Search my full name?

Tak sangka ada orang search nama penuh saya. Bila bukak dashboard, kat statistics, salah satu keyword yg orang taip is Zamzillah Mahadi. My full name.

Tu..dalam bulatan tu nama saya lah

Tu..dalam bulatan tu nama saya lah

Nama saya tu termasuk dalam Top Searches pulak tu. Ekceli bukan hari ni jer.. Since last week saya dah perasan ada yang search nama penuh saya. Tapi saya ingat benda tu just sekali jer lar kot. But now..almost everyday ada yang search nama saya. Dah kenapa? Debar-debar pulak rasanya.

Saya bukan artis, bukan selebriti. Blogger terkenal? Pui… tak yah berangan. Blog pun sukahati update, sukahati tak. Cerita pun tak best mana.. tak yah berangan jadi femes blogges sangat yer Mummy Adam. Total view per day pun segan nk tunjuk kat sini. Kesian sangat jumlah view tuh.huhuhu

Jadi…kenapa pulak ada yang  search nama penuh saya ni? Seram pulak rasanya.

Owh..maybe sebab saya berniaga online, jadi customer search nama saya sebab nak tahu profile saya..Takut saya menipu kot… To all yang search nama saya: Zamzillah Mahadi untuk check samada saya ni trusted online seller ke tak.. Dont worry. Saya tak tipu. Saya antara peniaga online yang jujur. Mana yang bayar, alhamdullilah..sampai barang kat tangan masing-masing. Ada kes yang dapat barang lambat, sampai seminggu. Bukan sebab sy pos barang lambat, tapi sebab pos laju gi peram barang customer tu lama-lama.  Saya jugak yang kena bambu ngan customer. Sobs! Takper..saya faham..customer takut kena tipu, sebab tu dia bising. Biasanya, kalau barang customer tak sampi-sampai, memang saya akan call pos laju tanya status.. Kat mana barang ? Kenapa tak hantar? Kenapa lambat?  dan lepas tu saya explain balik kat customer.  Alhamdullilah, cepat atau lambat, memang customer akan dapat barang yang dibeli. Jadi..kepada future customer, jangan risau k. Saya berniaga untuk cari rezeki cara yang halal.

Tapi..kepada yang search nama saya atas sebab yang saya pun tak faham kenapa dan untuk apa? nak sekodeng kah? nak stalk kah? Nak tahu pasal saya kah? Up to you lah nak sekodeng ke apa…  jangan buat benda bukan-bukan sudah. Lagipun saya jarang cerita benda peribadi kat blog ni.. banyak cerita gi jenjalan, resepi, cerita pasal Adam jer kot… Boleh klik kat About Me kat atas tu kalau nak tahu pasal saya.

About me

About me

Jadi..kepada yang search nama penuh saya tu,  saya ucapkan: Salam Perkenalan dari saya, Zamzillah Mahadi, isteri Safwan Rahman dan ibu Adam Zafrie. 🙂