Assalamualaikum..

Nak tahu tak? Bila umur saya makin banyak ni, saya bermasalah jerawat. Ntah apa kena ntah..  Zaman muda-muda dulu..Elok jer kulit bebas jerawat. Eceh!! Tipu lar kalau langsung tak der jerawat.. Ada jugak, cuma jarang sangat lar jerawat tu muncul. Kalau muncul pun paling banyak 2 biji. Tu pun tak besar mana, masih leh cover ngan bedak.

Tapi sejak tahun lepas, kemain rancak lagi jerawat ni muncul, lagi-lagi time nak period. Makin tua umur ni, umur dah nak masuk 32 tahun, patutnya kulit dah matang, dah takder masalah jerawat, minyak ni semua.. Owh! tapi kulit saya tak.. kulit saya makin bermasalah pulak. Eii..ngada2 betul kulit nih. Padahal kulit saya ni kategori kulit kering Tapi, sekali jeluar jerawat,  gedabak besar dia keluar, kadang-kadang sampai 5 bijik!  Huh!! Meroyan aku depan cermin tengok jerawat. Keluar jerawat tu dah satu hal.. Parut dia tu yang saya nyampah sangat.. Nak kasi betul-betul hilang parut tu makan masa sampai 3,4 bulan.. eii.. over betul jerawat nih.

Tu baru jerawat, belum masuk bab jeragat atau bintik-bintik hitam yang bersepah kat pipi. Dulu, masa muda-muda saya tak berapa rajin nak jaga kulit.. Kadang-kadang pakai krim, kadan-kadang tak. Kulit kita ni kan, bila selalu sangat terdedah matahari, pastu ‘rajin’ sangat pakai sunblock, memang akan terhasillah jeragat kat kulit.. sobs! faktor lain punca jeragat ni, penggunaan kosmetik yang tak sesuai. Alahai..muda-muda dulu saya belasah jer pakai produk kulit.  Janji pakai. Ingredient langsung tak belek, tak tengok. Asal ada ‘brand’ jer, import lak tuh,  kira ok lah! Now, sedih tengok kulit ada parut jerawat + jeragat lagi.. Benci tau!  Tu yang jadi kulit bercapuk-capuk, kusam, tona tak sekata..Sedih oii tengok kulit kat cermin. Sobs!

Jadi, langkah pencegahan dan rawatan harus dilakukan.. Try produk itu ini, makan supplemen macam-macam, consume kolagen lah.. segala macam benda lar try…  Akhirnya, Alhamdullilah, saya jumpa jugak produk yang rasi dengan kulit.  Now slowly kulit semakin ok.. jerawat makin kurang muncul, kalau ada pun, parut dia tak seteruk dulu. Kalau keluar jer jerawat, dalam masa dua minggu dah tak berapa nampak parut jerawat tuh. Jeragat pun, makin kurang.. kulit pun makin lama makin sekata, makin bersih. Alhamdullilah.. suka sangat- sangat.

Nak tahu saya guna apa? Jawapannya  Secret Leaf. Produk Secret Leaf pertama yang saya guna: Organic Argan Oil. Saya start guna  Mac 2014 rasanya.. Saya sapu Minyak Argan ni selepas cuci muka, pagi dan malam. Hanya 3, 4 titik, cukup untuk cover satu muka.

Argan Oil Secret Leaf

Argan Oil Secret Leaf

Benda pertama yang saya perasan, tona kulit slowly makin sekata. Bak kata mak saya, kulit makin nampak bersih. Pastu kulit rasa gebu, kurang garis halus, bintik hitam pun kurang wei… Dah tak berapa nampak lar tanda-tanda kulit tua bermasalah tu kan.. yang paling ketara, kulit saya dah tak kering lagi. Bila kulit tak kering, moist, gebu, garus-garis halus pun tak kelihatan, otomatik kulit nampak muda. Ekekeke.

Bila dah start nampak perubahan dia, saya guna pulak pencuci muka dia. Secret Leaf Argan Hydrating Cleanser

Secret Leaf Argan Hydrating Cleanser

Argan Hydrating Cleanser

I tell you.. this is the best pencuci muka yang pernah saya cuba. Serius sangat.. Memang best! Terbaik! Bila cuci muka guna pencuci muka ni, kulit betul-betul rasa bersih dan segar, Yang paling best, tak mengeringkan kulit. Biasanya pencuci muka ni, kalau kita cuci muka, samada rasa tak bersih, atau rasa kering kan.. pencuci muka Argan Hydrating Cleanser Secret Leaf ni tak. Patutlah pencuci muka ni jadi pencuci muka pilihan Majalah Lisa 2014. Memang layak menang tau!

Lagi satu produk feberet saya dari Secret Leaf ni adalah Secret Leaf Arbutin Natural Lightening Cream

Arbutin Lightening Cream Secret leaf

Arbutin Lightening Cream Secret leaf

Krim ni yang betul-betul beri kesan positif pada parut jerawat ngan jeragat. Saya pakai krim ni waktu malam jer, sebelum tidur. Esok pagi bila bangun..voila! kulit memang soft, moist, gebu pastu paling best makin lama parut jerawat ngan jeragat tu makin pudar. Serius oii.. tak tipu. Sampai sekarang still guna krim ni, dah masuk 3 botol pun. Memang puas hati.  Hehehe.

Habis botol ni, nak try krim malam dia pulak. Krim malam dia, Argan Rescue Night Cream. Krim malam  ni pemenang pilihan Majalah Lisa 2014 kategori krim malam. Sama macam pencuci muka dia lah jugak.  Panel-panel juri yang memilih ni terdiri  dari pakar-pakar kulit, pakar solekan, selebriti dan pembaca Majalah Lisa sendiri. Ramai ok yang pilih krim nih! So, kalau diorang pilih krim malam berbanding krim malam lain sebagai pemenang, maknanya krim ni betul-betul berkualiti. Sama macam pencuci muka dia jugak. Must try lepas nih!

Argan Rescue Night Cream

Argan Rescue Night Cream

Untuk krim siang, saya guna Argan Age-Reveasal Day Cream. Walaupun dah tua, umur dah 32, tapi kalau boleh biarlah kulit tu tak nampak sangat tua.. Kalau boleh nak nampak umur 22. Wakakakaka.  Jadi, marilah kita menentang tanda-tanda penuaan dengan krim nih. Selagi leh tepek kat kulit..saya tepek..

Argan Age Reversal Day Cream

Argan Age Reversal Day Cream

Latest produk dia yang saya guna, yang baru masuk seminggu, toner dia. Secret Leaf Herbawhite Natural Lightening Toner. Fungsi toner ni: Mencerah, Melembap, Detoksifikasi & Mengecilkan Liang Pori.  Baru seminggu pakai, so far so good.. Saya guna toner ni lepas krim siang Argan Age-Reveasal Day Cream tu habis. Sebab sekarang kulit dah makin ok, jadi saya rasa pakai toner jer pun dah ok. Pakai toner dia ni pun, result memang  puas hati.. Lagipun jimat sikit.  Krim siang dia mahal oii.. Toner dia murah sikit, 100ml lak tuh, banyak. Rasanya leh tahan 3 bulan toner ni..  Ekekeke.

 

Secret Leaf herbawhite natural lightening toner

Secret Leaf Herbawhite Natural Lightening Toner

Nampak macam banyak jer kan produk yang saya guna? Mula- mula jer saya pakai banyak, sebab masa  tu saya nak rawat kulit muka saya yang bermasalah.. jadi kena betul-betul rajin lah. Semua saya tepek kat muka.

kulit muka saya yang bermasalah

Kulit muka saya yang bermasalah

Gambar kat atas ni semasa kulit muka bermasalah. Sajer snap sebab nak tengok perubahan kulit dari semasa ke semasa. Kan ke banyak jerawat tuh? huhuhuhu.

But now, kulit dah ok.. jadi cuma 3 produk Secret Leaf jer yang saya masih dan akan continue guna:

  • Pagi : cuci muka guna Argan Hydrating Cleanser .Pastu tepek Toner Herbawhite Natural Lightening toner kat muka.
  • Malam: cuci muka guna Argan Hydrating Cleanser .Pastu sapu Arbutin Natural Lightening Cream.

Ni lah rupa kulit saya sekarang:

Kulit muka semakin ok. :)

Kulit muka semakin ok. 🙂

Ni muka saya tanpa secalit krim atau makeup tau. Sama macam gambar kat atas tu. Memang bare skin. Kulit saya semakin ok, cuma masih ada lagi jerawat kat bahagian dagu.. Jerawat kat dagu tu baru keluar sebab period. Asal period jer kuar jerawat. Dah tataw nak buat apa dah…huhuhu.  But at least now, bila kuar jerawat, parut dia kejap jer hilang. hehehehe.

Satu jer kekurangan Secret Leaf. Harga dia. Terus terang saya cakap, harga produk Secret Leaf ni mahal sikit. Tapi bagi saya, berbaloi! Kenapa?

  1. Berasaskan bahan semulajadi.
  2. Bahan utama : minyak argan (sila google khasiat Argan Oil, memang WOW!)
  3. Tiada bahan kimia merbahaya. Pls alert: bahan kimia akan beri kesan jangka panjang pada kulit. Pilihlah yang semulajadi.
  4. Buatan bumiputra, buatan Malaysia, disahkan halal.

Tapi, kalau kita compare harga dia dengan produk import contoh macam Clinique, SKII, Body Shop atau produk import yang lain, produk Secret Leaf ni jauh lebih murah.. Produk keluaran tempatan,  HALAL pulak tuh. Ha.. agak-agak yang mana satu lebih bernilai dan berbaloi beli?

Sekali korang try produk Secret Leaf ni, confirm akan continue guna. Sama macam saya dan ribuan pengguna produk Secret Leaf yang lain. Memang puas hati, dan tak perlu risau kesan jangka panjang bahan kimia merbahaya. 🙂

Sekian, Review  Skincare Secretleaf dari saya. Highly recommended.!