Assalamualaikum..

Saya nak share sikit, aktiviti senaman yang saya buat masa mengandungkan anak kedua ni. Masa mengandungkan Adam dulu pun, saya bersenam jugak. Masa tu saya senam refer video kat youtube. Now video tu dah tak available dah. Org yang upload tu dah remove kot.. So now saya refer kat gambar yang orang share kat facebook jer. Saya save siap-siap dalam hanpon. Tiap kali nak bersenam, saya open jer gambar tu.

So, saya nak share kat sini..kot-kot ada yang mencari senaman ketika mengandung.

Senaman ketika mengandung

10 senaman ketika mengandung

Walaupun semuanya nampak senang, tapi tak semuanya saya rajin buat.. Yang biasa saya buat:

  • Tailor sitting
  • Knee extension
  • Walking Lunge
  • Neck rotation
  • Outer Thigh Lift

Tu pun, dalam sehari, saya tak buat semua. Yang biasa saya buat hari-hari,  neck rotation, tailor sitting dengan knee extension. Sambil tengok tv tu kan, boleh buat senaman-senaman ni. Hehehe.

Selain senaman kat atas, saya buat senaman kat bawah ni jugak:

Senaman (berdiri) ketika mengandung

Senaman (berdiri) ketika mengandung

Senaman yang ni, kena berdiri. Alang-alang dah berdiri tu.. saya buat jer lah semua..Biasanya bila saya bersenam, Adam pun sibuk ajuk saya bersenam jugak. Hehehe.

Ada banyak lagi senaman ketika mengandung yang boleh dibuat. Antaranya berenang, pilates, dan senaman yang guna bola besar tu. Saya tataw berenang.  Nak gi kelas pilates, malas pulak. Nak beli bola besar tu, kang time bersenam, Adam kacau, kick bola..bahaya oii! So, saya senam yang ringkas-ringkas jer lah.

Kenapa perlu bersenam ketika mengandung? Untuk longgarkan otot dan saraf yang tegang. Orang hamil, terutamanya yang dah masuk trimesrer ketiga, memang rasa sakit sana sini. Sakit belakang lah, sakit pinggang lah, sakit kaki lah.  So, bila bersenam, leh legakan mana-mana otot ngan saraf yang tegang tu terutamanya sakit di bahagian belakang badan dan peha.

Senaman  ketika mengandung juga boleh membantu merawat masalah sembelit. Orang hamil, biasanya mengadu ada masalah sembelit. Jadi, rajin-rajin lar bersenam yer. Alhamdullilah,saya tak ada masalah sembelit. Malah, terlebih lawas pulak. Lepas makan jer,  nak membuang.. hehehe.

Pastu, dengan bersenam, InshaAllah boleh mudahkan kita bersalin kelak. Sebab senaman-senaman ni boleh bantu otot dan saraf peha dan pinggul relax, dan bersedia untuk beri laluan kepada bayi yang bakal keluar nanti.

Jadi, pada yang tengah hamil tu,  jom lah kita bersenam bersama-sama.

🙂

Iklan:

Mencari produk kesihatan dan kecantikan seperti Ephyra, Secret Skin, Vene, atau produk Tropika untuk anak-anak dengan harga murah? Boleh dapatkan di ZM Health and Beauty. Semua produk adalah ORIGINAL tau.