Bagi peniaga online macam saya ni.. bila customer puas hati dengan servis dan produk yang dijual, memang rasa seronok dan syukur sangat. kalau boleh memang nak share dekat page semua testimoni pelanggan. Apakan daya, hanpon tak canggih, tak boleh nak screenshot. Stress betul dengan hanpon tu.

Saya guna hanpon Huawei Y511. Beli hanpon ni dengan rega Rm50 sebab amik pakej Maxis. Masa beli hanpon ni, saya belum start berniaga online, jadi rasa macam tak yah lar hanpon canggih sangat, janji leh online fb, leh sms/wassap, leh call..cukuplah.

Owh…rupa-rupanya saya silap. Banyak benda yang hanpon ni tak boleh support. Antaranya, hanpon ni takder function screenshot. Apakah?? Saya google sana sini, memang tak ada yang share macam mana nk screenshot guna hanpon nih. Pendek kata hanset Huawei Y511 takder function screenshot. Kecewa sungguh lar. Suami suruh saya snap jer testimoni tu guna kamera phone dia. Ala…. tak nak lar macam tu. Kesian sangat rupa dia.  Tak cantik.

Saya google lagi kekdah screenshot, then ntah kat forum mana ada yang cadangkan kalau hanpon tak boleh screenshot, donlod jer screenshot apps free. Saya pun cari screenshot apps kat Play Store. Saya jumpa 2 free apps ni

Screen Shot App

Screen Shot App

Mula-mula saya donlod yang screenshot yang belah atas tu(ikon hanpon hitam). Bila dah donlod, time nak guna, dia kata hanpon sy takder root menda ntah. Senang citer hanpon sy tak boleh supprt apps tu. Takper..kita unisntall jer. Lepas tu saya install yang Screenshot ikon oren tu pulak. Try guna… Yeay!! Boleh screenshot. Suka-suka suka!!

Kalau hanpon korang boleh screenshot, maybe korang rasa benda ni tak penting. Tapi kalau hanpon korang tak boleh screen shot, jangan risau, donlod jer Easy Screenshot Apps ni.

Kekdah nak guna Easy Screenshot Apps:

Mula-mula kita kena donlod lah. Lepas dia succesfully install, akan keluar ikon kaler oren tu kat hanpon kita. Klik jer ikon oren tuh.

Step 1: Klik Ikon

Step 1: Klik Ikon

Lepas klik ikon ScreenShot tu, nanti dia akan launch apps dia. rupa dia macam ni. Klik kat Start  Capture

Step 2

Step 2

Lepas tu, korang tekan lar button ‘home’ kat hanpon masing-masing dan bukak lar apa-apa benda yang korang nak screen shot. Wassap ke..facebook ke..messenger ke.. apa2 jer lah.

Pastu tekan button ‘voice down’ DAN butang ‘on’ kat hanpon korang SERENTAK selama 2 saat. Nanti korang akan dengan bunyi “”klik” macam bunyi kamera. Tu maknanya dia dah berjaya screen shot lah. Pastu nanti benda yang korang screen shot tu akan masuk dalam apps tadi. Kat sini korang leh save semua yang korang screenshot atau  crop. Korang leh adjust banyak mana yg korang nak crop tuh.

Untuk contoh kat blog ni, saya screenshot home screen kat hanpon saya. Bila dah screen shot, dia masuk dalam apps screenshot tu. Pastu saya crop jadi kecik. Contoh crop:

Contoh crop

Contoh crop

Bila dah crop, klik Save. Nanti otomatik dia akan save dalam gallery. Ni hasil screenshot saya yang telah dicrop:

Hasil Screenshot yang telah dicrop

Hasil Screenshot yang telah dicrop

 

Senang kan?

Mesti ada yang kata, ala ..lecehlar nak kena bukak apps dulu baru boleh screenshot. Sebenarnya kan, tak payah bukak apps tu pun korang dah boleh terus screenshot. Sebab sy dah try, boleh jer. Saya tekan  jer button ‘voice down’ DAN butang ‘on’ kat hanpon, terus dia screenshot, pastu save masuk dalam gallery. Tutorial kat atas ni saya share ,just incase ada hanpon yang tak boleh nak terus screenshot. Hehehehe.

Now, saya kena check balik semua wassap/pm/sms customer satu persatu.. Nak kena cari balik testimoni tu semua. Fuh… berpinar bijik mata nak check beratus – ratus mesej. Takper-takper..usaha tangga kejayaan! Ganbatte Mummy Adam!