Assalamualaikum

Dah 2 minggu raya haji berlalu, hari ni baru sempat nak cerita kat blog. Antara sebab lambat update,  lepas raya haji tu Aiza kena Pneumonia. Seminggu Aiza tu demam. Next entry saya akan cerita tentang pnenumonia Aiza tu.  Entry ni saya cerita raya haji dulu lah yer.

Raya Haji kali ni, kami beraya kat Serdang. Rumah mak saya. Kami balik serdang hari Isnin, 20 hb 8. Balik awal sebab mak mintak tolong anyam ketupat. Biasanya bila raya haji, mak masak nasi impit jer. Kali ni dia nak masak ketupat pulak. Layankan jer lah. Masa kami sampai Serdang tu, adik saya yang bongsu dah start anyam dah. Masa tu dia dah siap anyam 50 biji ketupat dah. Tapi mak saya suruh tambah lagi. Jadi esoknya Selasa, saya anyam lar sikit lagi. Punyalah banyak ketupat, macam kan sambut raya puasa jer. Tu baru ketupat nasi. Ketupat palas pun ada. Tak sure berapa biji ketupat palas yang kami anyam, tapi memang banyak lah.  Kemain beria mak nak masak masak raya haji ni.

Juadah Raya Haji

Juadah Raya Haji

Pagi raya Haji tu, memang meriah lar juadah raya. Ada ketupat nasi, ketupat palas, rendang daging, kari ayam, serawa durian dan sambal goreng jawa. Raya haji kali ni semua adik beradik saya berkumpul rumah mak. Nenek saya pun ada kat rumah mak. Sebab tu lah agaknya mak saya masak beria. Walaupun lauk pauk kemain meriah, tapi juada raya kegemara saya, ketupat palas ngan serawa durian jer. Asyik ulang makan tu jer lah. Dari pagi sampai ke malam.  Walaupun rasa macam uii..tinggi nya kalori, tapi sebab sedap punya pasal..Kalori tu semua aku tolak ke tepi. Tahun lepas sedih gila sambut raya haji sebab raya sendiri jer. Alhamdullilah, raya haji kali ni, meriah sebab dapat sambut dengan mak, ayah dan adik beradik semua.

Raya haji, kami tak pergi beraya rumah saudara pun. Kami berjalan ke GM Kenanga. Kah kah kah.  Sajer lah berjalan ke sana sebab saya nak cari skirt tutu layer dengan  nak cari beg sekolah Adam. Rupanya kat GM Kenanga, tak banyak kedai yang jual skirt tutu layer tu. Ada 2,3 kedai jer yang jual. Harga pun kemain mahal. RM89. Baiklah saya beli kat Padang Besar jer. Kat Padang besar baru RM5o.  Beg sekolah pun takderlah murah mana. Tapi sebab dah janji ngan Adam nak belikan dia beg, jadi beli jer lah. Dapatlah dia beg sekolah beroda gambar Spiderman. Aiza tu pun nak jugak beg, belikan lah dia bag pack My Little Pony.

Pusing GM cari tutu skirt murah. Tapi takder.

Pusing GM cari tutu skirt murah. Tapi takder.

Lepas beli barang, balik rumah. Sambung makan lagi.  Sepanjang kat rumah mak, memang saya asyik makan jer lah. Kolestrol? Kalori? Ahh.. tak pernah dengar pun. Lalalalalalala.

Kami kat Serdang sampai hari Jumaat. Tengah hari Jumaat kami dah gerak balik. Tapi kami tak terus balik ke Jitra. Kami singgah bermalam kat Taiping sebab hari sabtu ada jemputan kenduri kawin kat Penang. Malas pulak nak patah-patah balik kan. Lagipun kami laki bini kepenatan sebenarnya, sebab Adam tu on off demam dari sebelum raya haji lagi. Hampir setiap malam kami tak cukup tidur jaga Adam yang demam. En suami pun dah kepenatan driving, baiklah check in jer kat Taiping tu.

Kami check in Hotel Flemington. Hotel Flemington ni betul-betul depan Taman Tasik Taiping tuh.  Hotel ni dekat sangat dengan Zoo Taiping. Kami sampai hotel tu lebih kurang pukul 5 petang. Lepas check in, terus rehat. Biasanya kalau kami check in hotel, kami ambil bilik yang katil King. Tapi kali ni ambil bilik yang katil Queen jer lah. Sebab nya hari cuti kan, kalau ambil bilik yang katil King, mahal nau. Lagipun setakat nak bermalam jer, takperlah ambil katil Queen. Bilik dia pun tak luas mana..tapi ok lar, ada ruang untuk solat.

Check in hotel

Check in hotel

BIlik katil queen jer. Tidur lar himpit himpit

Bilik katil queen jer. Tidur lar himpit himpit

Walaupun bilik tak luas mana, tapi masih ada ruang untuk anak2 main dan solat.

Walaupun bilik tak luas mana, tapi masih ada ruang untuk anak2 main dan solat.

BIlik air bersih dan selesa.

BIlik air bersih dan selesa.

Malam tu konon-kononnya nak pusing Taiping, tapi tak jadi. Sebab serius kami laki bini penat. jadi kami makan kat gerai makan yang dekat dengan hotel kami jer.

Esoknya, hari Sabtu, kami sarapan kat hotel jer. Lepas sarapan baru bawak budak-budak ni pusing-pusing tasik.  Cantik betul Taman Tasik Taiping ni.  Kami pusing-pusing tasik naik beca. Tu pun kejap jer sebab Adam tu demam balik. Aiza pun masa ni dah start dedar2 dah badan dia.

Sarapan pagi di hotel

Sarapan pagi di hotel

Pusing tasik naik beca

Pusing tasik naik beca

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping

Pukul 12 check out, terus gerak ke Penang. Tapi highway jem teruk sebab ada kemalangan, pukul 4 lebih barulah sampai ke kenduri kawin tu. Nasib baiklah lauk ada lagi. Kalau tak kebulur lah anak beranak.  Lepas makan kenduri, terus gerak balik Jitra.

Makan lauk kenduri

Makan lauk kenduri

Cantik sangat pelaminnya

Cantik sangat pelaminnya

Malam tu, Adam dah ok sikit. Tapi Aiza pulak start demam sebab Pnemonia. Next entry saya akan cerita pasal Pneumonia ni yer.