Assalamulaikum…

Sebelum ni entry main terjah tak bagi salam. Kurang sopan sungguh.  Sekarang baru reti nak bagi salam yer Mummy Adam yer.. Amboi, biasa dia nih! Huhuhu.

OK. Dah jawab salam? Bagus.. sama-sama kita dapat pahala. Ni dah kenapa tiba-tiba mode ustajah pulak nih? Ahaks. Moh kita kembali ke tajuk entry ni,Review: Susu Kambing  Wildan vs Susu Kambing Nina Kameng. Dua-dua susu kambing ni saya dah pernah bagi Adam minum. Adam minum yang perisa coklat, sebab kalau yang plain (perisa asli)  Adam memang langsung tak mo minum. Huhuhu

Masa Adam minum susu kambing Nina Kameng, entah kenapa Adam tak mo  makan sangat. Susah betul bagi makan. Kalau suap nasik tu, kadang-kadang tak sampai separuh, dia dah tak nak makan. Memang gaduh-gaduh tiap kali bagi makan.  Padahal sebenarnya Adam ni jenis yang senang makan. Suap jer, memang dia bukak mulut. Pelik sungguh tetiba tak nak makan pulak. Dah kenapa kamu ni Adam?

Pastu, lagi satu, saya pernah review sebelum ni yang susu kambing Nina Kameng ni sedap kan? Memang lar sedap sebab saya rasa nisbah serbuk koko dia lebih banyak dari susu kambing. Bila saya perati serbuk susu Nina Kaming ni..macam banyak serbuk koko jer. Koko(coklat) lebih, maunya tak sedap kan? . Hati mula rasa was-was. Dah aku ni bagi anak minum coklat ke susu? Ke saya yang salah paham?

Ni pendapat saya jer yer.. bukan niat nak kondem atau nak kacau periuk nasi orang.. Tapi saya just share pendapat dan pengalaman. Lain anak, lain ragamnya. Saya baca review orang lain pasal Nina Kameng ni, ok jer.. maybe Adam yang tak serasi ngan susu ni. Tsk!

Jadi saya buat keputusan untuk tukar susu lain. Susu kambing kat pasaran kebanyakannya susu kambing perisa asli. Adam tak mau minum kalau perisa asli nih. Dia luahkan balik. Pastu susu lembu pun tak boleh minum, muntah-muntah pulak. Pilihan yang ada cuma susu kambing perisa coklat sahaja.  Gigih google, tanya sana sini. Selain Nina Kameng, brand lain yang jual susu kambing perasa coklat cuma Wildan sahaja. Mungkin ada brand lain, saya yang tak tahu.

 

Susu kambing wildan

Susu Kambing Coklat Wildan

Susu kambing Wildan ni mahal jugak kalau compare dengan Nina Kameng.  Satu kotak susu kambing coklat Wildan 500gm, harga dia RM45. 2 kotak =1kg = RM90 . Susu kambing Nina Kameng, 1kg, baru RM30. Ha..beza RM60. Banyak kan?  Dari segi harga, Susu Kambing Nina Kameng lebih menjimatkan. Tapi, dalam kotak susu kambing Wildan, ada free scoop. Nina Kameng, takder free scoop, silalah guna sudu sendiri. Hehehe.

Susu Kambing Wildan ni tak hanyir, takder bau, tak manis, pendek kata rasa susu lah. Bila saya belek-belek tekstur susu ni pun, macam lebih banyak serbuk susu dari serbuk koko. Adam pun minum laju jer.. sama macam minum susu Nina Kameng. Cumanya, susu Wildan ni tak guna madu, dia guna gula perang lar pulak. Kalau susu kambing Nina Kameng, dia guna madu. Lagi satu kelebihan Nina Kameng. Malangnya, saya tak boleh nak teruskan bagi Adam minum susu Nina Kameng.

Alhamdullillah, lepas tukar ke susu kambing Wildan ni, selera makan Adam kembali macam dulu. Apa yang disuap, Adam makan. Cuma tetap kena kejar dia keliling rumah lah..sebab Adam ni sambil makan, sambil main. Dia memang tataw duduk diam. Takperlah berkejaran satu umah pun, yang penting Adam makan.

Susu kambing Wildan ni saya beli kat pengedar. Saya dapatkan contact number pengedar dari page fb Wildan. COD jer..malas nak bayar postage. Oleh sebab kami laki bini ni terlebih rajin tiap minggu pergi beli kat pengedar tu, pengedar tu kata lepas ni kalau beli 2,3 kotak..biar dia jer datang rumah hantar. Bagus..bagus. Lepas ni memang order 3 kotak terus, buat stok.

Sekian, review susu kambing Wildan dari Mummy Adam. Esok lusa kalau Adam minum susu lain, saya review lagi. 🙂

Iklan:
Dapatkan produk Tropika dengan harga lebih murah di sini.