Assalamualaikum

InsyaAllah, tak lama lagi dapat jumpa baby dalam perut. Preparation sambut baby almost complete. Saya dan Encik Suami tak beli banyak sangat barang baby. Yang mana perlu jer kami beli awal. Tu pun sekadar mencukupi. Tak mo beli banyak-banyak. . Yang penting, ada. Lepas baby lahir nanti baru beli lagi. Tambah mana yang kurang.

Last week, Alhamdullilah set tilam baby yg ditempah online dah dapat. Lama tempah nih, baru minggu lepas dapat. Set tilam baby ni terdiri dari:

  • 1 tilam (foam)  + 1 sarung tilam
  • 2 bantal + 2 sarung bantal
  • 2 bantal peluk kecik  + 2 sarung bantal peluk kecik
  • Selimut

Kalau tengok gambar atas ni, takder selimut kan. Selimut belum dapat lagi. The seller lupa pos blanket sekali. Ntah bila la dia nak post the blanket. Dah banyak kali tanya dah ni. Busy bebenor. Asyik tak sempat pos jer. Banyak sangat tempahan agaknya.

Kalau ada yang suka dengan set tilam macam ni and nak tempah, leh search kat fb: Needles Craft atau terus pergi kat website dia: Needles Craft. Harga dia berbeza ikut jenis kain and benda apa yang kita nak tempah. Macam saya punyer ni, kategori yang murah sikit. Saiz tilam yang saya order ni memang saiz untuk baby cot.  So tilam dia besar and tak nipis.

Kat Needles craft ni, banyak lagi corak yang cantik sampai meleleh air liur, tapi mahal sikit. Mahal tapi berbaloi. Jahitan dia sangat cantik and kemas. Memang puas hati.

Ikutkan teringin nak beli bakul baby (ala..bakul yang boleh isi baby tu) tapi tak beli sebab dah beli set tilam kat atas. Tak mo bazir beli banyak-banyak. Lagipun, tataw nak beli kat mana..cari sana sini tak jumpa.  Alhamdulillah, rezeki baby, mak mertua belikan set bakul baby. Macam tahu-tahu jer saya nak benda nih. MIL beli set bakul baby ni kat Kelantan. The set consist of:

  •  1 bakul baby (ada roda kat bawah, senang nak tolak)
  • 1 bakul kecik bertangkai (leh letak baju baby)
  • 1 bakul kecik (leh letak barang baby)
  • 1 sarung tilam
  • 2 sarung bantal
  • 2 sarung bantal peluk

Set bakul baby ni takder tilam and bantal. Ada sarung jer. Tilam and bantal dia jual asing. So MIL belikan set tilam and bantal sekali. Yang macam kain pelikat kat gambar tu set tilam ngan bantal yer. Terima kasih Mama. Set tilam ni kecik sikit. So, boleh la bawak set tilam ni kalau travel mana-mana.   Tak yah la bawak set tilam yang besar kedabak kat atas tu kehulu kehilir….

Katil baby belum beli.  KIV dulu. Baby dah lahir nanti baru cari. Eh..apsal set tilam baby dua-dua kaler merah? @_@

Update: Blanket baby yg order dr Needles Craft tu dah sampai.  Lambat betul orang tu pos.  Haih. Blanket ni besar..leh wat lapik bila baby dah start guling-guling nanti.

Warna blanket ni macam tak sama ngan set tilam, tp sebenarnya sama. Lighting time snap gambar lain, so sebab tu nampak lain.