Assalamualaikum

Dah lama rasanya saya tak share resepi kan.. Jadi nak share lah resepi Ayam Buttermilk kat sini. Ayam buttermilk ni resepi kegemaran saya. Saya suka sangat masak dan makan ayam masak buttermilk ni sebab ianya sangat mudah disediakan dan rasanya sangat -sangat sedap. Memang kena dengan tekak saya.

Bahan-bahan

Bahan ayam buttermilk

Bahan ayam buttermilk

  • Ayam yang dipotong potong kecil. Ikut banyak mana la korang nak goreng.
  • Tepung goreng ayam (saya guna tepung jenama Bestari)
  • butter
  • 2-3 ulas bawang putih yang dicincang
  • 2-3 tangkai daun kari
  • 3-5 biji cili padi yang dipotong potong kecik. Kalau nak pedas, boleh tambahkan lagi cili.
  • susu cair / susu segar

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan ayam. Salut ayam dengan tepung goreng. Cara nak salutkan ayam ni ikut pada cara penyediaan kat packaging tepung goreng tu lah yer.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan 2-3 sudu besar butter.
  4. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari
  5. Bila daun kari dah layu, dan dah naik bau wangi, masukkan susu cair. Masukkan sikit-sikit ikut banyak mana kuah yang korang nak. Kalau nak berkuah banyak, masukkan 1/2 tin susu cair. Kalau tak suka kuah yang banyak, nak kuah yang pekat, 1/4 tin susu cair dah mencukupi.
  6. Bila dah mendidih, masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata.
  7. Akhir sekali, masukkan sedikit garam. Gaul rata. Tutup api. Sedia dihidang
Ayam Buttermilk

Ayam Buttermilk

Ha.. mudah sangat kan.. Selain ayam, boleh jugak nak gantikan dengan udang.  Cuma kalau guna udang, tak perlu goreng tepung udang tu. Cukup gaulkan udang tu  dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.

Ayam atau udang, dua-dua sedap.  Tapi saya prefer udang, sebab saya memang suka makan udang. Sedap tau udang masak buttermilk. Setiap kali saya masak ayam buttermilk atau udang buttermilk, bertambah tambah En Suami tu makan.