Assalamualaikum..

Masa kami pindah dari Seri Kembangan ke Jitra hujung tahun lepas, tak semua perabot rumah kat Seri Kembangan tu kami jual. Perabot ruang tamu, kami angkut bawak ke Jitra. Oleh sebab ruang tamu kat Jitra ni dah ada perabot, jadi perabot ruang tamu yang kami bawak tu, kami letak kat ruang keluarga.

Ini lah dia susun atur perabot ruang keluarga kami sekarang.

Ruang keluarga

Ruang keluarga

Ruang keluarga

Ruang keluarga

Nama jer ruang keluarga, tapi ruang ni dah jadi ruang anak-anak sebenarnya.   Oleh sebab mainan anak-anak ada kat ruang keluarga ni, jadi biasanya saya suruh anak-anak main kat ruang ni jer. Jangan main kat tempat lain.  TV tu pun, tak ada siaran langsung. Cuma ada rakaman cerita Boboboi jer. Download dari youtube, simpan dalam thumb drive, cucuk kat TV tu. Jadi TV kat ruang keluarga ni memang tayang cerita Boboboi jer lah. Tak ada cerita lain. Ada 7 ke 8 episod Boboboi kat TV tu. Dok ulang lah cerita boboboi tu dari pagi sampai ke petang. Kalau kami nak tengok Astro,  kami tengok TV yang kat ruang tamu. Dalam kabinet TV tu pun penuh dengan buku Adam ngan Aiza jer. Tak ada simpan benda lain. Kiranya ruang keluarga ni dah jadi playroom anak-anak.

Kalau dah namanya Playroom, jadi beginilah rupa dia bila anak-anak main kat sini.

Bila anak-anak main, memang ginilah jadinya

Bila anak-anak main, memang ginilah jadinya

Sibuk jer Aiza tu interframe masuk gambar

Sibuk jer Aiza tu interframe masuk gambar

Kalau anak-anak sepah kat ruang ni, saya tak kisah sangat. Sebab memang saya bagitau kat anak-anak, kalau nak main, main kat sini jer. Sepah kat sini jer.. Jangan main kat tempat lain. Kalau sepah kat ruang ni, senang saya ngan budak-budak tu nak mengemas, sebab rak mainan kat situ jugak. Tak lah penat sangat nak mengutip mainan yang bersepah satu rumah.  Tapi dah namanya budak-budak, memang akan bersepah jugak lah mainan dioang kat tempat lain. Kalau saya jumpa mainan dioarang bersepah tempat lain, memang saya bebel suruh kutip, kemas waktu tu jugak. Kalau tak nak simpan, mommy buang! Ha.. memang gitu lah biasanya saya ugut anak simpan mainan.

Ada lagi benda yang saya nak tukar kat ruang keluarga ni. Antaranya, langsir tu. Agak gelap kan? Jadi nak tukar yang cerah sikit. And maybe, nak gantung shelf atau frame kat dinding tu, nak bagi nampak ceria. Tapi tak sure lagi nak letak frame apa. Masih lagi survey-survey idea deko. Ikutkan en suami, dia nak biar jer ruang tu macam tu, tempat anak-anak main jer pun. Tapi dah namanya perempuan, memang akan hias jugak lah kot walaupun tempat main anak-anak.  Tengoklah nanti cemana.  Kalau saya tak hias ruang ni, saya hias tempat lain pulak. Hehehehehe.