Khamis lepas kami becuti dan bermalam kat Genting Highland. Dah lama sangat teringin nak pergi bercuti. Dapat gi Genting, tidur sana semalam pun dah puas hati sangat-sangat. Saya nak share pengalaman bercuti di Genting kot-kot ada yang nak pergi sana.

Kami pergi Khamis, balik Jumaat. Kami ambil pakej bilik 2 hari 1 malam + breakfast untuk 2 org +  tiket indoor theme park untuk 2 orang = RM146.00. Kira berbaloi sangat-sangat lar tuh. Saya book pakej ni online, kat sini: http://www.rwgenting.com/index.htm. Kami amik bilik standard room kat First World Hotel.

Kami pergi weekdays, so rate bilik dia murah sikit lah. Kalau tak amik pakej ni, bilik sahaja dah RM88. Tiket indoor park pulak, sorang dewasa RM32. Dua orang (saya dan en suami) dah RM64. RM88 + RM64 = RM152. Ha..kan ke lagi mahal dari harga pakej. Pakej yang saya amik ni siap ada breakfast lagi…RM146 sahaja. So, kalau ada yang nak bermalam di Genting, amik lar pakej bilik dia. Berbaloi-baloi.

Masa book bilik ni, kena bayar terus via online banking atau kredit kad. Tak leh book gitu jer. Bila dah bayar, dia akan bagi confirmation slip kat emel. Print slip tu siap-siap dan bawa slip tu time nak check-in. Untuk check-in, tak leh pergi terus ke kaunter check-in tu, kena amik no dulu (dalam gambar no 1). Nanti orang kat situ check slip kita. Oleh sebab saya dah bayar, dia kata leh terus amik kunci kat check in kiosk. Ni first time saya dapat kunci bilik hotel guna mesin. Kat mesin kiosk check-in ni, just masukkan IC orang yang book hotel. Oleh sebab En Suami yang book, jadi saya masukkan IC dia lar dalam mesin ni (dalam gambar no2). Lepas masukkan IC, nnti mesin tu keluarkan slip dan kad kunci bilik (dalam gambar no 3)

Check in kat First World Hotel, Genting Highland

Check in kat First World Hotel, Genting Highland

Slip tu jangan buang pulak. Time nak claim tiket indoor park kena tunjuk slip tu. Nak gi breakfast pun kena bawak slip tu. Jadi kena simpan elok-elok.

Kami dapat bilik kat Tower 1, tingkat 19..uihh…gayat makcik tau. Inilah rupa Standard Room kat First World Hotel, Genting Highland.

Standard Room First World Hotel, Genting Highland

Standard Room First World Hotel, Genting Highland

Bilik ni takder aircond tau. Ada kipas jer. But not to worry, Genting memang sejuk. terutamanya waktu malam. Tak pasang kipas pun dah menggigil. Tapi kena pasang gak kipas sebab rasa berkuap pulak bila angin tak bergerak dalam bilik. Sudahnya tiga beranak gigil-gigil dalam selimut. Hehehe. Pastu, bilik ni takder kettle tau. Dia bagi jug ngan cawan jer. Bila takder kettle, saya terus panik..Ah sudah!! Macam mana nk masak air untuk bancuh susu Adam nih. Call room service, dia kata memang tak provide kettle. Time tu memang gelabah sangat! Nak tak nak, kami turun bawah beli air panas kat kafe.  Rupa-rupanya, hotel ni provide water heater kat hall, kami yang tak perasan. Water heater kat floor yang saya duduk ni, betul-betul kat sebelah kanan bilik saya, tapi tersorok sikit. Kami keluar masuk bilik tak menghala kekanan, sebab lif kat sebelah kiri. Time nak balik baru perasan ada water heater betul-betul sebelah bilik. hampeh

Dah panjang sangat entry post ni. sambung next entry pulak lar yer. Next entry saya akan cerita pasal indoor theme park pulak.