Restoran Seafood D’Coral Kuala Selangor

Assalamualaikum

Cuti raya cina lepas, kami balik kampung saya kat Sabak Bernam. Nenek buat kenduri arwah. Kejap jer pun balik kampung. Balik sana hari ahad, balik Seri Kembangan balik hari Isnin. Kami gerak balik lepas sarapan. On the way tu perut saya lapar pulak. Kebulur sangat-sangat padahal pagi tu sarapan nasi goreng. Biasalah, ibu menyusu anak memang cepat lapar. 24 jam kebulur.

Masa tu pun dah pukul 12..memang waktu makan tengah hari. Kami dah sampai Kuala Selangor masa tu. Jadi saya google la tempat makan best kat Kuala Selangor tu. Kuala Selangor ni tempat nelayan naikan hasil tangkapan. Jadi memang banyaklah restoran seafood kat sini. Tapi, majoritinya restoran cina. Pastu kebanyakan restoran seafood bukak waktu petang sampai ke malam. Tapi saya tak putus asa. Gigih jugak ajak En Suami cari restoran seafood yang dah bukak waktu tengah hari. Alhamdullillah, jumpa.

Masa sampai Restoran D’Coral ni, nampak pekerja dia tengah susun-susun meja tu semua. Jadi En Suami tanya, dah bukak ke. Diorang kata dah bukak. Pekerja semua melayu.  Tengok kat lesen pun, owner dia Melayu. So, yakin lah sikit kami nak makan kat restoran ni.

Restoran baru nak bukak, kosong la lagi

Dalam restoran. Belum ada orang. Kami customer pertama sampai. hehehe

Pemandangan luar restoran

Pemandangan luar restoran

Walaupun kami orang pertama sampai, tapi dah ada 2,3 bijik meja yang dah reserve. Customer tu maybe dah order siap-siap. Sampai kang terus makan. Tak yah tunggu-tunggu kan.

Ada banyak pilihan menu seafood kat sini. Blur jer kami laki bini nak order apa. Sudahnya kami order set jer. Senang. Kami ambil set untuk 2-3 orang makan.

Menu set makanan kami

Menu set makanan kami

Set ni ada

  • ikan siakap masak Patong (lebih kurang 3 rasa, tapi SANGAT SEDAP)
  • ayam pandan (4 ketul, sedap!)
  • kailan ikan masin (sayur dia fresh )
  • telur dadar (besar )
  • air (set asal air sirap, kami tukar air teh)

 

Walaupun sedap, tapi jenuh jugak kami laki bini nak habiskan. Sebabnya ikan siakap dia besar oi. Telur dadar macam letak 3 biji telur jer ha.. Ayam pandan 4  ketul tu patutnya Adam punya. Tapi dia makan seketul jer pun.  Saya pulak bukan jenis makan banyak. Tangki perut kecik. Sudahnya En Suami yang habiskan semua. Tapi ikan siakap tu serius arr sedap. First time makan ikan masak patong nih. Sedap sangat-sangat.

Ikan Siakap masak Patong

Ikan Siakap masak Patong

Masa kami tengah makan, dah ada pelanggan lain yang datang. Majoriti order ikan siakap masak patong tu. Meja yang reserve tu pun order ikan masak patong jugak. Korang kalau pergi kedai ni, kena try ikan masak patong ni tau. Ayam pandan dia pun sedap. Sayur kailan dia pun segar. Krap krup bila makan.

Harga untuk set yang kami makan ni RM48.00. Consider murahlah dengan lauk pauk untuk set tu, dengan saiz ikan siakap yang besar tu kan. Tapi sebab kami tukar air, kena bayar harga lain. Air dia agak mahal,  teh o panas tu dia caj RM2.50 segelas. Teh o ais pun sama. RM2.50. Pastu ada caj GST lagi. Jadi  total semua sekali RM58.00.  Bagi saya harga ni sangat berbaloi dengan sedapnya lauk yang kami makan.

Korang kalau pergi Kuala Selangor, pastu teringin makan Seafood, saya rekomen Restoran Seafood D’Coral Kuala Selangor ni. Restoran ni betul-betul kat tepi sungai Kuala Selangor tu. Dekat jer dengan jambatan Kuala Selangor tu. Kalau dari Kuala Lumpur/Klang, restoran ni belah kiri. Lepas jambatan tu ada Giant. Lepas Giant tu masuk simpang kiri.  Straight sampai hujung jalan, pastu belok kiri. Jalan kedepan sikit, dah sampai. Restoran ni besar, inshaAllah tak terlepas pandang. Hehehe

 

Business hour dia 12 tgh hari – 12 mlm rasanya. Jadi boleh lunch /makan petang/ dinner kat sini.