Assalamualaikum

Saya nak share kat sini resepi Ayam Blackpepper dengan cendawan shitake. Resepi ni antara masakan kegemaran En Suami sebab dia suka cendawan shitake. Saya pun suka jugak cendawan ni. Tapi saya jarang masak lauk ni, sebab lauk ni pedas. Anak-anak tak suka makan pedas. Kalau masak lauk ni, kena masak lauk lain pulak untuk anak. Tu yang saya jarang masak lauk ni. Tapi bila En Suami dah request, kena la jugak masak.. Tapi kadang tu saya lupa cemana nak masak ayam blackpepper ni sebab jarang buat kan.. Jadi baiklah saya save dalam blog ni siap-siap. Bila nak masak, boleh refer sini jer. Hehehehehe

Resepi Ayam Blackpepper dengan Cendawan Shitake

Bahan Bahan
Bahan bahan ayam blackpepper dengan cendawan shitake

Bahan bahan ayam blackpepper dengan cendawan shitake

  • 2 ketul bahagian dada ayam (di potong kecil)
  • 4- 5 biji cendawan shitake (hiris dan rendamkan dalam air)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 – 4 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2-3 tangkai cili kering yang dipotong halus (optional. Kalau tak nak letak pun takper)
  • 1/2 cawan air

** bahan ni untuk 2 orang makan. Kalau masak untuk bilangan yang lebih ramai, pandai pandailah tambah sukatan bahan bahan yer

Cara Penyediaan:
  1. Gaul ayam dengan sedikit garam, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan tepung jagung. Kemudian goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan
  2. Panaskan mentega. Masukkan bawang putih dan cili kering. Bila dah naik bau, masukkan sos lada hitam dan air. Gaul rata dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap. Kemudian masukkan cendawan, gaul rata dan biarkan seketika hingga cendawan lembut.
  4. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan sedikit garam (tak perlu banyak sebab ayam dan sos tiram dah masin). Gaul rata dan angkat.

Sedia untuk dihidang.

ayam blackpepper2

Gambar kat atas ni, saya masukkan air banyak, tu yang jadi berkuah. Kalau tak suka kuah macam ni, boleh kurangkan sukatan air.

Selamat mencuba.