Assalamualaikum

Ayam masak kurma salah satu lauk feveret Adam. First time tahu dia suka makan kurma kt kedai mamak. Kemain banyak dia makan.  Bila anak dah suka, mommy pun google lah cara  masak kurma. Owh.. senang jer masak kurma ni rupanya. Lebih kurang masak sup ayam jer.. cuma kena letak rempah kurma.

Jadi saya nak  share resepi kurma ayam yang saya masak kat rumah. Macam biasa, resepi saya simple dan mudah.

Resepi Kurma Ayam

Bahan-bahan

Bahan-bahan ayam masak kurma

Bahan-bahan ayam masak kurma

Ayam (2-3 orang makan)
1 biji bawang besar (mayang)
3 biji bawang putih (mayang)
1/2 inci halia (mayang)
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis sederhana kecil
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 – 3 sudu besar Rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji kentang
1 batang saderi
1 biji tomato
1 batang lada merah/hijau
Sedikit asam jawa (dibancuh dengan air)
Santan (saya guna santan serbuk yang tak perlu dibancuh)

Kat gambar ni sukatan utk 2-3 orang makan. Kalau masak banyak, kena tambahlah sukatan bahan.

Cara penyediaan

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau

2. Masukkan rempah kurma, kacau hingga naik minyak kemudian masukkan ayam. Gaul2 sebati sehingga ayam layu.

3. Masukkan sedikit air asam jawa. Dan kemudian  masukkan air ( agak-agak tenggelam ayam jer dah cukup). Masukkan juga kentang. Biarkan  mendidih.

4. Bila kentang dah empuk, masukkan daun saderi dan tomato. Agak-agak daun saderi dah lembut, masukkan santan.saya guna santan serbuk yang boleh dituang terus dalam masakan tanpa perlu dibancuh dengan air. Kacau sebati.

5. Bila dah mendidih, masukkan lada.

6. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika kemudian tutup api. Sedia dihidang.

Nasi lauk kurma untuk adam

Nasi lauk kurma ayam untuk adam

Antara banyak-banyak rempah kurma yang saya dah guna, rempah kurma Mak Nek paling sedap kat tekak saya.  Rempah Kurma Mak nek ni murah jer.  RM1.75. Satu pek ada 70g. Bolehlah untuk 2-3 kali masak.  Saya beli rempah ni kat Aeon Big. Kat tempat lain macam susah jer nak jumpa.

Rempah Kurma Mak Nek

Rempah Kurma Mak Nek

Orang lain maybe suka rempah kurma jenama lain. Yer lah, lain tekak, lain seleranya.   Kalau tanya en suami, jawapan dia “ntah..sama jer rasa dia”. Haih..

Korang suka rempah kurma jenama apa?