Assalamualaikum…

Masak apa hari ni? Ke tak tahu nak masak apa? Biasalah tu, simtom-simtom mak-mak, tak tahu nak masak apa.. Saya pun kadang-kadang termenung depan peti sejuk, tak tahu nk masak apa. Huhuhu.

Korang dah pernah cuba masak Ayam Kung Pao.? Meh sini saya share resepi Ayam Kung Pao.  Mudah, cepat dan sedap. Ha.. kalau korang perasan, tu lah motto saya bila saya memasak. Mudah, cepat dan sedap. Resepi yang saya share dalam blog ni semuanya mudah, cepat dan sedap. Hehehe.

Owh ya, resepi Ayam Kung Pao ni pun saya dapat dari facebook. Tapi saya improvise ikut tekak keluarga saya.

Resepi Ayam Kung Pao

Bahan-bahan ( 3 orang makan)

Bahan-bahan Ayam Kung Pao

Bahan-bahan Ayam Kung Pao

  • ayam 3-4 ketul (potong kecik-kecik)
  • setengah biji bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah kecik (dimayang)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai ( dihiris)
  • 1/2 batang carrot (dipotong memanjang)
  • 1/2 biji tomato ( dipotong 3)
  • 5 tangkai cili kering ( dipotong halus dan direndam air panas, kemudian toskan)
  • sos tiram (2 sudu besar)
  • kicap manis (2 sudu besar)
  • sos cili ( 1 sudu besar)
  • sos tomato ( 1 sudu besar)

Sukatan ni untuk 3-4 ketul ayam. Kalau korang masak ayam tu banyak, kena pandai-pandai lah tambah sukatan bahan yer.

Cara Penyediaan

Gaulkan ayam dengan 2 sudu besar sos tiram.

Ayam digaul dengan sos tiram

Ayam digaul dengan sos tiram

Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Kemudian masukkan ayam. Goreng hingga setengah masak

Goreng ayam hingga setengah masak

Goreng ayam hingga setengah masak

Kemudian, masukkan bawang besar, bawang merah, serai dan halia dan kacau -kacau seketika.

Masukkan bawang, serai dan halia

Masukkan bawang, serai dan halia

Bila dah naik bau, masukkan carrot dan tomato. Kacau-kacau lagi.

Masukkan carrot dan tomato

Masukkan carrot dan tomato

Bila tomato dan carrot dah layu, masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Gaul rata. Seimbangkan rasa. Kalau rasa tawar, boleh masukkan garam/gula. Tapi biasanya saya tak masukkan garam dan gula pun. Sebab rasa dia memang dah ngam-ngam.

Masukkan sos cili, tomato dan kicap manis

Masukkan sos cili, tomato dan kicap manis

Akhir sekali, masukkan cili kering. Biasanya, sebelum masukkan cili kering, saya keluarkan dulu ayam 2,3 ketul untuk Adam. Sebab Adam tak makan pedas.  Masa ni sebenarnya ayam dah masak dah. Sajer tambah cili kering nak bagi rasa pedas-pedas sikit.

Masukkan cili kering

Masukkan cili kering

Gaul-gaul seketika dan tutup api.  Masukkan dalam pinggan dan sedia untuk dihidang.

Ayam Kung Pao

Ayam Kung Pao

Ha.. Mudah, cepat dan sedap tau. Cubalah!