Raya haji di langkawi

Assalamualaikum

Belum terlambat rasanya saya cerita tentang raya haji kan? Tahun ni kami raya haji di Langkawi. Kami jarang beraya di Langkawi.. Biasanya kalau beraya belah suami, kami raya di Jitra jer. Tapi tahun ni mertua kata nak beraya di Langkawi, jadi kami pun baliklah Langkawi…

Kami balik Langkawi petang Rabu, 29 Julai 2020. Naik feri kat Jeti Kuala Perlis pukul 3 petang, sampai Jeti Kuah hampir pukul 5 petang. Lewat sikit sampai sebab feri tu gerak lambat.. Huhuhu.

Turun feri, memasing kebulur

Mertua dah siap tunggu kami kat jeti tu. Terus jer ajak pergi makan sebab kami kelaparan lama sangat dalam feri. Kami makan kat Food Court kat Haji Ismail Group tu. Not bad la makanan kat situ. Harga pun berpatutan.

Lepas makan, kami terus la ke Kedawang, kampung Mak Mertua saya. Mertua saya sekarang pun memang duduk kat Kedawang. Kedawang ni dekat jer dengan Airport Langkawi. Setiap kali kami sekeluarga balik Langkawi, kami akan menginap di Homestay atau Roomstay mertua kat Kedawang tu. Lepas pencen, mertua saya buat homestay/ roomstay kat Langkawi. Tu yang kadang kalau kami nak balik Langkawi, kena book bilik awal-awal sebab biasanya full book. Hehehehehe

Malam tu, saya ajak suami jalan-jalan kat Chenang Walk. Anak-anak tinggal dengan Mak Tok. Lengang jer Pantai Chenang malam tu.

Cuci mata di Chenang Walk

Sejak ada Covid-19, tak ramai sangat tourist kat Langkawi. Tapi foreigner masih ada kat Langkawi, terutama kat Pantai Chenang tu. Rasanya mereka ni memang dah ada di Malaysia sebelum PKP, dan masih belum balik ke negara asal, ataupun memang mereka tinggal dan bekerja di Malaysia. Seronok jalan-jalan kat Chenang Walk waktu tak ramai orang. Sempat saya tengok pertunjukan api kat tepi pantai Chenang tu.

Sejak Covid -19 melanda dunia ni, nak sambut raya pun tak boleh nak meriah macam dulu. Solat sunat hari raya Aidiladha pun, kami buat di rumah, dan jemaah terdiri dari adik beradik dan saudara mara jer. Lepas solat sunat raya Aidiladha, ambil gambar sekeluarga pula.

Gambar raya Aidiladha tahun ni
Gambar raya dengan keluarga belah suami pula

Tengah hari, kami pergi beraya rumah sepupu En Suami. Ada steamboot dan bbq. Alhamdullilah.. sedap!! Tu jer lah rumah yang kami pergi beraya. Lepas makan, terus balik. Hahahaha

Dah sampai Langkawi, wajib lah bawak anak-anak main air laut kan. Jadi hari Sabtu, kami bawak lah anak-anak pergi Pantai Chenang. Main lah pasir dan air laut tu puas-puas

Seronok nau main air laut
Ombak kuat masa ni.. jadi main kat gigi air jer lahhh
Aiza ni macam biasa la, tak suka sangat masuk dalam air, jadi dia main kat tepi pantai jer…
Saya yang tak sedar diri dah tua.. sibuk gak nak melompat kat pantai

Plan asal kami nak balik Jitra hari Ahad, 2 Ogos 2020. Tapi disebabkan Kluster Covid-19 Sivagangga yang melanda Kubang Pasu masa tu, terus kami cancel tak jadi balik Jitra. Untuk yang tak tahu, Jitra ni dalam daerah Kubang Pasu juga. Napoh, tempat kes indeks Kluster Sivagangga tu, 15 minit jer dr Jitra. Memang dekat sangat-sangat. Tak nak ambil risiko, kami pun stay la dulu kat Langkawi. Adam tu kami sambung jer lah cuti sekolah dia.

Cikgu sekolah Adam pun faham. Majoriti murid-murid sekolah Adam memang tak pergi sekolah sebab risaukan Covid-19. Sama masa PKP dulu, cikgu bagi kerja sekolah secara online jer lah. Sepanjang kat Langkawi, sempat la kami bawak budak-budak tu ke pantai lagi, siap check in hotel Gold Sands kat Kuah pastu mandi pool kat situ. Hehehehe.

Lobi Hotel Gold Sands
Bilik kami anak beranak. Luas sangat bilik ni.
Kemain besar TV dia. Tapi takder siaran. Spoil betul. huhuhu
BIlik mertua siap ada sofa lagi. Best!
Sunset View dari rooftop Gold Sands Hotel
Infinity pool di rooftop Gold Sands Hotel
Kemain seronok Adam main air kat pool
Aiza kalau masuk pool, memang duduk diam gini jer lah

Semenjak habis PKP, hotel-hotel kat Langkawi kebanyakannya dah murah, sebab nak tarik pelancong datang bercuti ke Langkawi. Tips nak dapatkan harga bilik murah, kena call hotel tu terus dan tanya harga. Kalau book melalui Agoda / Booking.com, tak dapat harga bilik hotel murah kat Langkawi.

Hampir 2 minggu jugaklah kami kat Langkawi. Sepanjang kat Langkawi, kami tak berjalan sangat. En Suami pun banyak kerja. Bila ada masa lapang sikit, kami pergi makan-makan dan lepak-lepak pantai jer.

Budak budak ni paling seronok sebab asyik pergi pantai jer
Early dinner di Pantai Tengah
Tengok sunset di Pantai Tengah

Kami balik JItra hari Isnin, 10 Ogos 2020. Kami balik sebab masa tu dah tak ada kes baru Covid-19 kat Kubang Pasu. Adam pula mula bersekolah hari Ahad 16 Ogos 2020. Kawan-kawan kelas Adam pun dah ramai kembali ke sekolah.

Alhamdulilah, masa saya taip post ni, masih tiada lagi kes Covid-19 baru di Kubang Pasu. Cuma di tempat-tempat lain semakin banyak pulak kluster-kluster baru Covid-19. Rasanya memang lambat lagi Covid -19 ni dapat dikekang dan dikawal. Buat masa sekarang, kita perlu hidup dengan Norma Baharu. Pakai topeng muka di tempat awam, jaga jarak dan amalkan kebersihan tangan dengan air sabun/ hand sanitizer.