Assalamualaikum

Saya nak share sikit masalah sakit pinggul/ sakit bontot yang saya alami sekarang.

Saya start rasa sakit pinggul ni, bila kandungan masuk trimester ketiga kehamilan, atau nak mudah faham, bila kandungan masuk 7 bulan. Mula-mula ingat,, saya sakit bontot ni sebab saya duduk lama dalam kereta masa travel KL-Kedah-KL. Tapi yang pelik, bila dah balik rumah..makin lama makin sakit.  Sakit bontot belah kiri jer pulak tu.

Biasanya, kalau sakit pun, saya masih mampu untuk bergerak perlahan. Walaupun berkerut muka, jalan hincut-hincut, tapi still boleh gerak. Tapi, last week, tiba-tiba terjaga tengah malam nak kencing, masa bangun tuh..Pergh!! Sakit macam tulang direntap keluar, gerak 1cm pun rasa menderita sangat. Pastu, sakit bukan setakat kat bontot kiri jer, tapi start dari bontot kiri, peha kiri sampai ke betis kiri!

Dah lar nak terkucil, pastu sakit langsung tak leh gerak. Terpacak berdiri tak boleh buat apa. Suami pun tak tahu nak tolong macam mana.. Dia nak papah, saya tak bagi dia gerakkan saya sebab terlalu sakit. Sudahnya saya menangis kat situ jer..sebab terlalu sakit + tak tahan nak kencing. Almost 30 minit macam tu, baru reda sikit.. sikit jerlah. Sebab nak terkencing sangat, sambil nangis tahan sakit, saya paksa gak jalan pegi toilet, kencing. Sedih betul.

Since then, kalau saya baring/duduk more than 15 minutes, memang akan sakit macam  tu lah. Almost every night, kalau nak terkencing (biasalah, ibu mengandung kencing tengah malam kan), memang akan ada drama mak buyong menangis sebab nak kencing tapi sakit tak boleh jalan. Bila dah macam tu, boleh pulak EN Suami bagi cadangan, kencing kat situ jer lah. Tsk!! Takkan nak kencing atas tilam pulak. Huh!!Pagi-pagi subuh pun macam tu lar jugak..

Ambil masa ok, nak bagi hilang sakit tu. Kadang-kadang lepas 2 jam baru ok sikit. Sakit tu still ada, cuma berkurang. Kesian kat Adam jugak, pagi-pagi dia nak sarapan..kena tunggu saya boleh bergerak baru boleh bagi dia susu/makanan. Oleh sebab tak tahan sakit, pegi jugaklah jumpa doktor. Bagitahu simtom-simtom sakit..then dia explain, apa yang saya alami tu nama dia Sciatica Pain. Sakit pinggul macam yang saya alami tu, memang kadang-kadang terjadi di penghujung trimester kedua atau kandungan masuk trimester ketiga. Dan biasa berlaku ketika hamil anak kedua dan seterusnya.

Sciatica usually affects only one side of the lower body. Often, the pain extends from the lower back all the way through the back of the thigh and down through the leg. Depending on where the sciatic nerve is affected, the pain may also extend to the foot or toes

 

Sciatica Pain -sakit bontot ketika hamil

Sciatica Pain -sakit bontot ketika hamil

Rasa sakit ni terjadi sebab urat sciatica tu tertekan.   Urat tu start dari hujung tulang belakang, hingga ke tapak kaki. Kat gambar atas ni, biasanya saya sakit macam yang urat kaler hijo tu lah. Ada banyak reason kenapa urat tu tertekan,  kemungkinan besar maybe sebab baby/ uterus semakin membesar dan tekan urat tu. Walaupun urat yang tertekan tu kat bahagian belakang badan (bahagian hujung tulang belakang), tapi kesan sakit akan rasa start dari bontot kebawah. Dan biasanya sakit sebelah badan jer. Macam saya ni sakit belah kiri. Baca kat google pun, ramai yang share kata sakit belah kiri jugak.

Doktor just bagi pain killer ngan koyok wat tampal kat bontot.  Doktor kata, cara nak kurangkan sakit ni, kena rajin lakukan senaman, contoh senaman squating atau mintak tolong suami buat macam ni

Senanm untuk legakan sakit sciatica

Senanam untuk legakan sakit sciatica

Yang senaman squating tu (senaman mencangkung) tu kadang-kadang memang saya buat. Tapi yang somi kena tarik kaki ke belakang tu, belum pernah buat lagi. Biasanya waktu tidur jer, saya strecth kaki ke belakang. Waktu siang, biasanya saya tampal koyok jer kat bontot. Kalau tak, memang susah nak bergerak. Saya jarang ambil pain killer, kecuali kalau betul terdesak.  For now, tu jer solution yang saya guna utk kurangkan sakit.

Another tips yang doktor bagi, masa sakit tu boleh tuam ngan ais atau benda panas macam tungku tu. Yang tuam ni pun saya belum cuba lagi. Dah tengah sakit tu, tak koser saya nak berjalan ke peti sejuk amik ais segala. Huhuhu.

Bangun pagi, memang En Suami kena tolong ampu saya bangun.  Kalau tak memang tak boleh bangun langsung. Memang sakit, tapi kena paksa gak bangun. Pastu.. takkan nak terbaring jer atas katil kan? Lagipun, baring pun sakit jugak sebenarnya. bila nak landing, kena landing hati-hati. Cari posisi baring mengiring  yang tak sakit. Lepas tu, tak boleh suka-suka nak alih atau gerakkan badan. So, waktu malam, memang saya tidur tak berapa lena sebab kena berjaga-jaga takut teralih badan.  huhuhu. .

Biasanya  waktu tengah hari – malam, sakit kat bontot tu dah berkurang.. sebab saya tak duduk/baring lama-lama sangat. Banyak benda nak kena buat kan… Lagipun, kalau saya  duduk/baring  lama-lama, sakit gila bila nak bangun. En suami dah pegi kerja, saper pulak nak tolong ampu saya bangun kan. Cumanya, bila banyak berdiri/berjalan, saya sakit  kaki pulak. Bila berdiri sakit kaki, bila duduk sakit bontot pulak..

Bertabahlah Mak buyong oii.. baru nak masuk 8 bulan ni. Lepas bersalin kang, doktor kata ambil masa jugak nak betul-betul hilang  sakit bontot nih. Sobs!!