Salam semua.. Bulan Syawal ni haruslah cerita pasal raya kan. Oleh sebab cerita raya saya panjang, maka saya akan cerita part by part. hehehe.

Raya pertama kami sekeluarga tahun ni di Sabak Bernam. Kampung mak saya. Sebenarnya tahun ni turn sambut 1 syawal  belah En. Suami.. Tapi nenek saya kat Sabak Bernam tu nak buat open house lar pulak..Dan dia berharap sangat-sangat semua anak, menantu, cucu cicit dia ada.. Nenek saya tu dah tua sangat, jalan pun dah gigil-gigil guna tongkat, tak sampai hati nak kata tak boleh.. Jadi, En Suami pun mengalah, makanya..YEAY!! tahun ni turn beraya belah saya lagi… ekekekeke..

Kami bertolak balik kampung pagi ahad lepas sahur.. plan asal nak gerak malam sabtu lepas berbuka, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa balik pagi ahad. Gerak pukul 7 pagi, sampai kampung pukul 9.30 pagi. Seb baik jalan tak jem, clear jer..so cepat lar kami sampai. Sampai jer umah nenek, terus masuk dapur tolong apa yang patut. Dah kata nak buat open house, kena lar sediakan juadah. Sebelum ni saya antara ajk anyam ketupat, tapi tahun ni, sebab balik lambat, sampai kampung jer ketupat dah dalam periuk sedang dimasak. hehehe.

Hampir semua hidangan untuk open house  ni kami masak sendiri, ada macam-macam menu pulak tuh. Semua menu adalah permintaan tuan rumah sendiri a.k.a nenek saya. Fuh…. giler tak menang tangan.

Pagi 1 Syawal, kaum lelaki gi masjid, kami yang perempuan tak sempat mandi, masih lagi siapkan juadah untuk open house. Bila diorang dah balik dari masjid, kami yang pompuan masih lagi bersilat di dapur.. Ni raya ka apa?? wakakaka. Tapi sebab mood raya, takkan nak pakai baju basahan kan, maka pagi raya saya masak didapur sambil memakai dress. En Suami balik masjid, tengok saya kemain jelita goreng tauhu pakai dress. “Amboi, cantiknya baju goreng tauhu” hehehehe

Alhamdullilah, by 2pm, semua makanan dah sedia terhidang atas meja.. Sanak saudara mula datang seawal 2.30 lagi… Sebenarnya majlis rumah terbuka ni acara tahunan setiap kali lebaran. Cumanya tuan rumah jer yang  bergilir-gilir diantara adik beradik nenek saya. Tahun ni, kali ketiga turn nenek saya.. tahun depan, turn adik nenek saya pula.. hehehehe. Bila dah jadi tuan rumah makanya,  semua sanak saudara belah nenek akan datang berkumpul disini. Senang, boleh beraya terus sekali harung dengan semua sanak saudara yang hadir. Dah tak payah pergi rumah pun tak apa.. memang tu pun tujuan nya. Tujuan lain open house ni supaya ganerasi muda dapat kenal saudara mara bila berkumpul ramai-ramai macam ni…

Dah panjang lebar saya bercerita, jom layan gambar raya kami di Sabak Bernam..

Memula, of course nak tayang gambar baju raya. Bajet comel lar tuh. Pui!!

Baju raya 1 Syawal

Baju raya 1 Syawal

Gambar kami 3 beranak, ni jer yang sempat snap. Sampin en Suami ntah kemana, malas pakai katanya. Kurang molek jadinya gambar raya kami. Sobs!

Adam, Daddy dan Mommy berhari raya :)

Adam, Daddy dan Mommy berhari raya 🙂

Ayah, Menantu dan Cucu

Ayah, Menantu dan Cucu

Me and my twin

Me and my twin. Apsal dah tak sama?

Ladies only. Anak en Mahadi & Puan Yati . Pompuan semuanya. :)

Boria 4 beradik. Anak En Mahadi & Puan Yati . Pompuan semuanya. 🙂

Adik saya yang baju dress hijau tu lahirkan anak sulung dia bulan posa hari tu. So masa open house ni sekali harung wat majlis cukur jambul untuk anak dia. Tu yang baju hijau kiri sekali tuh, tengah dalam pantang tuh. Anak dia baby boy nama Mikhael Harraz (eh, betul ke aku eja nama nih, ahh..belasah). hehehe.

Cukur jambul Mikhael Harraz

Cukur jambul Mikhael Harraz

Juadah yang kami hidangkan masa open house hari tu:

  1. Ketupat nasi
  2. Ketupat palas
  3. Rendang daging
  4. Kari ayam
  5. Sambal goreng jawa
  6. Roti jala
  7. Serawa durian
  8. Laksa
  9. Pecal
  10. Sate
  11. Buah-buahan
  12. cendol dan air oren.
Antara juadah yang dihidangkan

Antara juadah yang dihidangkan

Cuma sate dan cendol jer yang kami order, lain semua buat sendiri. Fuh.. Boleh buat bisnes katering!

Antara saudara mara yang hadir. 🙂

Open house raya 2014

Open house raya 2014

Gambar mak saya tak ada. Sobs! Di hari kejadian mak saya deman kepenatan. Jadi mak banyak berehat dalam rumah.Keluar sekali sekala sapa tetamu, pastu masuk berehat balik. Huhuhu. Majlis berakhir malam, alhamdullilah..semua berjalan lancar. Seronok dapat berkumpul semua adik beradik, makcik pakcik, sepupu sepapat, anak saudara semua. Malam tu umah nenek saya penuh! Hehehe.

Pagi raya kedua, lepas sarapan, berdesup kami balik Kedah, beraya belah En. Suami pulak. Cerita beraya Kat Kedah, next entry pulak ya. Kang kalau panjang sangat entry nih, bosan pulak korang nak baca kan.. hehehe.