Assalamualaikum..

Macam biasa, tataw nak update apa.. Saya share resepi jer lah. Untuk rujukan saya jugak esok lusa time tataw nak masak apa.. Masa saya masak ni pun, memang saya tengah blur tataw nak masak apa. Stok bahan dalam peti sejuk pun sendu jer. Jadi masak jer lah apa yang ada.

Resepi Makaroni Goreng Simple

Bahan-bahan

Bahan bahan

Bahan bahan

  • makaroni
  • daging kisar
  • bawang putih (2 biji)
  • bawang besar (setengah biji)
  • halia (setengah inci)
  • cili giling (satu sudu besar)
  • sos spagethi (dua sudu besar)

Sukatan bahan-bahan ni ikut korang lar yer. Kalau korang masak banyak, tambah lar sukatan bahan-bahan tu ikut banyak mana korang nak masak. Saya ni masak untuk makan sorang jer. Kalau korang tengok gambar pun, stok daging kisar pun sendu jer..Tu jer baki daging kisar yang ada dalam peti.  Jadi, bahan-bahan lain pun tak yah lar banyak sangat. Kata untuk makan sorang kan.. hehehe.

Kaedah memasak

  1. Rebus makaroni hingga empuk (al dante). Angkat dan toskan.Rebus makaroni hingga empuk (al dante). Angkat dan toskan.
  2. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumis bawan besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
  4. Masukkan cili giling. Kacau hingga pecah minyak
  5. Masukkan daging cincang. Kacau hingga masak. Kalau korang rasa kering sangat, boleh masukkan air sikit. Sikit jer tau, kita bukan nak buat sup. 🙂
  6. Bila daging dah agak masak, masukkan pula sos spagethi. Kacau-kacau lagi. Kalau korang ada stok mixed veggie, boleh masukkan time ni. Saya takder stok veggie, jadi resepi ku bogel tanpa sayur.
  7. Masukkan bahan perasa (garam dan gula) secukup rasa.
  8. Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul rata.Sebelum nak angkat tu, korang leh masukkan daun bawang, kacau rata baru angkat. Stok daun bawang ku dah habis. jadi memang ku angkat gitu jer lah. Huhuhu
  9. Ni hasilnya. Makaroni goreng simple ya amat…

 

Makaroni Goreng Simple

Makaroni Goreng Simple

Selamat mencuba!

Iklan

Secret Skin White Kawaii Collagen

Secret Skin White Kawaii Colagen- Set jihan

Secret Skin White Kawaii Colagen- Set jihan

Artis Jihan Muse antara pengguna setia Secret Skin White Kawaii Collagen. Dan lihatlah sendiri perubahan yang berlaku pada diri beliau. Semakin cantik dan cerah berseri setelah mengamalkan pengambilan Kawaii Kolagen setiap hari.

Jadi, tunggu apa lagi. Dapatkan Secret Skin White Kawaii Collagen – Set Jihan dengan harga diskaun sekarang

Sms/whatsapp: 012-692 2025 (NO PHONE CALL)

Sms/whatsapp: 012-692 2025 (NO PHONE CALL)

Sms/whatsapp: 012-692 2025 (NO PHONE CALL)

Ingin tahu produk lain yang saya jual, boleh visit page bisnes saya :