Alhamdullilah, dikala umur Adam 21 bulan, Adam dah boleh terima fm. So, kiranya saya dah berjaya wean off Adam. Susah tak nak wean off Adam? Jawapan saya susah sebab Adam tak leh terima  formula milk (fm), sistem penghadaman dia tak leh terima  fm. Everytime Adam minum fm, lepas 5-10 minit mesti dia muntah-muntah. Kalau dah muntah tu, bukan sekali..tapi berkali-kali sampai keluar lendir jer. Muntah yang severe. Kesian sangat kat Adam.

Since birth sampai umur 21 bulan ni, Adam memang minum susu ibu, direct feeding. Dah kata saya dok umah ngan Adam. So, saya direct feeding jer la. Tapi sampai bila nak breastfeed? Susu badan makin kurang nih. Serius, rasa sangat susu tu dah kurang. Jangan pulak ada mulut tak der insuran kata saya tak usaha, tak amalkan konsep demand and supply ek. Saya dah bagitau kan, Adam tak boleh minum fm, so Adam memang bergantung sepenuhnya pada susu badan, so konsep demand and supply tu memang sentiasa ada. Cuma maybe rezeki susu badan untuk Adam tak sampai 2 tahun.. Ingat ya, rezeki tu datang dari Allah.  Ada orang yang terlalu obses ngan breastfeed, macam kan berdosa jer bagi anak fm. Pelik sungguh.

Eh, dah menyimpang pulak. Berbalik pada citer asal, bila susu badan kurang, saya cari alternatif lain. Request sample susu fm pelbagai jenama bagi kat Adam. Sama jer..tetap muntah-muntah. Risau hati ni weii.. anak tak leh minum susu fm. Gimana nih? Pastu baca blog Aty, dia cerita pasal Susu Kambing Nina Kameng. Macam kelakar jer branding name dia. Hehe. Tapi nak try.  Saya pm page fb Susu Kambing Nina Kameng ni, tanya trial pack. then dia bagi contact number ejen.

Jumpa ejen, ejen bagi trial pack 2 peket. Satu peket tu free, second pack tu saya bayar lar RM2.00. Rasa bersalah pulak amik free gitu jer. Balik umah, bancuh bagi Adam minum..elok jer dia minum, tak yah pujuk, tak yah paksa. Susu kambing Nina Kameng ni perisa coklat. Adam minum laju kemain, sedap sangat lar tuh. Yang paling penting, Adam langsung tak muntah. Esoknya bagi lagi sekali, tak muntah lagi. Maknanya sistem penghadaman Adam leh terima susu ni. Alhamdullilah.

Terus contact ejen tu balik, beli terus 2 pek. 1 pek 1kg RM30 jer. 2 pek RM60. Murah sangat nih. 1kg tu banyak wei. Saya beli 2 pek terus, senang. Takder lar asyik berulang alik gi beli.

Susu Kambing Berperisa Coklat Nina Kameng

Susu Kambing Nina Kameng

Brand Nina Kameng ni baru lagi, so maybe that is why the packaging pun simple. Kelebihan packaging simple cenggini, harga dia jadi murah. Kalau packaging lawa, harga pun mesti lah ‘lawa’. Yer lar..nak cover balik cost packaging yang lawa tuh. Hehehe!

 

Zoom sikit rupa susu sebelum bancuh

Zoom sikit rupa susu sebelum bancuh

Susu kambing Nina Kameng ni sedap sangat. Lagi sedap dari milo. Ini serius. Dia bukan sedap sebab gula yer. Susu ni tanpa gula. Susu ni guna madu, serbuk koko and of course susu kambing. Madu kot yang buat susu ni jadi extra sedap. Oh ya, Susu Kambing Nina Kaming ni keluaran orang Islam, ada kelulusan halal JAKIM.

Untuk Adam, saya bancuh susu dalam botol yang ada straw. Cara bancuhan: kalau ikut cadangan hidangan kat packaging dia, 2 sudu besar untuk satu mug (ikut citarasa). Maknanya macam kita bancuh milo la..kalau nak pekat, boleh letak lebih. Untuk Adam saya bancuh 3 sudu besar untuk 150ml air suam (air suam yer, bukan panas).

Saya tak bancuh dalam botol susu, memang dari dulu tak ajar dia minum guna botol susu. Guna botol yg ada straw jer. yang lecehnya guna botol straw ni, bila dah tinggal sikit, susah nak sedut kan. So bila dah tinggal sikit, saya tuang dalam cawan, untuk Adam habiskan. Biasanya bila dah habis tu, dia mintak lagi. So saya bancuh lagi, tapi bancuh sikit lar tak sebanyak yang memula tuh. Bancuh banyak kang, tak habis pulak.

Khusyuk minum susu

Khusyuk minum susu

Waktu pagi,saya bagi Adam minum susu ni suam-suam. Waktu petang, time dia tidur, saya bancuh susu ni siap-siap pastu  letak dalam peti sejuk. Bila dia bangun tidur jer, bagi dia minum susu sejuk. Sedap jer minum time cuaca panas macam ni kan.. Malam pulak, saya bagi susu suam. In case ada yang tertanya, susu ni tak hanyir atau berbau tau. Bau dia sedap, rasa pun sedap.

Syukur, Alhamdullilah Adam dah boleh terima  fm susu kambing. Susu kambing ni kan susu kedua terbaik lepas susu ibu. Sunnah Rasullulah pulak tuh. Pastu Susu Kambing Nina Kameng ni ada madu. Again, sunnah Rasullulah.. Kan ada extra ganjaran kat situ, insyaAllah.