Assalamualaikum

Baru-baru ni saya cuba masak ayam teriyaki. First time buat, alhamdullillah, jadi. Sedap. Resepi ayam teriyaki ni saya ikut dari sini. Jadi nak share kat sini pulak. Senang saya nak refer bila nak masak lagi ayam teriyaki.

Bahan-bahanย Resepi Ayam Teriyaki
  • Isi ayam (bahagian dada) dipotong kecik-kecik.
  • 2 atau 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 sudu besar madu
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil garam
Bahan-bahan ayam teriyaki

Bahan-bahan ayam teriyaki

 

Cara penyediaan
  1. ย Sagat halus bawang putih dan halia
  2. ย Perap ayam dengan semua bahan. Perap sekurang-kurangnya 1 jam. (Saya perap kejap jer sebab en suami dah lapar. Tapi still sedap.)
  3. ย Panaskan non stick pan dengan sedikit minyak. Saya tak ada non stick pan, jadi saya guna pemanggang ajaib.
  4. Masukkan ayam dan tutup kuali/pemanggang. Sesekali balik-balikkan. Bila dah nak masak, tuangkan baki kuah perapan atas ayam.
  5. Bila dah masak, angkat ayam. Tuangkan baki kuah dalam kuali/pemanggang atas ayam. Sedia dihidang.
Resepi ayam teriyaki

Ayam Teriyaki

Mudah sangat kan resepi ayam teriyaki ni. Suami dan anak-anak pun suka makan. Adam yang cerewet bab makan tu pun, laju dia makan. Korang kalau kat rumah tu blur tak tahu nak masak apa, boleh cuba resepi ayam teriyaki ni.