Resepi Kentang Bakar

Tipa-tiap petang, lepas bangun tidur, Adam akan makan snek petang. Kudapan lar kiranya. Kadang-kadang saya mati kutu tataw nak bagi Adam makan apa. Takkan tiap-tiap petang nak bagi menu yang sama? Sekarang ni.. Adam dah memilih makanan. Kalau dulu, apa yang saya masak, dia ngap masuk mulut. Sekarang ni, makanan tu lom sempat masuk mulut, Adam dah geleng-geleng kepala sebut no no no no no.  Haih…

Jadi saya cuba resepi baru. Kentang bakar. Saya dapat resepi dari rancangan masakan kat Channel 727 Astro Food Network.  Resepi asal, kentang tu di grill.  Ehh.. tak koser lar saya nak grill-grill kentang. Bakar jer sudah. Resepi dia senang sangat. Jom buat.

Resepi Kentang Bakar

Bahan-bahan

  • kentang
  • sedikit garam
  • sedikit minyak sayuran. Saya ganti dengan minyak jagung. Nak guna minyak zaitun pun boleh
  • sedikit serbuk oregano

Cara penyediaan

  • Potong kentang secara wedges. Macam mana rupa potong wedges? Ala..macam potato wedges KFC tu… tahu kan? Saya potong nipis sebab nak bagi cepat masak.
  • Dalam mangkuk besar, gaulkan kentang yang dah dipotong tadi bersama sedikit garam, sedikit minyak sayuran/jagung/zaitun dan sedikit serbuk oregano.
  • Susun molek-molek atas dulang pembakar

 

  • Kentang atas dulang

    Kentang atas dulang

  • Bakar dengan suhu 150°C selama 30- 40 minit bergantung pada ketebalan kentang atau sehingga masak. Oven masing-masing tak sama kan? Tapi lebih kurang gitu lar anggaran masa nak bagi masak kentang tu

 

Ni hasilnya:

 

Kentang bakar

Kentang bakar

Senang kan? Kentang ni kalau korang nak  panggang guna pemanggang ajaib pun boleh. Lagi garing, lagi sedap.  Jadi..untuk korang-korang yang buntu tataw nak masak apa untuk snek petang anak..boleh cuba resepi ni. 🙂