. Pastu, uri still separuh kat bawah. Aiyayayaya!!

Doktor klinik tanya, saya plan nak bersalin kat mana.. sebab dia nak keluarkan referral letter untuk Gynae. Letter ni mentioned yang uri sy still separuh kat bawah, untuk rujukan O&G yang akan sambut baby ni. Saya plan nak bersalin kat Hospital Columbia Asia Cheras, sebab hospital ni paling dekat ngan umah. Next checkup, maybe akan terus jumpa Gyane kat situ, Dr. Norshida. Lagi 2 bulan nak bersalin, serius lom sempat jumpa doktor Norshida. InshaAllah bulan depan nak gi hospital ni, jumpa Gynae, bawak sekali referral letter. Harapnya, by next month, kedudukan baby dan uri dah ok lah.

Checkup 7 bulan

Checkup 7 bulan