Assalamualaikum..

screen shot

 

Ni status fb saya semalam. Isu beli produk fake atau tiruan nih.

Sebenarnya dah banyak kali customer tanya saya, betul ke saya jual produk original? Sebabnya harga yang saya jual murah sikit dari harga pasaran. ..

Haih.. Kalau saya jual ikut harga pasaran, korang mintak diskaun. Bila saya jual murah, dah bagi diskaun siap-siap, korang kata tak original pulak. Konpius ai tau. Korang nak apa sebenarnya…

Saya jual produk ORIGINAL yer. Walaupun saya berniaga online dari rumah, tak ada kedai, tak semestinya saya jual produk fake. Sebab saya tak ada kedai lah, saya boleh jual murah. Sebab saya tak perlu nak bayar kos sewa kedai, bil api air, pekerja tu semua. Walaupun jual murah,  untung pun sikit, tapi untung sikit yang saya dapat tu untung bersih. Sebab tu saya boleh jual murah.

Produk yang dijual kat kedai tu pulak, tak semestinya original. Mungkin jugak fake, tiruan.

Macam customer ni lar.. 3 hari mesej tanya itu ini… beria-ia tanya macam nak beli. Last-last tak jadi beli, takut saya jual produk fake katanya. Kecik hati saya tau. Takperlah, saya anggap bukan rezeki saya.

Pastu, 2 hari kemudian, customer ni mesej saya balik. Mengadu kata dah beli kat kedai, tapi produk yang dia beli tak ada QR Code (Kalau original sepatutnya ada), pastu rasa ngan warna dia pelik.. Maaf, saya memang tak boleh tolong. Sebab bukan beli dengan saya kan.. Apa-apa hal kena refer balik dengan kedai yang dia beli tu lar kan. Tapi, ada kemungkinan customer tu beli Secret Skin Kawaii Collagen Tiruan.

Kesimpulannya kat sini:

Yang berniaga online, tak semestinya jual produk fake atau tiruan. Produk yang kat kedai tu pulak, tak semestinya original.

Tapi..awas tau. Memang ada online seller yang jual produk tiruan ni. Terutamanya kalau harga tu terlalu murah. Murah sampai beza harga Rm50 – Rm60 dari harga pasaran. Murah seratus ringgit pun ada!! Fuh.. pelik pulak rasanya. Kalau dia jual harga murah gitu, berapa pulak harga kos yang dia dapat dari HQ/ Stokis? Jadi, jaga-jaga yer. Jangan sebab konon-konon nak jimat  beberapa puluh ringgit, terus rugi sebab dapat produk fake. Produk fake ni, tak tahu diorang guna bahan apa. Tak pasal-pasal jer kulit rosak, takpun jatuh sakit sampai masuk hospital kalau guna produk fake ni.  Bahaya tau guna produk fake ni.

Tu kalau dapat produk fake. Ada jugak yang langsung tak dapat produk. Nak jimat punya pasal, cari seller yang jual produk dengan harga murah  sangat tak masuk akal. Pastu lepas bayar,  seller tak pos barang. Duit pun hilang gitu jer. Konon-konon nak berjimat terus rugi kena tipu. Hmmm…

Anyway, ingin saya jelaskan sekali lagi, saya tak jual produk fake atau tiruan. Saya jual produk ORIGINAL. Walaupun murah, tapi ORIGINAL. Dan saya juga trusted seller. Semua customer yang bayar, memang akan dapat barang yang dibeli. Alhamdullillah. Testimoni pun ada. Boleh tengok kat page fb bisnes saya: ZM Health and Beauty

Jadi jangan risau untuk membeli dengan saya. Antara produk yang saya jual: Secret Skin Kawaii Collagen, Ephyra, Vene Slimming Lotion, dan yang paling laris, produk Tropika.

Ada banyak lagi produk lain yang saya jual. Nak tahu produk apa yang saya jual, boleh visit page fb saya: