Assalamualaikum

Dah lama tak share resepi. Kali ni nak share resepi nugget ayam homemade. Mudah jer resepi ni.

Adam suka sangat makan nugget ayam. Tapi, nugget yang ready made tu orang kata tak elok sangat makan selalu. Ala, nugget ayam frozen yg beli kat supermarket tu. Katanya ada bahan pengawet lah, MSG lah. Kat dalam nugget ayam tu bukan setakat daging, lemak, tulang, kulit, bulu ayam pun ada sekali. Hah? Biar betul bulu pun masuk sekali? Ni fakta ka auta? Geli pulak rasanya kalau betul bulu ayam pun masuk sekali dalam tu.

Jadi.. apa penyelesaiannya? Jom kita buat sendiri nugget ayam ni kat rumah.

Resepi nugget ayam ni serius senang, mudah dan ringkas. Resepi ni saya ambil dari buku ni;

 

Buku resepi cooking for children

Buku resepi cooking for children

OK. jom start masak.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan nugget ayam homeamade

Bahan-bahan nugget ayam homemade

  • bahagian isi ayam, dibasuh dan dilap kering. (tekap guna tisu dapur ya)
  • telur
  • sedikit tepung gandum
  • serbuk roti (bread crumbs)
  • serbuk lada sulah
  • garam
  • oregano (takder pun takper)

Cara-cara

  1. Potong isi ayam (yang telah dibasuh dan dikeringkan tadi) kecik-kecik kemudian gaul dengan sedikit lada sulah , garam dan serbuk oregano. Ketepikan.
  2. Pukul telur dalam mangkuk leper dan sediakan serbuk roti dalam pinggan lain
  3. Gaul ayam tadi dengan sedikit tepung gandum.
  4. Kemudian, celup ayam dalam telur yang dah dipukul tadi, dan golekkan ayam bersalut telur  kedalam pinggan berisi serbuk roti.
  5. Kemudian, tekan ayam yang bersalut serbuk roti menjadi leper (leper macam nugget yang beli kat kedai). Ulang sehingga semua ayam yang dipotong kecik tu bersalut dengan  serbuk roti dan ditekan leper.
  6. Goreng ayam tadi dalam minyak panas selama 5-7 minit atau sehingga masak. Angkat dan toskan.
  7. Sedia dihidang.

Senang kan resepi nugget ayam homemade  ni? Ni lar hasilnya…

Nugget Ayam Homemade

Nugget Ayam Homemade

Macam nilah rupa nugget buat sendiri, macam-macam saiz ada. Hehehe. Bolehlar untuk makan sendir kan.. bukannya nak masuk pertandingan memasak . ehehe. Yang pasti, nugget buatan sendiri ni tak ada  bahan pengawet, tanpa MSG, tanpa bulu, tulang what so ever. Aha!

Seronok tengok Adam makan chicken nugget buatan sendiri. Homemade dengan penuh kasih sayang.  Adam bila dah mengadap chicken nugget, memang laju jer makan,  tak berenti. Selagi ada depan mata, selagi tu lar dia ngap..ngap..ngap.

Jom lar try resepi nugget ayam ni… serius mudah. Rasanya resepi boleh guna untuk buat chicken chop jugak. Sebab rasanya sama macam ayam chicken chop tu ha.  Bezanya tak payah potong ayam tu kecik-kecik. Nanti lah nak cuba buat chicken chop pulak guna resepi ni.