Assalamualaikum

Ada beberapa orang reader dan customer tanya, saya guna skincare apa..Sebenarnya saya dah pernah cerita kat blog.. Saya guna skincare Secretleaf. Boleh baca dekat sini. Sebelum ni kulit muka bermasalah jerawat. Jadi tak boleh guna sebarangan produk. Kalau salah guna produk, makin teruk jerawat saya. Tapi bila guna Secretleaf, alhamdullilah, serasi dengan kulit saya. Makin lama, kulit makin ok. Now kulit saya bebas jerawat..

Oleh sebab tu lah, saya tak tukar ke produk lain.  Dari tahun 2014 sampai sekarang, saya setia dengan Secretleaf. Lagipun produk Secretleaf ni natural based. Jadi tak ada masalah untuk guna lama-lama. Tak rosakkan kulit, bahkan elok untuk kulit. InshaAllah.

Dulu, masa anak baru sorang, rajin lah saya guna pencuci muka, toner, serum, krim siang ngan krim malam Secretleaf tu.. Lepas Aiza lahir, dah takder masa nak belek-belek muka sangat. Dapat cuci muka pun Alhamdullilah sangat-sangat. Sebelum ni saya guna pencuci muka Secretleaf Hydrating Cleanser. Bila Secretleaf keluarkan pencuci muka baru Bee Liv Bee Venom Beauty Bar, terus jer saya tukar guna sabun ni.

 

Bee Liv Bee Venom Beauty Bar

Comel jer kotak, bentuk heksagon macam sarang lebah

Bukan setakat kotak jer bentuk sarang lebah, sabun dia pun bentuk sarang lebah, siap ada lebah sekor kat atas sabun.

37192fe6-e195-4e4b-800f-e579375f8d4d

Lebah atas sabun Bee Venom

Nampak eksklusf jer ada lebah atas sabun kan…

Kenapa saya tukar guna sabun pencuci muka yang ni? Sebab, sabun Bee Venom Beauty Bar Secretleaf ni dah cover semua yang saya perlukan untuk penjagaan kulit muka. Toner, serum, krim tu semua saya dah skip pakai. Sebab tak sempat. Mana nak layan Adam ngan Aiza lagi, nak settle kerja rumah lagi, nak handle order customer lagi. Nak shampoo kepala pun dapat 2 kali seminggu jer sekarang.  Huhuhu.

Antara kelebihan sabun ni;

✔Menegangkan kembali kulit
✔Mencerahkan kulit dengan mengawal melanin
✔Menghilangkan jerawat
✔Mengawal dan mengurangkan jeragat
✔Memperbaiki semua struktur kulit bawah dan atas
✔Melembutkan kulit dan menjadikannya lebih berseri
✔Menjadikan kulit anda kembali muda dan menawan

Best tau sabun ni. First time guna, terus jatuh cinta. Lepas guna jer, memang terasa kulit jadi tegang dan halus tau. Paling best, tak mengeringkan kulit. Mana-mana produk pencuci muka Secretleaf memang tak keringkan kulit tau. Jadi yang ada masalah kulit kering macam saya, memang saya rekomen guna produk pencuci Secretleaf.

Best tau sabun Bee Venom Secretleaf nih

Best tau sabun Bee Venom Secretleaf nih

Nampak tak eyebag bawah mata? Kan ke best kalau sabun ni boleh hilangkan sekali eyebag? Tapi, malangnya tak boleh…  Huhuhu.  Gitu lah mata mak-mak yang ada anak kecik. Kena bangun susukan anak 2,3 kali setiap malam.. Maka mendapatlah mata lebam dan penat cenggitu…

Tips nak guna sabun ni, supaya tahan lama: Kerat sebahagian kecil, bakinya simpan balik. Guna yang kecik tu dulu. Dah habis, kerat lagi, bakinya simpan balik. ha..buat lar gitu sampai habis.

ab5cdf62-506e-41df-bf46-6416ee8c19de

Potong kecik lebih kurang gini, baki balut balik dalam plastik, simpan dalam kotak

Kekdah nak guna sabun ni: Basahkan sabun ni dengan air, gosok-gosok sampai keluar buih, dan gosokkan buih pada kulit muka. Cuci muka dengan buih sabun ni dalam bentuk bulatan kecil, dari bahagian dagu menghala ke atas sehingga dahi.  Cuci 1 -3 minit, kemudian bilas sehingga bersih.

Ada yang nak beli sabun ni? Saya jual sabun Bee Venom Beauty Bar Secretleaf murah sikit dari harga pasaran.

HARGA ASAL: RM49.90

KOS POSTAGE: RM6(SM)/RM9(SS)

NAK HARGA DISKAUN? 

SMS/ WHATSAPP 012-692 2025
SMS/ WHATSAPP 012-692 2025

NO PHONE CALL PLS. 

Untuk info lain tentang sabun ni, boleh klik sini