Assalamualaikum

Kami sekeluarga dah selamat pindah ke Jitra. Alhamdullillah.

Kami pindah Isnin lepas, 18/12/2017. Sewa lori 3 tan untuk bawak barang-barang semua.

Walaupun kebanyakan perabot besar kami jual, tapi set ruang tamu kami tak jual. Jadi kenalah sewa lori ke Jitra untuk bawak sofa, meja dan kabinet tu semua.

Sebelum semua barang saya pack, rasa macam tak banyak sangat barang nak dibawa. Yer lah..kebanyakan perabot dan barang-barang yang besar kami dah jual. Peti ais ngan mesin basuh pun kami jual. Bila dah pack barang-barang kat rumah tu.. SubhanAllah..banyaknya!! Mana datang barang ni semua.. huhuhu.. risau betul.. Takut tak muat lori 3 tan yang kami booking.

Barang-barang yang nak dibawa ke Jitra

Barang-barang yang nak dibawa ke Jitra

Kami laki bini tak sure lori 3 tan tu besar mana tau. Suka hati jer booking lori 3 tan. Kami book lori dengan kawan sepupu saya. Sepupu saya dan kawan-kawan dia memang buat perkhidmatan logistik pindah-pindah barang. Senang deal dengan orang yang kita kenal dan percaya ni kan. Masa book tu, kami nak tengok gambar lori.ย Owner lori tu pun share la gambar lori. Tapi masa tengok gambar, kami tak dapat nak agak lori 3 tan tu besar mana..

Yang belah belakang tu lori 1 tan, yang belah depan lori 3 tan.

Yang belah belakang tu lori 1 tan, yang belah depan lori 3 tan.

Bila lori sampai..Mak aihhhh..gila besar lori 3 tan ni rupanya. Besar sangat. Bila dah masuk semua barang masih ada lagi ruang kosong. Bagus jugak bila ambil lori besar ni, takder lah barang tu ditindih-tindih sangat.

Bila barang dah masuk lori, rupanya masih ada lagi ruang kosong dalm lori

Bila barang dah masuk lori, rupanya masih ada lagi ruangย  dalam lori

Walaupun barang semua kami masukkan elok-elok dalam kotak, barang besar pulak semua kami balut elok-elok dengan shrinking wrap, tapi tetap ada risiko barang tu rosak. Sebab bawak dalam lori, jauh pulak tu. Kalau jatuh ke apa..driver bukan perasan kan, sebab driver kat depan. Jadi better sewa lori besar, untuk pastikan barang tu tak bertindih dan terlalu padat.

Kami sewa lori sekali dengan 3 orang manpower. Manpower ni untuk angkat dan turunkan barang-barang lah. Kami laki bini mana larat nak angkat barang-barang tu semua. Rumah pulak kat tingkat 2, tak ada lift. Lebih baiklah upah manpower jer. Manpower ni pun kami ambil sekali dengan lori.

Kos sewa lori dan 3 orang manpower dari Seri Kembangan ke Jitra RM1650. Agak mahal kan.. tap rata-rata caj lori 3 tan + manpower lebih kurang harga tu jugak. Dah banyak tempat kami survey.. Ada yang cecah 2k tau!. Kos agak mahal sebab jarak seri kembangan-jitra tu jauh. Dan..kos upah manpower yang susah payah angkat barang tu.

Memang ada sewa lori yang lebih murah, tapi cara bayaran tu tak munasabah. Bayar 50% untuk book dan 50% lagi masa angkat barang. Kalau lepas bayar 50% booking, terus senyap pastu hilang??? Tak ke kami rugi. Then boleh pulak mintak settlekan bayaran masa nak ambil barang. Maknanya kena byr full masa lori datang ambil barang. Kalauย  lori tu lesap sekali dengan barang-barang tu semua..macam mana? Duitย dah bayar, barang pulak hilang. Risiko besar lah untuk kami kan. Urusniaga macam ni, berat sebelah namanya.

Jadi, kami sewa jer lori dengan kawan sepupu saya. Mahal sikit, tapi puas hati. Book cuma RM100. Baki bayaran bayar lepas semua barang selamat dihantar. Kan ke lebih selamat macam tu.

Lori yang kami sewa ni jenis bonded. Jenis yang tutup habis macam kontena tu lar. Memang nak lori jenis ni, sebab kalau lori biasa yang guna penutup kain kanvas tu, rasa macam kurang selamat pulak. Ada risiko kanvas tu terbukak dan barang tercampak keluar. Atau kalau hujan, barang mungkin basah kalau tak tutup betul-betul kanvas tuh. Lagi satu, lori biasa tu, kadang-kadang diorang guna untuk angkut binatang ternakan. Saya tak nak lah barang-barang saya bau lembu kambing nanti. Jadi sebab tu saya pilih lori jenis bonded.

Masa ni barang semua dah selamat masuk lori. dah nak gerak dah pun..

Masa ni barang semua dah selamat masuk lori. dah nak gerak dah pun..

Lori datang ambil barang agak lewat hari isnin tu. Pukul 1. Siap angkat barang semua, pukul 2.30 petang baru bertolak ke Jitra. Kami pulak gerak lewat sikit, dalam pukul 3.30 petang.

Pukul 11.30 malam kami sampai Jitra sebab banyak singgah sana sini. Masa kami sampai, lori belum sampai lagi. Jadi kami suruh lori hantar barang esok jer. Sebab dah lewat malam. Rasanya lori tu berhenti kat mana-mana rnr untuk rehat dan tidur.

Esoknya, pukul 12 tengah hari, lori pun sampai dan bawak turun semua barang-barang.

Dan..sampai ke hari ni, dah 3 hari barang-barang tu turun lori..saya belum siap kemas semuanya. Letihnya la hai nak unpack dan kemas balik satu-satu….