Baby Adam susah nak tidur. Bila baby susah tidur, saya dan En Suami susah hati. huhuhu. Sepatutnya baby banyak tidur kan..but not for baby Adam. Siang biasanya dia tidur dalam 1-2 jam jew. Malam paling lama 4 jam. In the end, baby Adam jadi cranky sebab tak cukup tidur. Meragam jew. Itu tak kena, ini tak kena. Saya nak buat kerja lain pun payah. Haih~~

So, En Suami suggest beli buaian. Bagi baby tidur dalam tu. Tapi saya prefer rocker. Dah berbuih mulut saya bagitau saya nak rocker jenis ni:

Fisher Price Newborn to Toddler Rocker

Rocker ni macam best jer…sebab kita leh gunakan rocker ni sampai umur anak kita 3 tahun atau sehingga berat anak 18kg. Eh! Ikutkan, 18kg ni berat saya time darjah 4.hahaha.

Mengikut pamplet yang ada kt tangan saya ni, rocker ni leh vibrate ngan goyang-goyang untuk tidurkan baby. Pastu, bila baby dah besar sikit, rocker ni leh di transform untuk jadi kerusi pulak. Then, rocker ni ringan, boleh dilipat, mudah dibawa kehulu kehilir. Contoh, Kalau saya nak buat kerja rumah, saya  leh pindahkan rocker ni kat kat hall, letak baby dalam tu. Senang wat keja sambil monitor baby kan.

Harga rocker ni dalam 300++. Tapi saya jumpa kedai online yang buat promotion RM230.00 termasuk delivery. Ho yeah!! Tapi, stock hanya available end of July ni . Uih! Tak sanggup tunggu sampai hujung bulan. Kesian kat baby.. Mummynyer pun kesian jugak, tak cukup tidur layan baby. Huhuhu

En suami kata “kalau beli rocker tapi baby tak mo tidur dalam tu, kena beli buaian jugak“. Betul jugak tu. .. Lagipun, kat umah ni dah ada swing,MIL belikan.

Electronic Swing ni tak sesuai bagi baby Adam tidur sebab bahagian kepala tu tegak 45 darjah. Leher and tulang belakang baby Adam  lembik lagi, tak leh nak support kepala and badan dia. Kalau letak gak, memang postur badan Adam jadi pelik. Bongkok. Nanti bila leher Adam dan tulang belakang dia dah kuat, leh lar letak Adam dalam ni, biar dia main sendiri. Hihi. Btw, Swing ni ada muzik and boleh berbuai sendiri. MIL beli kat Anakku, harga RM 300++ kot.

Sebab dah ada swing, takkan nak tambah rocker dan buaian pulak. Tak ke menambah semak kat umah ni? So, in the end beli buaian sahaja.

Ya, saya tahu tak elok bagi baby tidur dalam buaian. Risiko otak baby bergegar, saluran darah kat kepala baby leh pecah, risiko baby terjatuh..etc etc etc.. Pastu, kalau nak berjalan jauh, kena pulak angkut buaian sekali…Tapi, kami terpaksa. Baby Adam tak cukup tidur dan pastinya ini tak elok untuk dia. Baby needs lots of sleep. Risiko buaian terpaksa kami ambil.

So, this is the buaian. Mahal jugak. Satu set ni almost RM200.00.

 Yang nampak betis atas katil tu, baby Adam yang tengah tidur. So, mummynyer curi-curi update blog.

Tak beli device yang  boleh enjut buaian tu..sebab kami tak sure baby Adam nak tidur dalam buaian atau tak. Device tu harganya pun almost RM200.00. Mahal. So far Adam pun belum selesa tidur dalam buaian tu. Paling lama 5 minit pastu dia merengek.. agipun leher dia still lembut, bila letak baby dalam buaian, kedudukan kepala dia macam pelik jer. So tak payah lar beli device elektrik tu dulu. Kalau baby Adam tak leh gak tidur dalam buaian, maybe nak jual jer. Jual buaian yer..bukan jual baby. Wakakakakaka. Ok, tak kelakar.

Tapi, saya still mencari-cari kekdah lain yang boleh tidurkan baby Adam tanpa perlu guna buaian. Any suggestion?